Salam Ukhwah Fillah sahabat-sahabat tersayang dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjuanganku.
Syukur Alhamdulillah.. tu jer yang mampu ku lafaz bila aku bangun dan buka mata, aku masih boleh melihat dunia, hurm.. sejak berlaku gegaran kat Penang ni, sebab effect dari TSUNAMI kat Vietnam hari tu, hati ni kadang-kadang risau, bimbang, dan takut..takut tak sempat kembali kepangkuan jalan, takut tak sempat menyusun TAUBAT di hadapan Rabullizzati. Alhamdulillah kat USM ni hanya berlaku ribut dan hujan lebat, huh! memang lebat, hinggakan langit semua gelap kelam.. adik aku kata macam nak KIAMAT, aduh! bila ingatkan semua tu, terkenang diri yang penuh dosa dan kotor, terasa jauh untuk mencium Jannatul Firdaus, tapi tak mahu ke Al-Jahannam, takut..memang ngeri.. kadang-kadang terpikir akan diri yang naif dan daif ni, bilalah nak jadi seorang gadis pilihan Allah, Aduh! terlalu jauh tu hayalan..kadang-kadang tak masuk akal sebab aku sedar aku manusia lemah yang punya banyak dosa dan tak sempurna, bagaimana tu?? Ya Allah berilah petunjuk-Mu kepadaku, bukakan Hijab-Mu buatku yang kerdil dan naif ini, jadikan aku sebaik-sebaik manusia yang bertaqwa kepada-mu, yang sentiasa mematuhi suruhan dan menjauhi larangan-Mu. Akulah manusia lemah yang mudah terpujuk rayu dengan bisikan syaitan-Mu ya Rabb, kuatkan semangatku, kuatkan aqidah dan muliakan akhlakku, dan kuatkan imanku ya Allah...aku tak ingin menjadi gadis yang Alpa dan hanyut.. Ampunkan segala dosa-dosaku dan permudahkanlah segala urusanku di Dunia dan Akhirat ya Allah S.W.T. Amin..
Petang tadi aku sempat berjalan dicanselori lagi, melihat matahari terbenam dari puncak bukit USM wah..wah.. santai sungguh petang tadi.. hajatnya nak menenagkan hati dan jiwa yang sering berkecamuk sejak akhir-akhir nih, macam-macam terfikir, Al-Maklumlah usia makin meningkat banyak menda kita nak kena fikir, soal kerjaya, hidup, keluarga dan masa depan.. Aduh! gawat-gawat..! ha..tadi masa duk bersantai kat atas bukit canselori tu sambil duk menikmati pemandangan laut dan Pulau Pinang tuh, teringat plak kat dia, Ya Allah, bila terkenang je kat dia perasaan aku sentiasa diselubungi rasa bersalah dan bersalah..berdosa.. Aku sekarang ni bila dah dewasa sikit pemikiran ni, aku terpikir sangat mahu berdepan dengan dia, walaupun aku tahu perkara tuh mustahil berlaku sebab pertama dan paling kukuh sekali dia tuh dah jadi suami orang, kedua sebab aku sendiri yang melepaskan dia. huh! aku ni kejam sangat bila terkenangkan dia, aku rasa tersangat berdosa buat dia cam tu dulu, tapi nak buat camna aku budak-budak dan buta masa tu, dia terlalu baik pada aku, kalau nak diikutkan dia tak bersalah sikit pon pada aku, tapi sebab orang len yang tak pasti aku sanggup tu buat camtu, last-last aku jugak terkuciwa sendiri.. hurm nila KARMA Allah pada aku, lepas peristiwa tu aku benar-benar rasa bersalah dan berdosa sangat dengan dia. Dulu kalau dengar pasal dia aku leh tersenyum dan tak rasa apa-apa, tapi lepas apa yang berlaku pada aku sejak tu sampai la ni.. aku sikit-sikit belajar dari pengalaman dan belajar dari erti hidup ini, tapi tula aku masih terkenangkan dia, lagi-lagi bila duk kat canselori tu, banyak kenangan kat situ, kat kerusi batu tu la.. hurm.. time aku merajuk, marah semua dilampias disitu, sikap yang tak boleh aku lupa pada dia tu satu, dia ni lau ade masalah dalam hubungan kami masa tu terus nak kena selesaikan hari tu jugak, kalau tak dia akan terus jadi pendiam dan pemurung sepanjang hari tak pun aku jadi gitu, majuk la konon, tempat penyelesaian masalah mesti kat kerusi batu canselori tu sambil ngadap laut kitaorang akan bincang elok-elok. hurm...banyakla kenangan..tapi semua da tinggal kenangan.. banyak tempat yang masih buat aku tak leh lupa kat dia sebab dia terlalu baik, cuma aku ni jer yang buta. hurm..tapi nak buat camna, bila kita berbalik kepada apa yang telah terjadi dan berlaku, semua tu ada hikmahnya, dan aku sedar memang jodoh kami cuma sampai situ, dan aku terlalu dan teramat berterima kasih kepada dia sebab memberi peluang aku berada dalam hatinya sebagai cinta pertama dia, aku akui memang masa tu aku tak reti menghargai kehadiran dia dalam hidup aku, aku tak reti menilai, tapi semuanya kerana tiada jodoh, dah memang Allah tak mahu aku bersama dia.. tapi aku selalu mendoakan dia bahagia Dunia dan Akhirat dan dapat memaafkan segala dosa dan silap aku pada dia dulu, walaupun dah hampir setahun dia mendirikan rumahtangga, aku kadang still merasakan dia tidak dapat memaafkan aku lagi, walaupun dia pernah kata dia dah pon maafkan aku, sebabnya KARMA yang terkena pada aku cukup pahit dan banyak.. huh! tu mungkin Allah nak menguji dan menyedarkan aku, kalau tidak sampai la..ni aku masih tak reti nak menghargai orang yang baik datang dalam hidup aku. Sampai la..ni aku masih tak terpikir tuk berkawin pon, lagi pun aku muda lagi, belum dikategorikan ANDARTU pon lagi, baru 24 kn, rileks la banyak lagi yang aku tak dapat kejar dalam hidup nih, aku bukan mahu mengejar harta kekayaan, tapi cukuplah sekiranya aku dapat memberi kesenangan dan kebahagiaan buat keluarga aku terutama MAK n AYAH aku. tu paling penting. Aku bukan tak mencintai orang yang hadir dalam hidup aku kini, cuma aku tak mau la terlalu OBSES cam dulu, berharap menda yang tak pasti kepada orang yang tak pasti, jadi lebih baik aku berdoa diperkuatkan jodoh kami dan biasa-biasa sudah, yang penting aku ada hak milik aku sendiri, dan boleh berdikari dengan apa yang aku miliki sendiri, jadi aku tidak terikat dengan orang lain, bukan dia tak pernah menawar bantuan kepada aku, tapi aku rasa belum masanya dia menanggung aku, jadi biarla parents aku yang tanggung dulu dan aku mesti balas jasa depa tuh dulu sebelum aku berumahtangga. Aku ni perempuan, anak sulung lagi, adik-adik bersepah, tanggungjawab bukan pada parents je tapi pada adik-adik jugak, walaupon depa tak pernah suruh tapi sebagai kakak tuh terpanggil aku. Bagi aku hidup ni senang je, kita tolong orang, orang akan tolong kita jugak, lagi satu lau kita wat baik ngn orang kita akan dibalas baik, semuanya ada KARMA yang Allah dah janjikan tuk kita sejak kita lahir lagi. Zaman sekang ni pon satu hal jugak, lau nak buat baik pon berpada-pada lah jugak, dan pada orang yang betul jugak, jangan sampai orang menindas dan merendahkan kita. Jangan sampai maruah kita jadi taruhan orang.. Jangan sampai orang berkurang ajar dengan kita dan kita kurang ajar dengan orang tu je.. konsepnya semua berbalik kepada KARMA.
Antara tempat kenangan aku ngn dia.
Kenangan pertama aku dan dia, di Teluk Kumbar.
Apepon aku sentiasa berharap agar aku dapat berjumpa dengan dia satu hari nanti dan meminta maaf secara terang-terangan dengan dia, niat aku bukan tuk merosakkan rumahtangga dia tapi tuk menjernihkan kembali apa yang kelam tuh, kalau boleh aku tak mahu ada dosa dengan orang lain, dan kalau boleh biarlah dia berkawan semula dengan aku, hati aku memang dah tak de rasa apa-apa cuma niat aku, as a Human aku mesti menjalinkan hubungan baik dengan manusia len. aku harap dia dapat maafkan aku DUNIA dan AKHIRAT.. aku rasa dosa aku terlalu besar kepada dia. kalaulah dia terbaca, aku harap dia paham niat aku nih.. datanglah sekali lagi dalam hidup aku tapi sebagai sahabat, sebab dia seorang lelaki yang terlalu baik pada aku. Aku tahu dia juga mungkin banyak belajar dari pengalaman tuh, dari kemanjaan dan keterlaluan aku pada dia, dia mungkin lebih tabah dan kuat lani. aku harap dia akan jadi seorang lelaki yang bertanggungjawab kepada isteri dan anak dia kelak. Sekali lagi aku harap sangat dia maafkan aku.....
No comments:
Post a Comment