"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Saturday, October 3, 2009

Bisikan sepiku..

Salam satu Malaysia sahabat-sahabat tercinta.


Huhuuuu..Patriotik nye ase.. heheee..

Hurm...kadang-kadang bila kita renung setiap hari yang telah berlalu terlalu banyak kenangan yang dipaut dalam selimut yang bernama KEHIDUPAN kn? kn? hurm..kadang-kadang aku merasa kehilangan, kadang-kadang aku merasa sepi, dikecewakan dan disakiti..kadang-kadang aku gembira dengan semua yang berlalu dan telah banyak mendewasakan aku, mematangkan aku sebagai seorang gadis.. Bila diri ingin berpaling kebelakang aku sentiasa membuang perasaan itu, perasaan yang selalu mengimbau dan menyesali hidup yang lepas, tapi bagaimanapun aku mesti kena teruskan hidup dan perjuangan seorang gadis desa ini... Chaiyok2x myself! hehe


Lately ni aku lebih banyak teringatkan kesilapan yang aku lakukan ke dia, hurm.. entah dimaafkan atau tidak aku tak pasti.. apa yang pasti semalam aku termimpi-mimpikan dia, Ya Allah apakah tandanya tu? apa yang berlaku kepadanya..aku tak tahu.. tapi harapanku biarlah dia berbahagia sampai bila-bila dengan hidupnya tu. Aku sama sekali tak terniat mahu menghancurkan hidupnya atau kembali semula dalam hidupnya sebagai pemusnah keluarga yang baru dibinanya itu... Aku cuma mahu dia maafkan aku dan mengikhlaskan hatinya untuk aku dan hidup aku. Aku sedar dia terseksa dan terlalu sakit masa tu, bukan dia jer yang rasa tapi aku juga turut sama merasai apa yang dirasa waktu itu, cuma aku lebih mendengar kehendak nafsu aku yang sentiasa bersifat kebudakan masa tu, aku pikir perkara yang tak pasti jer.. entahlah.. aku..aku..Arhgg.. kadang-kadang tak abes pikir kenapa aku TERGAMAK buat camtu dulu.. mungkin aku tak belajar dulu, tapi kini aku sedar.. hidup tak semestinya hanya untuk dilalui semata-mata tapi mesti dipelajari setiap yang berlaku.


Sometimes aku terpikir dia yang kini, Aku tak tahula.. mula-mula ok jer.. tapi semakin hari semakin jauh pulak, sepertinya dia menyiksa aku jer.. mendera perasaan dan hati aku kadang tu.. nk berhubung hanya bila hari isnin hingga jumaat time pejabat, tak jugak hari-hari, kadang-kadang je.. bila dia kol je aku boleh dengar suara dia, entahla.. aku tak pasti niatnya tu, kadang-kadang manusia ni boleh melakukan perkara yang tak terjangka oleh kita, sebab aku ni bukan MALAIKAT yang boleh baca hati dan fikiran dia, aku boleh sabar dengan semua kesibukan dia, tapi kenapa aku tidak boleh menghubungi dia..? kadang-kadang tu aku tak pasti bagaimana hatinya.. kalau dia benar jujur dan ikhlas semua masalah tu tak de alasan.. tapi aku merasai sesuatu yang aku tak pasti apa.. kadang-kadang insting aku ni jarang salah. Entahlah.. dia selalu kata tak mau kecewakan aku, tapi apa yang pasti dia sedikit-sedikit mengecewakan aku dengan tindakan dia tuh. Ya Allah berikanlah aku petunjuk-Mu kepadaku... Tenangkan hati dan perasaanku, jangan kau gundah gulanakan hati ini, Ya Rab..Andai dia untuk aku engkau dekatkan hatinya dengan hati, ikhlaskan la segala tindakan dia kepadaku dan jujurkan hatinya kepadaku, Permudahkanlah segala masalah yang melanda dalam hubungan kami ini.. Aku sama sekali tidak akan mengingkari janji-janjiku kepadanya..Tapi ya Allah Engkau tunjukkanlah kebenarannya kepadaku, "TUNJUKKAN" kepadaku!! supaya aku tidak merasa tertipu dan kecewa lagi ya Rabb.. hanya kepada-Mu satu-satunya yang aku pohon, kepada-Mu aku merayu diperkuatkan dan diperteguhkan Iman ini..Sabarkan la aku di atas apa yang berlaku kepadaku ini.. Amin..


Hari ni hajat hati tu nak siapkan assigment Lighting, Nak siapkan analisa skrip tu, biar paham dan mudah aku nak wat plan tu nanti.. adoi.. masalah negara jadinya untuk orang cam aku yang tak reti melukis ni amik minor seni.. adoi ai.. sabor je la.. Ya Allah permudahkan la jalan MUJAHADAH hamba-Mu ini..


Pagi tadi, ajat nak makan nasi lemak kat Taman Tun Sardon tapi ujan lebat gila, sampai akhirnya aku membungkang ngn rumet aku kat bilik jer.. huhu.. penangan nasik lemak Tun Sardon ni leh jadikan aku tiap-tiap hari nak p sana makan..huhuu... sedap gila..menjilat pinggan.. hahahahaa...



wah..wah...tgk telor dia tu.huhuuu



ha yang ni ok la.. not bad.


 

ha..ni la jalan Tun sardon..cantik kn?



ha ni lak kedai-kedai dia, banyakkn? sempoi jer.. suke aku duk memilih.. hehee
macam-macam ada..  :-)


Oklah selamat menikmati yea kawan2..hehee.. daaaaaaaaa 


No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu