"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Thursday, October 1, 2009

Coming back!!

Salam Idulfitri terhangat dariku, buat semua sahabat-sahabat tercinta.

Wah..wahh.. Aura raya ni betul-betul meninggalkan kesan kepada diriku, walaupun raya tahun ni tak la sehebat mana tapi hurm... AURA dia tu terasa sampai ke urat saraf, ginjal dan lemak-lemakku..huhuu.. Bila dah kembali ni buat aku rasa sungguhlahhh.... "MALAS" bukan apa orang kata bila dah cuti pepanjang nih menjadikan kita lupa dengan tugas seharian kita yang menjadi "routien" tuh, tak kirala lau kita belajar ke, keje ke, suri rumah ke.. hehee..ade ke? tapi tula memang memberi "Effect" jugaklah kepada kita sedikit sebanyak bila dah bercuti nih, cubela anda semua bayangkan.."BAYANGKAN!" hehee.. cuti..cuti tu kan hari tuk berehat, BERDERAT, bersenang lenang, meLANDING baik punya kat umah, tak pon hari tuk berbahagia bersama teman-teman tersayang atau keluarga tercinta, tu la istilah cuti pada aku LANI... tapi cuba angpa bayangkan camna keadaan bila nak kembali balik ke tugas harian kita, kononnya sebagai guru, pelajar, wartawan, doktor, pensyarah.. ha macam-macamla lagi, mesti semua tu perlu ade "skill", menda alah tu bukan leh dapat dalam petik jari 2 minit jerk.. hurm.. semua tu jadi bila kita selalu buat menda tu, kononnya bila kita jadi pembaca berita, ha hari-hari duk baca berita mesti skill tu akan meningkat dan bertambah baik, tak kirala dari segi emosi atau keyakinan yang penting meningkat, ha lau cuti jer mesti skill tu akan berkurangan.. hurm..aku percaya tu, sebabnya bila akula.. lau balik kampung, mesti tido awal, buku? tarak..tolak tepi.. semua pasal nak settlekan hal rumahtangga.. walaupun aku berumah tak bertangga lagi.. tapi skill seorang student tu jadi HILANG..LOST! hurm.. bila balik USM semula mula la menggelabah nak tido awal cam kat umah jugak, sedang kat sini banyak menda nak buat, tugas, tanggungjawab dan macam-macam lagi kena buat.. tido awal SORRY.. tapi bila balik semula dari raya ni tu la yang jadi kat aku, AURA raya tu tak abes lagi sampai aku terbawa-bawa nak tido awal, nak duk cam kat umah lenang-lenang lagi.. tu la Fitri yang kat TV3 tu kata "Cuti lama-lama boleh hilang Skill" huhuu..aku percaya tuh 100%. hehee


Hurm.. cerita masih berkisar soal raya lagi, ha nak habaq mai la sikit masa raya ritu aku tak la sempat nak g memane.. bz manjang, orang datang umah bertali-talu.. pastu kebetulan lak nenek aku belah mak aku lak sakit, dia kena kanser pangkal rahim, masa raya kedua kena Operate da, sebab da teruk, jadi mak aku jaga nenek aku, aku kena jaga uma ngn ayah n adik-adik aku sebab orang still ramai mai, pastu raya ke-3 aku kua sat je, tu pon jejalan sambil g kenduri. hurm.. pastu petang aku terpaksa berkejar ke Tanah Merah lagi tuk tgk nenek, tapi tak jadi sbb ade sebb yang tak dapat dielakkan..hehee.. "JAMMED" pastu raya keempat kawan aku mai umah, keta ayah aku lak terbakar tepi jalan, buat hal keta tuh, tak tau masalah pe.. tapi lani da ok da.. Alhamdulillah masa tu semua selamat. pastu raya yang lain-lain ade sepupu sepapat mai umah lagi.. adoiai..jenuh melayan.. tapi tu la..Tetamu tu kan rezki, Allah suka orang yang menghormati dan memuliakan tetamu, so Layannzz...!

Secara naratifnya, 28hb aritu aku sempat beraya kat wad, tapi bukan raya kat wad sebab nenek aku, tapi aku sendiri..huhuuu.. tu la terover doss makan ke, tersalah makan ke aku tak tau, tapi yang pastinya aku dikejarkan ke hospital kul 12.30 mlm sbb gastrik terlampau, pastu sampai kul 4pg aku menahan sakit, lastly bila mak aku bakar tungku masa kat uma tu baru ok. huhuuu.. kena injection lagi, adoi..time tu buh la pape pon tapi semua da tak rasa pape..ingat MATI je.. hurm..orang len aku tak tau la ingt pe lau sakit, tapi aku bila sakit jer mesti ingat Allah and Mati, tu je la.. nak buat camnakan.. sakit tu ujian Allah buat kita lau kita selalu merasa selesa dan best kita tak kan sedar bahawa adanya Dia Azza wajalla.. yang sentiasa mengingatkan kita tujuan kita hidup didunia ini, sebagai manusia kita mesti merasa sakit, selesa, senang, susah, kecewa dan berjaya.. tu la hidup.. kalau tidak kita tak reti nak menghargai nikmat hidup di Dunia ini... Apepon aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan tuk menghirup sedikit udara dan melihat sejalur cahaya di Bumi ini lagi, aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan peluang tuk bernafas dan menginsafi diri sendiri..

Huh! jauh sudah kita merangkak, bertatih, berdiri, berjalan walhal berlari.... sepanjang hidup ini, sepanjang 24tahun ini aku melalui pelbagai memori dan kenangan, yang aku lakar serta ukir dalam sejarah hidup yang panjang ini, pelbagai peristiwa dan tragedi..kadang-kadang suka dan duka, pelbagai episod, pahit dan manis.. tapi itulah LUMRAH kehidupan.. yang mesti diperbaiki dan diperbaharui, UPDATE setiap dosa dan pahala kita, "kurangkan DOSA dan tambahkan PAHALA." Perkara paling sukar ditangani dalam dunia ini adalah melawan NAFSU sendiri, hurm tak kirala nafsu apa sekalipun, kalau dah nama nafsu memangla ianya tidak mendatangkan kebaikan, perlu dikawal dan dijaga RAPI! kadang-kadang kita tak sedar bila kita melakukan dosa, waima dosa itu baru sekilas kita lakukan, kadang-kadang kita tak sedar tersakiti hati orang lain, terutama orang yang pernah hadir dalam hidup kita sebagai sahabat, hurm..kita tak sedar kita tersasul cakap hingga buat orang lain terasa, adakala niat kita baik tapi kadang-kadang ayat yang kita gunakan itu, cara itu tidak sesuai menyebabkan orang lain tersinggung, huh! macam-macam.. 1001 macam kerenah manusia yang Allah jadikan, tulah sebelum kita nak membetulkan orang lain, lebih elok rasanya kalau kita melihat dahulu sejenak kedalam diri sendiri, betulkan yang tak betul dalam diri, MUHASABAH diri sendiri sejauh mungkin, selalu-selalulah berdamping dengan sahabat sejati yang JUJUR dan IKHLAS memuji dan mengkritik kita. Sahabat sejati itu adalah cermin kepada kita untuk melihat diri sendiri, seringlah meminta maaf jika kita sedar kita melakukan kesilapan dan sering-seringlah memaafkan orang lain, agar hati bertambah tenang dan redho, bertambah khusyuk dalam melakukan ibadah...InsyaAllah!

Arh..lewat benor dah niey.. apepon semua yang kutulis ini bukan untuk orang lain sahaja, malah untuk diri sendiri yang serba kekurangan, yang cuba mencari kebenaran dan samar-samar mencari diri yang tenggelam itu, jadi sebagai manusia kita tak salah untuk kembali kepangkuan, dan bertaubat! semua ini untuk diriku yang kerdil lagi Naif, yang mencari segala kekurangan diri untuk diperbaiki bukan untuk ditangisi dengan kekecewaan kerana diberi seperti itu, kita boleh berubah.. "Jadi pandai-pandailah kau berenang!!"


"Sedikit memori diriku sendiri bersama keluarga dihari mulia, Hari Raya Aidilfitri 2009"

Salam ukhwah fillah!!


                                   



       



My Biggest Family.







         


             
  

2 comments:

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu