"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Monday, December 12, 2011

Positiflah wahai mak n ayah...

Ermm...
Hari yang suram, sesuram hatiku,
jauh disuatu sudut hatiku,
Mak, ayah... kenapa ye?
kadang-kadang sukar tuk merasai nikmat hidup ini tanpa restu mereka,
dan sukar tuk merasai bahagia tanpa semangat dari mereka,
seharusnya mereka mendengar suara hatiku,
mendengar keluhanku, yang kadang-kadang semakin sempit membuak..
susah tuk aku berkongsi mereka, adakala mereka seperti tidak mahu memahami dan mendengar
tidak mahu mengambil yang baik dari anak2..
terlalu besarkah dosa itu seandainya aku mahu menjaga hati setiap pihak yang bersamaku?
Bila mak letak telefon seperti itu aku terasa kecik hati, terasa sedih sgt seperti sebelum ini
aku tidak pernah mendengar kata mereka, seingat aku...
cuma kali ini aku seperti ini tapi bagai satu dosa besar yang aku lakukan..
aku tak faham..knp sukar sangat tuk mereka menerima orang luar sebagai keluarga sendiri..?
setiap percakapan mak n ayah tu satu doa buatku,
tp hatiku sangat terkilan bila mak ckp cam tu padaku...
kadang-kadang terasa tidak adil untukku..
setiap saat aku membela mereka,
tapi bila urusan ku mereka seperti tidak merestui.
setiap keputusanku pasti tidak kena pada mereka..
cubalah sesekali mereka berfikiran positif dan terbuka...
aku bukan gadis 10 or 12 tahun lagi .. berilah peluang tuk aku merasai dan membuat keputusan hidup ini.
tunggu beberapa detik lagi aku bakal dinikahi.. berilah aku peluang tuk merencana hidup ini
sebelum apa-apa berlaku..
aku mengambil iktibar dari mereka jua, tapi nampaknya mereka tidak sedar...
ya Allah,
Engkau lembutkan hati mak n ayah ku,
Engkau bukakan hatinya supaya mendoakan yang terbaik buatku,
sebak rasanya hati ini bila mengenangkan..
hati aku terlonta-lonta merindu mereka tapi bila aku buat panggilan
diherdik dengan pelbagai andaian buruk..
aku ini anak mereka, kenapa mahu mendoa yang tidak2 tuk aku??
kemudian telefon dimatikan begitu..apa salah ku??
hingga begitu sikap mereka terhadapku..
sedang aku tidak pernah meminta lebih dari apa yang ada melainkan doa untukku..
maafkan aku mak, ayah...
hidup ini terasa sukar sekali tuk ditempuh tanpa restu darimu..
maafkan aku...
cubalah memahami diriku dan cubalah berfikiran positif
kerana aku ini anakmu...
maafkan aku.

selembar kisahku...

Alhamdulillah,
cuma itu yang termampu aku ucap saat ini,
bermula dari episod pertama pertemuan hingga saat menunggu untuk diijabkabulkan aku tidak terhenti merasa bahagia dengan seluruh hidup yang dlu kosong tidak bermakna..tapi kini penuh bererti,
sungguhlah berkata dulu dihatiku, derita yang deritai itu cuma sementara dan Allah tidak pernah mahu menganiaya hamba-hambanya sendiri, kembali aku ke jalan fitrahnya..
Allah terlalu sayangkan aku, begitulah yang aku akui hingga kini, segala hikmah sedikit demi sedikit terlongkah akhirnya.. biarlah bahagia ini hingga ke syurga hendakNya.. Amin.

Peti yang pernah aku simpan segala kenangan itu aku tutup rapat-rapat dan buangkan jauh-jauh dari sudut pandangku yang binar, biar tidak aku singkap kembali kisah tabir silamku yang terlalu derita dan pahit itu.. kini aku mampu tersenyum dengan rasional membuat segala penuh positif...Alhamdulillah ya Rabb..

meski ujian itu datang berganda-ganda, tertimpa-timpa ke atas pelusuh tubuh ini, tapi Allah maha tahu untuk menguji hamba-hambaNya..

Setiap kejadian yang dijadikan Allah itu pasti bersebab dan berhikmah, cuma kita perlu merenungkan sejenak sampai kita akhirnya menemui fitrahNya... menemui asbab kepada setiap sesuatu itu..

* kisah demamku yang selembar, terasa menyusahkan semua orang, terutama ibu, kesian ibu.. pening dan penat melayan kerenah ku yang jarang diuji, Alhamdulillah berkat tangan ibu yang mengurutku akhirnya aku hampir 70% sembuh. dari tergolek tidak terbangun demam.. aku merasai sejauh mana ikhlasnya tangan ibu membelai kulit-kulitku, hingga seluruh kasih sayang itu tersemat rapi dihatiku, terima kasih ibu...

* Semoga aku cepat sembuh dan cepat baik...Amin.

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu