"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Tuesday, October 13, 2009

LOKAN BERTEPUK..makin suram



 Dewan budaya.




Semalam aku p tengok teater Lokan bertepuk, teater ni sebenarnya sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009, Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Ulang Tahun ke-40, USM. Teater ini dibuat di Dewan Budaya, USM pada 13 & 14 Oktober 2009. Teater ini telah dihadiri oleh T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (DR) Hj. Abdullah Rahman B. Hj. Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.





 


Teater ini berkisarkan kehidupan seorang pamain Lokan, iaitu Senik Bin Abdullah atau nama panggilannya Pak Nik Lokan yang merupakan seorang tokoh permainan tardisi di Kelantan. Mewarisi titih Lokan daripada gurunya Tok Pak Leh di Kampung Pulau Gajah, Pantai Sabak, Kelantan.


Pak Nik mempunyai tiga orang adik iaitu Misah, Said dan Mail. Memiliki anak tunggal yang bernama Jusoh, hasil perkongsian hidupnya dengan arwah isterinya Siah. Dengan hasil titik peluh Berlokan Pak Nik berjaya menyara adik-adiknya sehingga masing-masing berjaya dalam hidup, dengan Berlokan juga Pak Nik membesarkan anaknya Jusoh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke London, dalam bidang Undang-undang.





 


Sekembalinya dari luar negara jusoh mula mempersoalkan ayahnya yang meneruskan permainan Lokan kerana bagi Jusoh permainan permainan Lokan itu amat memalukan. Jusoh menjelaskan bahawa ibu serta adik-adik ayahnya juga tidak menyukai permainan Lokan. Jusoh mendesak ayahnya supaya berhenti  dari Berlokan. Kecewa dengan sikap Jusoh akhirnya Pak Nik bermain Lokan untuk kali terakhir. Selepas bermain Pak Nik menyatakan ingin  bersara kepada penonton dan sambil menangis Pak Nik berbohong bahawa selama ini adik-adik dan anaknyalah yang menjadi semangat serta pendorong bagi Pak Nik untuk terus berlokan.


Ucapan terakhir Pak Nik didengari oleh Mail adiknya dan menyampaikannya kepada Jusoh. Sebelum sempat Jusoh meminta ampun kepada Pak Nik, Jusoh mendengar doa Pak Nik pada satu malam selepas sembahyang bahawa selama ini Pak Nik amat menyayangi Jusoh dan inginkan Jusoh meneruskan titih Lokan yang diwarisinya. Selepas berdoa, Pak Nik berbaring dan menghembuskan nafasnya yang terakhir diatas sejadah.








Jusoh amat menyesali dirinya yang sentiasa menentang ayahnya berlokan lebih-lebih lagi ayahnya pergi sebelum sempat Jusoh memohon keampunan. Sesal Jusoh terbungkus dalam tangis, raung dan ronta lalu bertindak segera mahu menjadi Pak Lokan seperti ayahnya. Jusoh sekadar bertepuk kosong kerana Lokan sebenar telah pergi, Lokan semakin sunyi, tepukan tidak lagi berbunyi.


Lokan bertepuk merupakan karya yang mewakili apa jua bentuk teater atau permainan tradisional yang seharusnya mempunyai tempat untuk diangkat sebagai titih dan waris yang berterusan oleh sesiapa sahaja, dimana-mana. Sesuatu yang dimulakan menjadi akar dan tradisi itu adalah berhak dipelihara supaya setiap berkaleh generasi, sesebuah bangsa itu mampu mengenali titih budaya, titih warisan dan lestari tradisi nenek moyangnya dari usul dan asal dari hujung dan pangkal.



ni kt dewan budaya.. huhuu tunggu teater start, lambatnyerrr



"Huhuuu...kadang-kadang merasa kecil dan terpencil, aku sendiri tidak tahu menahu dan tidak pernah mendengar bahawa Lokan itu satu permainan tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit, main Puteri dan sebagainya, walaupun aku sendiri anak jati kelahiran Kelantan, tempat dimana Lokan berakar, bertapa generasi baru ini tidak mengenali tradisi sendiri dan budaya sendiri.. Baru semalam aku di dedahkan dengan apakah itu Lokan dan Berlokan. Bukan mudah menjadi seorang Pak Lokan yang dicemuh keluarga sendiri... Seni itu satu budaya dan tradisi turun temurun yang tidak dapat dijual beli. Hanya terlahir dari titih..."

Hargailah seni tanah air sendiri!!

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu