"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Monday, October 12, 2009

Corat-coret... & Maafkan aku..

Andai Tuhan mengizinkan..Aku ingin kembali dilahirkan semula dan melalui hari dan hidup ini sebetulnya, supaya aku tidak punya musuh dan tidak ada sesiapa yang tersakiti oleh diri yang JAHAT ini... sungguh bukan menyesali hidup, tapi terlalu banyak dosa yang kulakukan dan terlalu banyak yang harus aku perbetulkan... Ingin aku baiki kesemuanya namun mustahil... sejarah yang tersingkap tak mungkin boleh berubah dan berpatah kembali...
Aku tahu itu, sebab itulah blog ini tercipta, demi memohon kepada sesiapa yang pernah aku tersakiti hatinya tidak kira bila, ku mohon maafkan aku, kerana hidup yang pendek ini aku mohon dimaafkan, aku yang kerdil ini kadang-kadang terleka dengan semua yang terjadi, aku tiddak ingin berpatah kembali, mengungkap tregedi silam yang hampir membuang aku dari kalangan MUSLIMAH, Allahuakbar!!  Ampunkan aku ya Rabb... Maafkan aku semua.....

Kini aku teringin menjalin sebuah ikatan persahabatan yang benar-benar ikhlas, dan mencari sahabat sejati sebaik dia, sahabat yang sukar dicari ganti, yang memahami dan mengerti serta mengheret semua aku ke pangkal jalan dengan cara yang sungguh berhikmah.. Terima kasih so much sahabatku..! kini aku mencari semula sahabat-sahabat dan musuh-musuh yang dulu yang pernah aku sakiti hatinya.. niatku satu.. MAAFKAN aku!!

"Sedangkan Nabi ampunkan umatnya...."

itulah yang berlegar dibenakku, namun usaha memohon kemaafan ini sesuatu yang sukar, ego yang sedia ada dalam diri ini bukan senang ditempiskan, itulah perkara yang paling sukar bagi seorang manusia seperti aku ini, yang tebal dek ego dan nafsu... Namun demi impian sebagai muslimah dan perjuangan yang ku bawa kini aku harus pergi dan berpaling meninggalkan ego itu, sungguh teruk rasanya ingin mengikhlaskan sesuatu.. tapi itulah perkara paling manis dalam hidup sebagai pejuang ini.. Sungguh sejak berblog ini TUHAN membuka pintu hatiku supaya menilai diri dan muhasabah diri, walaupun bukan sebagai pejuang politikus atau pon terrorism tapi cukuplah aku berjuang sebagagi seorang muslimah yang berjuang untuk diri sendiri dalam membentuk akhlak dan jati diri sendiri, menjadi khalifah bagi diri sendiri dan menjadi seorang setiusaha kepada seorang pejuang kelak.. Aku mahu sekali menjadi sayap kiri seorang pejuang, yang tabah dan sabar menghadapi segala perjuangan sang KHALIFAH.. kerana seorang lelaki itu sifatnya khalifah @ Pemimpin.  Semoga Allah mendatangkan dia kepadaku... walaupun bukan khalifah dalam perjuangan dibumi ini cukuplah kepada anak-anak ku kelak, yang membolehkan anak-anakku menghormati dan layak dipanggil Abi. KESEDERHAAN itu layaknya seorang pejuang....




HAYATILAH SEJENAK KAUMKU.... biar kita tidak ALPA!




Kisah yang melanda...

Hingga tercetusnya sebuah perang dingin antara aku dengan hamba Allah ini, suatu ketika dulu la.. kisahnya aku tak ingin ungkit tapi demi MAAF itu aku story kan sedikit.. Aku ni bukanlah PLAYGUL.. tapi kerana lelaki itu, aku dikecewakan berpuluh kali, dan peliknya aku tidak pernah serik mencari CINTA ... itu dulu la, tapi dalam waktu itu aku mungkin melukakan hati hamba Allah nih.. Entahlah.. aku tak tahu salah siapa, mungkin aku atau lelaki itu, mereka ini semua merasa aku yang merampas.. dan ada yang melepaskan kepadaku, tapi bila dah tahu gitu aku tak kan bersama dengan lelaki seperti itu, kenapa?? aku tak tahu Allah bagi UJIAN yang sangat berat dan teruk untuk aku, hingga mereka ini menganggap aku yang bersalah dan sebagainya, aku tidak lagi punya hati kepada lelaki itu, cumanya.. aku ingin berbaik dengan mereka yang senasib denganku ini, tapi mereka ini tidak mahu mungkin merasa aku ini perampas, padahal aku tidak tahu menahu dari awal.. kes ini agak2 la salah aku ke? hurm adela 2 orang hamba Allah ni, hingga aku tegur pon sudah bermasam muka denganku, tegur di YM dan FS je pon, perang dingin la kot, tapi aku tidak merasa aku berperang cuma peliknya kenapa kaum sesamaku sebegitu? tidak bolehkah kita bersikap positif dan profesional.. lagi pun itu hal yang lama dan dah lepas, mungkin masing-masing juga sudah berteman MALAH yang lebih baik dari lelaki2 itu, kalau aku bersalah sekalipun, nyatakan silapku itu.. Aku tidak lagi bersama mereka setelah diberitahu itu hak mereka, apakah masih salah AKU??


"Aku mohon sekiranya kedua mereka ini satu hari melawati blog Dhaif ku ini, aku mohon sangat, dimaafkan segala kekurangan dan kesalahan tentang diriku yang kerdil ini. Semoga satu hari nanti tidak akan ada sengketa antara kita lagi..Usahlah seperti budak-budak kita bersengketa dengan hal yang terlalu remeh itu, kerana seorang lelaki yang sungguh tak layak dipanggil lelaki pun.." Maafkan saya...



Bila kematangan membolosi diri, kita akan mengenali diri kenali sendiri, kita akan cuba memperbaiki diri dan muhasabah diri, namun tidak semua orang akan berbuat begitu, cuma segelintir menyedari... lagi satu "Kematian" adalah perkara yang pasti, aku sedari itu semua PASTI terjadi kepada kita namun bila masanya kita tak pernah sedia..aku la yang tak bersedia lagi, tapi yang bersedia tu bagusla.. aku masih kurang pahala dan banyak dosa yang tak terampun lagi.. Aku masih belum sedia menghaapinya, namun Tuhan membuka mata ini supaya bersedia menghadapinya bila-bila masa, Sungguh kematian itu kian hampir... tapi waktunya kita semua tak pernah tahu bila, dimana dan bagaimana.... Aku masih teringat Arwah abang sepupuku, AMIR- usianya tidak terlalu tua, waima masih belum berumatangga lagi, lingkungan masa tu dlm 30-an la kot, tapi kerana silap sendiri dia menghitung hari pemergian sendiri, aku sedih melihat dia waktu itu, dengan diri yang masih belum bersedia, dia terkial-kial mendekati Tuhan dalam waktu yang singkat, dihujung katilnya terdapat kelendar yang memangkahkan angka-angka, hari-hari yang berlalu.. katanya dia mahu saat-saat akhir ini bermakna dan bermanfaat, Ujiannya sungguh berat... hingga dia memejam mata, puisi-puisi yang tertulis didinding biliknya banyak mengajar dan memberi makna kepada seluruh sejarah keluarganya termasuklah diriku yang kerdil ini, di situ aku merasa hampir dengan "KEMATIAN!"

Ya Allah, Ampunkan lah segala dosa ini...


___________________________________________________________________________________


11/10/09 (AHAD)


Ni cerita semalam yang tak sempat aku nak up date kan dlm ni.. Semalm aku cuma sempat mengedit blog dan melihat blog-blog orang len.. huhuuu...  seronok pula tak sedar sampai 5 pagi, huhuuu... tapi aku cuma nak masukkan satu je..

Semalam aku ke Seagate, makan sambil berjalan la katakan sambil makan angin sekali, memang kembong la peyot, hurm... p la masuk kedai nih, nama kedai tuh RINDU MALAM, ha kalian semua ingat bek-bek nama tu, lau nak masuk pk 2 hingga 100 kali, hurm.. kami time tu da kelaparan.. masuk je terus ditnya nak makan pe, pelayannya langsung tak bagi muka, tak dak basa basi, senyum pon tak, buat aku tak selesa nak berlama, ha.. pesanlah nasi goreng Thai, harganya RM4.50, tak kisahla... lau sedap, aku dah membayangkan yang akan sampai nanti sedap, berasap dan menyelerakan.. wah..wah..tinggi hayalan tuh, rumet aku lak order sotong goreng tepung, huhuuu...tempat da cantik da, tepi laut yang nyaman...

Tibalah nasi sampai.. lama gak nunggu, sampai-sampai je aku terkejut, nasi goreng dia macam nasi goreng biasa, tak dak lauk pun, pastu juz letak bawang besar yang di potong ngn timun, waduh! aku da tak makan bawang2 neh, timun je la.. nasi goreng Thai memang gitu ke? ishk..sengal je, lau tau aku makan je kat ngn USM je g kenyang, si rumet aku g teruk kena, sotong goreng tepung dia pelik, tepung dia tak dak sangat, sotong pon berapa je, pastu sos dia rasa strawberi..adoi bayangkan..kesian kan? time bayor macam teruk je.. kami nak p bayar tapi si tukang anta nasi ngn sotong tadi cam ingat kami tak mau bayar..lah.. tau berapa harga sotong tu? RM 6.00.. ha sangat la... aku tgk tak sampai 2ekor sotong pon dia buat. Kedai len kami makan lau cam tu juz RM 4.00 je. dah la xbesh! hurm... bukan nak komplen pe kan.. tapi hargailah pelanggan, sebab pelanggan yang masuk kedai kita tu bukan ke mandatangkan rezeki buat kita, kalau buat ala kadar, orang tak puas hati, bayar tak ikhlas n lebih teruk tak halalkan.. camna? kita nak cari rezki bagi anak bini makan, tapi lau tak halal camna ank bini kita nanti?? hurm..renung-renungkan la dan fikir-fikirkan la, selamat beramal... :-)



hah da bes pon..sebab kami kelaparan..tapi tak puas hati tol..



ha ada cadar kuning nih, aim tol2x.. hik..hik..

 
see...

 
tempat memang cantik.. dengan lampu n tepi laut.. ok la..



Bukan nak sabotaj orang cari rezki, tapi beringat-ingatlah dengan rezki yang kita perolehi itu, kadang-kadang kita tak sedar semua ni boleh merosakkan akhlak n minda anak-anak kita, puncanya.. antaranya.. inilah sebabnya... jadi berhati-hati dengan REZKI yang anda perolehi!


WALLAHUA'ALM..

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu