"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Sunday, August 29, 2010

Jangan Ketawa - Pil Puasa

Kalau ikhlas nk posa xyah pakai pil ni pon xpe kan? kan?

semoga bulan ramadhan ni rezki kita akan melimpah ruah..amin.

Romadhon04 - Adab Puasa

Kerinduan pada kampung makin terasa...

Alhamdulillah..

Sudah hampir 20 hari lebih kita menyambut ramdhan dengan berpuasa.. meski kepenatan seharian dengan kerja seperti aku ini, namun semua itu tidak pernah membataskan fardu yang satu ini.. pokok pangkalnya dimana ade kemahuan disitu ade jalan.. sungguh bukan mudah menghadapi cabaran dunia hari ini, aku merasakan puasa ketika zaman kanak-kanak aku tidak lah sesukar ini, makin kita melangkah dewasa makin banyak cabaran yang mesti dilalui. aku turut gembira melihat sepupu2 ku yang baru belajar puasa, along dan angah. semoga kalian akan terus berpuasa dan menjadi anak yang solleh, kalau melihat kanak-kanak seumur 7 dan 5 tahun berpuasa tidak kah kita malu jika kita yang berumur 20, 25 24, 23 masih tidak mahu berpuasa.. ? apakah nilai iman yang tertanam dihati kalian itu telah hitam dan gelap.. andai ini terjadi suci2 kan lah hati dengan zikrullah dan amalan2 len yang boleh menyucikan hati kalian.. saya sekadar menyampaikan dan mengingatkan untuk diri sendiri utamanya dan sahabat2 yang bersama-sama saya dalam perjuangan menegakkan panji2 Allah ini. walaupun perjuangannya cume sebesar zarah, tapi ketahuilah ia lebih baik dari tiada langsung. 

Sama-samalah kita mengejar Syurga Allah! 
Wallahua'lam wailallikoq...







Saturday, August 28, 2010

SELIMUT PUTIH telemovie Taubat Nasuha

 


"Beringat2 lah kita sebelum terlambat.. maut tidak mengenal waktu dan rupa.. 
Beramallah kita seperti kita mahu mati besok dan carilah rezki seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi." Wallahu'alam...

Thursday, August 26, 2010

Karier..oh kawen...

"Ya Allah sediakan seorang jodoh yang baik buatku, seorang lelaki yang teguh agamanya dan imannya.."
 Yang menghormati kaum yang lemah, Allah akbar! 
aku lelah memikirkan dan aku tambah lelah bila ramai yang bertanya..
bila nak kawen? adoi.. yang sebenarnya aku tak ade jawapan tuk soklan tu.. sampai masanya dan ketikanya aku akan tunaikan kweajipan yang satu itu..
Bukan aku mengelak.. xmau kawen xmau ade kehidupan tapi....
Sukarnya nak mencari calon SUAMI masa kini.. yang nk dijadikan boyfren cuma ramaila..
Bukan mudah nak menentukan sesuatu itu.. kadang-kadang bila orang tanya kenapa xcouple, xdak bf.. xkurang yang sebut xcayelah xde bf..hurm..zaman sekarang ni, memang mustahil kalau budak2 remaja xdak bf, tp aku ni bukan kategori yang remaja g da dewasa pon, sekalipon aku despreted xmungkin la aku jual diri ku.. 

Untuk sahabat2 yang senasib..
Percaya dan berdoalah.. akan datang jodoh kepada kita.. jodoh yang telah ditetapkan Tuhan buat kita..
Cuma jagelah akhlak kita sebaik mungkin, kerana perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
Janganlah terlalu bimbang.. sekalipon hati terkatup namun jika masanya telah tiba, pasti suatu hari kita akan mebuka semula hati kita buat nya.. InsyaAllah!


Karier...
InsyaAllah rezkiku disini..dalam bidang ini.. dan aku mencintai dunia consultan ku.. hihiii..
Aku dioffer, bidang yang sama, kerja yang sama tapi gaji lebih lumayan..apelah salah aku berhijrah kan?  Sepanjang sebulan aku kat Ambank, Aku da berjaya settle 5kes.. Alhamdulillah ni la yang dikatakan rezki dari Allah, Bukan berbangga tapi inilah berkat doa dan kesabaran serta niat yang jitu sepanjang masa.. Insayaallah rezki tu ade dimana2 jika kita sentiasa berusaha.
InsyaAllah penghijrahan ini akan membawa seribu berkah... 
Raya ni InsyaAllah lebih bermakna dari tahun2 lepas.. maklum lah gaji pertama ku untuk keluargaku.. dan aku ingat nk buat kenduri sikit nanti kat kg pas raya ni..InsyaAllah.. semoga keberkatan dan rahmah dilimpahkan buatku..Amin..

"Jika kita merasa kita mampu melakukan sesuatu itu maka buktikan yang kita mampu melakukan!"

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu