Ukhuwah fillah...
Sejernih air yang mengalir...deras menuju alirannya, begitu aku merindui, merindui seseorang dihati ini, melihat gelang di pergelangan tangan, hati ini sayu... melihat wajah kedalam cermin itu, air mata ini deras mengalir, iramanya entah bagaimana tak bisa aku menjelaskan, sungguh silap aku terlalu awal memberi hati ini, dulu hatiku dicuri, dijaga rapi..tapi keadaan berbeza bila semua yang dicuri datang menyerah, hampa terasa tapi apa yang nak dikata, harapku hanya pada Dia yang satu dan kudus, yang sentiasa mendengar rintih manja ku yang terlampau amat ini, hanya dia yang mahu mendengar kerana itu aku biarkan perasaan ini jadi sebu tak berkatup, biarlah hanya kepada Dia aku menharap, biarlah sungguhpun hati ini sedih tapi lebih sedih sekiranya hidup itu diratapi bukan diperbaiki, hidup bukan untuk diratapi... itu yang aku pelajari.
Kalimah-kalimah suci itu tak pernah aku tinggalkan untuk mensuci dosa untuk menjadi penenang hidup ini, apa yang telah termaktub tidak boleh diubah dengan apa cara sekalipun... hidup dengan perasaan tidak bisa mendewasakan kita, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan miliki..itu yang sedang aku pelajari kini, untuk mengharap yang lebih dari yang ada aku tidak sanggup cuma berusaha untuk mendapat yang lebih baik. Ya Allah andai engkau mahu memberikan sesuatu kepadaku yang lemah ini, maka Engkau bukakanlah hijab-Mu supaya aku bisa mendapatkannya dengan mudah, Engkau permudahkanlah sentiasa perjuanganku dan jalan MUJAHADAHku ini, permudahkan segala yang aku lalui ini, supaya aku tidak menemui jalan kebuntuan dan berputus asa dengan hidup di Dunia ini, janganlah Engkau jadikan aku seorang gadis yang JAHIL dan hina ya Allah, tapi Engkau percantikkan lah Akhlak ku ini, biar aku menjadi penyeri dan penyejuk mata sesiapa yang melihatku bisa mendapat ketenangan, lebih-lebih lagi kedua orang tua ku ya Allah..berikanlah ketengan jiwa dan hatiku ini, untuk aku menunaikan ibadah kepada-Mu ya Rabb...
Tuhan ku... Redhokanla ilmu yang aku perolehi ini, berkatilah dan rahmatilah aku ya Allah, semoga aku menemui jalan yang benar dan yang engkau redhoi, semoga aku juga menjadi seorang yang sangat sabar dan tenang...sekiranya ada perkara yang tidak baik akan menimpaku ya Allah maka Engkau berilah petunjuk kepadaku supaya aku bersedia dan redho menghadapinya....Amin...
Ai..syahdunya malam neh.. entahla kenapa, hati jadi sepi dan sunyi, Tuhan ku engkau damaikanlah hati ini, hiburkanlah hatiku dengan hembusan iman-Mu, agar aku tidak terleka dalam menukir kenangan ini.. Perasaan yang membelai ini, kadang-kadang menyakiti sendiri. Hurm.. pernah ke korang dengar? kekecewaan itu akan melonggarkan iman dihati seseorang itu... hurm.. aku rasa betul jugak kadang-kadang tu, hurm..aku tengok satu video tu, aku tak ingat tajuknya ape, tapi tu video betul kisah seorang lelaki yang membunuh diri kerana kecewa dalam cinta.. Aduhai insan, kenapa selemah itu perjuangan hidupmu.. aku seperti tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut, akalnya terlalu singkat, sampai setakat itu sahaja dia mahu menikmati hidup ini, satu yang mengujakan..aku sendiri rasa sedih dengan apa yang berlaku kepada dia, malah bertambah sedih bila dia mengambil keputusan membunuh diri, kesian... sudahnya derita didunia di Akhirat belum tentu bahagianya.. sekurang-kurangnya dia memberi peluang kepada dirinya untuk menikmati hidup mana tahu satu hari nanti akan ada seorang gadis yang lebih baik datang kepadanya dan membahagiakannya, itulah yang ku katakan kecewa itu boleh menyebabkan iman seseorang itu jadi longgar malah boleh hilang terus.. jika kita tidak bersabar dan selalu mengikut kata hati, nafsu dan perasaan yang entah apa-apa itu. Sebaiknya banyakkan sabar dan berbuat baik kepada orang lain, itu akan mendamaikan hati dan mengurangkan rasa sakit dan kecewa itu, malah kita boleh memaafkan orang yang mengecewakan dan menyakitkan kita dengan tersenyum, semuanya terpulang kepada diri sendiri dan berpulang kepada sekuatmana hubungan kita dengan PENCIPTA kita. Sekukuh mana hubungan kita dengan Dia...
Apepon Tepuk dada tanye iman bukan tnya selera...
Hayatilah alam ciptaan Allah ini selagi masih berkesempatan.....
Lihat, hayati dan bersyukurlah kerana diberi keizinan untuk melihat...
Nikmat yang ada jangan dipersiakan..
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment