"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Tuesday, October 6, 2009

Hotzzz..!!

Salam satu Malaysia!!



"Baru-baru ini PM mengumumkan bahawa Malaysia akan mempunyai kereta F1 nya sendiri. Kos membina kereta ini menelan belanja RM270juta. Kerana apa semua ini?? TAK LAIN, TAK BUKAN.....NAMA! saya boleh membayangkan imbuhan yang bakal diterima oleh pemandu F1 ini sekiranya mereka meraih kemenangan...Tidak mustahil jika mereka bersemangat kental MALAYSIA BOLEH! Saya sendiri akan turut berbangga dengan kejayaan ini.."



KEBOMMMM!!

Macam-macam masalah lately, huh! ni isu baru yang aku terbaca dari sebuah blog, blog ni dibuka oleh rumetnya untuk membuat assigmentnya, dia bukak blog ni dalam laptop aku, so bila dia keluar p makan dia suruh aku baca, hurm sambil-sambil tu kami kembangkan idea dan pendapat melalui blog nih, hurm.. pas dia kua p makan tuh aku pon godek-godek blog neh, jadi aku tertarik dengan ayat diatas tuh, bila baca balik kadang-kadang banyak duit negara tu dicampak ketempat bagi aku tidaklah mendatangkan begitu banyak faedah selain dari mendapat nama dan publisity dimata dunia, tapi kalau perkara-perkara sebegini amat dititik beratkan dalam negara dan orang-orang yang KONONnya banyak memasyurkan negara ni mendapat pelbagai mandat dan gelaran dan diberi kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah, ini sepertinya berat sebelah, kesianlah kepada mereka yang tugasnya berat, menyelamatkan negara dari peperangan, membangunkan negara dan memajukan negara secara perlahan, tapi mereka-mereka ini still memberi input juga kepada negara, contohnya seperti TENTERA, GURU dan DOKTOR mereka-mereka ini berguna kepada negara dan jasa mereka tue kalau nak kira lagi besar dari mereka yang pernah diberi pelbagai MANDAT dan gelaran semata-mata memenangi dan mengharumkan nama negara ke mata dunia. YUP!! aku setuju perlu diberi gelaran dan pengiktirafan tapi kalau diberi duit yang berjuta-juta dan siap elaun bersara lagi, kalau tak silap RM 3000 kot, hurm... aku rasa tak la berbaloi, cuba tgk TENTERA mereka ini berjuang selamatkan NYAWA rakyat, mejaga keamanan negara, bukan tugas mudah tue, tapi semua tu memang tak nampak, tak glamor la, iktiraf pon orang tak tahu, tapi kalau kemengan Chong Wei dalam badminton dan Nicol David tuh sapa yang tak tahu, wah..wah.. beritanya jugak habis tanah dihabaq.. hurm..tak kisah la memang tu pun matlamat depa, baguslah aku pon bangga ade Chong Wei ngn Nicol David tuh, tapi berpada-padalah, supaya matlamat negara yang membasmi kemiskinan tuh tak terpesong. kalau duit rakyat dibazir-bazirkan seperti kepada individu tertentu saja maka rakyat yang lain bagaimana?? yang lebih banyak membantu dalam pembangunan dan kemajuan negara dan rakyat?? kena la beringat jugak..

Lagi pasal pembaziran wang rakyat...

Yang depa nak p beli kereta F1 sendiri tu sampai RM 270 juta tu pasai pa la.. agak-agak boleh pulang modal ke ngan beli kereta F1 tuh?? pastu berapa orang jer yang dapat naik?? ha lagi bila duk beli kereta tu kalau menang kerajaan kena lagi bagi iktiraf dengan gelaran macam-macam pastu nak jugak dibagi elaun dan duit..wah..wah..tengok kerajaan Malaysia ni macam kaya gila.. macam Amerika pon ade, tapi cube lihat kawasan-kawasan pendalaman dan kampung-kampung masih ade lagi yang tertinggal, kesian sangat...dalam usaha membasmi kemiskinan dalam negara nih masih ade kawasan seperti di Manik Urai Kelantan tuh, hurm..bila dah nak Pilihan raya mula la menggelabah CIPAN p sana sini cari penyokong, masa 5taun yang diberi tak tau la ape yang depa-depa ni buat, sebelum tu macam-macam perjanjian antara hidup mati dibuat, tapi bila dah dapat penyokong semua tu jadi basi dan sampah semata-mata.. tengokla kebajikan rakyat terabai, kampung tu sampai teruk camtu sekali..seperti tak ade sapa peduli sebelum ni, macam kawasan orang asli yang tak pernah ade YB, hurm..sebenarnya kemana?? tu jadi tanda tanya jugak kn? kan? Semua pun sama, sepatutnya sebagai kerajaan yang bertanggungjawab perlunya ambil berat soal-soal seperti ni yang jadi masalah kepada rakyat, nanti nak jugak sokongan dari rakyat tapi kebajian depa terabai, lau rakyat berpaling tadah marah pulak.. kadang-kadang silap Orang kita jugak, yela orang Melayu ni kadang-kadang sikap dia suka duk senang lenang, lau dia rasa dia cukup, dia senang dan selesa maka tok sah la pikir soal orang lain, "Biaq p kat depa la.." gitu la selalunya, dah senang-senang dapat subsidi kerajaan tutup mulut, tak mahu progress diri, malas dan jenis yang tak suka nak memberontak, kadang-kadang tu bagus jugak cam tu tak de jadi demostrasi yang bukan-bukan, tapi kita tak boleh selalu duk takuk yang sama sekali-sekali kenala ade kemajuan dan anjakan PARADIGMA kepada diri sendiri dan orang sekeliling kita kn? kn? huhuhuuu

Apepon aku bukan menyebelahi sapa-sapa tapi sekadar bicara dan keluhan hati sendiri yang kadang-kadang risau melihat kemana Malaysia 10 tahun akan datang? Masih wujudkah..masih adakah negara yang bernama Malaysia ini?? hurm.. kita ni sebuah negara kecil, yang kalau nak dibandingkan dengan Indonesia dan China, India sangatlah jauh bezanya.. sepatutnya kita mesti lebih maju kerana pengangihan dalam negara ini tidak banyak dan sepatutnya tak de lagi warga-warga yang merempat dan mengemis untuk mencari sesuap nasi, kita juga sebagai rakyat patut prihatin dan peka kepada apa yang terjadi dan berusaha memprogress diri sendiri supaya lebih maju dan boleh membantu orang sekitar kita. tengok Brunei, Singapura... mereka maju dengan negara kecil seperti kita..susah nak tengok orang miskin.. macam tu la baru adil.. sama rata. Jangan sampai negara kita ni jadi seperti zaman dulu kembali yang mempunyai KASTA sendiri.. adoi ai...


Lagi satu soal Kempen kebajikan dan alam sekitar seperti No Plastik, kempen hari tanpa tembakau, kempen CAR FREE DAY, EARHT HOUR..dll lagi.. semua ni, tengok eh.. kononya kempen ini dibuat dalam universiti la kan? ok, mereka yang seperti TNC, DEKAN, HEP semua ni akan gembar-gemburkan cakap itu ini pasal kempen ini, seperti kempen CAR FREE DAY tu, hurm... pelajar-pelajar disuruh berjalan kaki dan naik bus, tapi pensyarah? dekan? TNC? bagaimana? mahukah mereka berjalan kaki atau naik bas??  kalau buat dilua pulak contohnya kempen EARTH HOUR rakyat disuruh tutup lampu dan jangan guna elektrik dirumah, wah..wah..berjaya..semua gelap je..kawasan rumah kat bandar-bandar tu, tapi....kat hotel? kat putrajaya? kat jalan raya? kat stesen-stesen TV? RADIO, bagaimana? hurm..usaha nak menjalankan sesuatu kempen itu saja menelan belanja beribu-riban tapi kita sedar ke tak tah.. sekiranya kita nak buat sesuatu kempen itu mesti kaji apakah alternatif sekiranya menda tu tidak digunakan dan dihapuskan.. contohnya seperti kempen say no to stayrofoam, penah dibuat, aku bukan tak setuju, setuju sangat..tapi bayangkan berapa lama jer bertahan?? kerana apa..semuanya sebab alternatif yang digunakan mungkin susah didapati, sukar dilakukan sukar didapati..  bayangkan lakorang p kafe, nak minum Milo Ais, guna gelas da plastik..ok camna pulak dengan Straw?? ade ke kafe-kafe yang nak bagi gelas kaca? ade ke VIP nak minum dalam gelas Besi or kertas?? semua tu patut diambil kira.. tapi bagi sapa yang ikuti kempen tu bagusla aku pon selalu amal jugak, p tesco bawak beg sendiri tak guna beg plastik, pastu p kafe bawak bekas sendiri tu kejap je.. ha tapi aku respek la dekat Prof  Lim Koon Ong. Bahagian JIM USM tu, aku tengok dia nih seorang yang sangat peka dengan alam sekitar, yang secara fizikal jela yang aku nampak, dia ni bagus, kalau kempen say no to plastik memang dia buat selalu tak guna plastik, p mana-mana bawak je grenn bag dia tu, pastu dia ni lau g ofis or kerja dia lebih suka berjalan kaki dari naik kenderaan, ha di penah tegur satu kempen yang dijalankan di USM ni sebab menggunakan Goodies bag plastik bagi kat student pastu guna air mineral, ha sampai botol air mineral pon dia tegur sebb guna depan dia, sampai student terpaksa guna air masak yang dibubuh dalam jug kaca baru ok..hahahahaaa tu baru betul-betul kempen kan? kalau ade 100 orang cam dia ni baru semua alam sekitar terpelihara kot..hihiii..

ok la kawan-kawan semua.. apa yang ditulis hari ini adalah sebagai pencetusan dan penjanaan aidea yang tak berapa nak TUNTAS nih, hopefully boleh la kongsi dengan semua orang.. hal ni tak dela kaitan dengan mana-mana pihak pon.. maafla sekiranya tersentuh isu yang sensitif tu.. hurm semoga kita melihat dan muhasabah diri masing yang mana kurang dan perlu diperbaiki untuk pembangunan diri sendiri, negara, bangsa dan AGAMA..InsyaAllah!!

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu