"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Saturday, October 31, 2009

Taman si kebun bunga..

Untuk diri yang agak stress akhir-akhir nih..huhuu.. nak exam ler kata kan..


Kesibukan yang melampau-lampau dengan Assigment lor.. huhuuu tapi ni da ok sket jadi banyak la masa nk menggodek-godek blog tercinta.. huhuuu jangan merajuk yea blog tersayang..
orang kata lau kita sayang sesuatu menda tu kita mesti hargai dan keep in touch selalu, barulah dia tak lari kan? kan? huhuuuu.. Tapi tak tahu la tu cuma pendapat aku, hurm..apepon sungguh gembira petang tadi, aku dapat la berjalan-jalan di taman si kebun bunga. hehe ngn sapa lagi, rumet tercinta.. ha dia hari ni tengah free sebab cik abang dia tak de, katanya ade BBQ Permata. (Persatuan Mahasiswa Terengganu) huhuuu.. jadi aku selaku rumet terbaek nih mengajak la dia jenjalan sambil mengenang kenangan silam..huhuuu kadang-kadang sedih gak lalu tempat-tempat yang banyak memory neh.. hurm ape pon aku sentiasa doakan dia bahagia dengan wife dia. hurm g menghirup udara segar dan merasai kesejukan air kat situ, sungguhlah mendamaikan KALBU, dengar suara burung dan cengkerik, suara Air terjun dan daun-daun bergeser sesama sendiri..adoi ai.. memang buat aku touching habis tadi.

Hurm.. tu la, gatai ngat bercinta dulu, last-last tak jugak kawen... orang len jugak jadi pilihan dia, hurm tp tak pelah tu bukan jodoh aku, jadi aku suke nak ingatkan diri aku sekali lagi dan kawan-kawan yang tersinggah kat blog aku nih, Bercinta berpada-pada jangan melampau dan obses sangat, sebab jodoh kita semua dah ditentukan dan kita tak tahu sapa, pastu janganla membuat perkara yang tak baik time couple dan lepas couple pon, lau dia bukan untuk kita terima la dengan REDHO dan PASRAH, ingat ALLAH banyak-banyak jangan lupa kita ni milik DIA, pinjaman dari dia, tubuh badan kita ni hak DIA, jangan sekali-kali kita rosakkan dan musnahkan.. sebab setiap yang berlaku kat kita tu ade hikmahnya, malah besar hikmahnya yang kita semua tak tahu, semua tu adalah RAHSIA Allah, lau kita tahu belum sampai waktunya maka semua itu bukan lagi RAHSIA. Jangan kita melampaui batas dalam ape jua yang kita lakukan, maka BERSEDERHANALAH dalam apa pun.

Ok la ni pic-pic yang sempat aku rakam sebagai kenangan tadi kat sini. Ha lupa lak nak bg tau tadi aku bawak CRISPY tau masa g sana, baru je masuk pintu gate kat Kebun bunga tu, ha monyet-monyet tu duk tuju kat aku, aku pon bukak la langkah seribu, depa duk kejar gila-gila, nak nangis aku, last-last rumet aku kata "Lempaq la Crispy tu kak!" ha bila aku lempaq barula depa xkejar da, rupanya depa nak makan crispy aku tu, uwaaaaaaaaaa cedih aku.. kasi la walaupon tak ikhlas..bagi.. huhuu aku baru mam sikit. tapi tak pelah dah bukan rezki aku, Lau dah bukan rezki dalam mulut yang kita makan pon akan terkeluar lagi, tapi lau rezki kita mana-mana pon dapat.. huhuuu.. bagi je la..

K, k.. kita tinuk Pic dulu k.. heheee..


Ni sepatutnya last sekali, da kepenatan neh..hehe

 
syoknyerrrrr....
 
Ayu..seh baru sampai neh.

cakkk!
 
masuk utan da..

lamakkk..dugung mano neh..?
  
Teka..Pokok pe nih?
 
Beca kan? huhuu kecit je aku..
 
Alahai..ade cam umah NUR KASIH x?
 
hehee..ni kat Oversea.. hahaha
 
uwah! sukenyer...
 
cantikkan?
 
huhuu..
 
Taman Kaktus...tp syg xleh masuk..huuu..


alamak! jenguk je la kat luo..
 
hehee...macam dlm taman kn?
 
hehe..Nature n me..


Ade cam Fairy Tales tak?
 
Seronok..sgt..
 
 
uhuh! ase air dia sejuk bangat! cam kat Kg jer..


Alamak lupa nak rotate.. tp xpe la kan?

Ha ni jela yg sempat aku rakam sebagai kengan.. k la last sekali
Hargailah Alam semulajadi ciptaan TUHAN nih..

Wallahu'alam! 


Sunday, October 25, 2009

Seni hati...

    Sesekali merasa sepi.. mengungkai makna hati yang bukan sedikit, merantai-rantai yang difikir, kadang-kadang semua itu tidak lagi penting untuk menjadi persoalannya, aku tega andai semua suratan yang aku tak ketahui itu terjadi kepadaku, walau hati ini sakit dan terluka, tapi aku perlu tabah menghadapi, hanya Tuhan yang tahu betapa aku memerlukan dia disamping ini, menjadi kekuatan aku untuk berdiri menghadapi setiap kertas-kertas exam yang bakal tiba, aku pingin sekali dia hadir dihadapanku, untuk mengucap secangkir barang dua ungkapan keramat senegap jiwa dan kekuatan hati menambah mood study aku, owhhhrgg...Tuhan ku! buangkan jauh rase gelora yang membuak-buak menggila babi ini dalam diriku...

Sungguh aku perlu seseorang menjadi semangat aku disini.. semua yang ku harap dan rapat disisi ku, hilang....
benar-benar aku terasa kehilangannya, menjadi satu sumpahan buat aku, Tuhanku...betapa aku memohon keampunan dan kemaafan dari semuanya yang aku lakukan sebelum ini, mengapa sumpahan itu seakan masih melekat padaku lagi? apakah Engkau ingin menduga hatiku? menduga cinta yang hadir dalam diary hidup aku??

Ya Allah... pohon perkuatankan hatiku, aku tak mahu kalah dengan perasaan ini lagi, buangkan segala sikap ku yang tidak baik ini dalam diri ku... Pohon ya Rabb... 

Walaupun aku ini kecil, lemah dan lurus dan paling teruk akulah manusia yang senang mempercayai kata orang len.. hurm... berikan aku kekuatan ya Allah untuk meneruskan hidup yang pendek ini..

Hati ini terlalu halus, mulus dan mudah terluka.. apa lagi luka itu lama dan dalam.. Arhgg!! kenapa malam ni aku jadi seorang yang emo sangat neh!!

Ermmm.... dia sentiasa hidup dalam hatiku, dia sentiasa berada dalam diriku kemana sekalipun aku berpergian, tidak kira kemana aku melangkah sekalipun aku sentiasa ingti, bahawa aku milik seseorang yang telah Allah anugerahkan buatku, walaupun aku tidak tahu siapa lagi, tapi pastinya dia ada, hidup dalam duniaku, dan bersama aku kemana pun, mungkin dia jauh, dan mungkin dia dekat denganku..aku tak pasti, kalau dizinkan aku mahu dia datang kepada ku, kadang-kadang aku merasa rindu.. rindu yang entah kepada siapa, mungkin kepada dia, aku kadang-kadang tertanya-tanya mungkinkah dia jua merasa seperti apa yg aku rasa?? Sungguh aku telah menyerahkan hatiku kepada seseorang tapi aku belum tentu hak dia, aku kadang-kadang hilang rasa pada CINTA, benarkah? mahu aja aku tanya kepada mereka ... APA ITU CINTA???  hurm..yang aku ngeti aku cuma rasa kehadiran seseorang dlm hatiku, tapi aku tidak tahu apakah itu dia atau WILDAN yang telah Allah taruh untuk aku kelak... mungkin kerana Tulang rusuk pinjaman mu ini membuat aku sentiasa merasa rindu kepadamu, aku ingin sekali melihat kenyataan itu... tapi.... SUBHANALLAH!! aku ini bagai tidak sabar dan mahu melangkau kejadian dan rahsia Allah. NAUZUBILLAH...  Terima kasih kepada WILDANKU... kerana meminjamkan aku rusukmu untuk aku terus hidup, dan kerana itu membuat aku rasa sangat merindui mu dan merasa sangat dekat denganmu.. cuma aku tidak tahu siapa kamu.. InsyaAllah sampai masanya nanti Allah akan mengetemukan kita dan JODOH kita.. InsyaAllah..! Aku tunggu kehadiran kau...


Tuhanku..jangan Kau obseskan diri ini mencari siapa Wildanku itu, biarlah sampai masanya nanti kau ketemukan kami..cukuplah kiranya dia nanti adalah seorang lelaki yang baik dan menghormati kedua orang tuaku.. cukuplah jika dia mencintai aku kerana aku dan keikhlasan aku mencintainya, cukuplah sekiranya kehadiran aku dalam hidupnya menjadikan harinya nyaman dan selesa.. membuat dia bahagia.. aku dambakan pahala menjadi seorang isteri sollehah..penyejuk jiwa pendamai hati sang suami..


Ya Allah jauhkanlah dia dari segala kemungkinan yang tidak baik, peliharalah dia dalam iman-Mu sentiasa ya Rabb.. permudahkan jalan dan hidupnya ya Allah!!

Ayah...Mak...tercinta...Adik-adik tersayang dunia Akhirat, aku sangat rindukan kamu semua!!  peluk lah aku kuat-kuat bagi aku semangat dan motivasi untuk menghadapi segalanya dengan redho dan sabar..Amin..

"Seni hati yang terbungkam dalam jiwa yang terdampar..meroketkan cinta-cinta sang pendamai kalbu"

Saturday, October 24, 2009

macam2... kebizian..


Dinner With MB Terengganu..

 
 Ni dia huhuuu....

 
baru sampai.. heee

 
Posing lagi..

 
With My Rumet.

 
jom...jom..



Cenyum...terpaksa hihiii..semak!


Mam..time.. hihii.. suke..suke..


Tuesday, October 20, 2009

Sejenak menjenguk ke PBSB

Ukhwah Fillah.. 

Itulah salah satu perkara yang sentiasa bermain dibenak aku, sebagai student dan seorang manusia, hamba Allah di muka bumi ini.  Sebenarnya aku dikehendaki membuat Assigment mengenai CSR, aku dan group aku telah memilih PBSB atau Penang Bridge Sdn Bhd, jadi sekoyong-konyongnye aku dan Asma ke PBSB tgh hari tadi.. kami sempat sesat dua kali dan akhirnya mengalah dengan kesesatan yang melanda diri kami, kami pon menelefon En Ikram iaitu selaku PR di PBSB, hurm.mula-mula tu segan juga, tapi memandangkan kami ni terdesak dan memerlukan pertolongan cemas, maka dengan sepantas GABAN aku mendail No tepon En Ikram, menyatakan kesesatan kami nih, huhuuu... MALU jerk..  setelah berape lama bermain di highway tuh maka sampai juga kami akhirnya ke PBSB, adoi ai, dengan muka OTOMEN TARO aku meredah masuk opis tuh, wat..wat pandai ..last2 jumpe gak opis en Ikram tuh, huhuuu.. dengan kepakaran komunikasi yang tak berapa kompeten nih kami pun mula la berdiplomasi mayat dengan en Ikram, huh... kami tahu tahu jugak nak mula dari mana, tapi nasib en Ikram tu buat kami berdua rasa selesa dengan lawak dan suku nya itu, buat kami rasa close, jadi mula la perbualan kami mengenai isu CSR tuh.


Hurm..Br aku tahu bahawa PBSB ni anak syarikat dari EUM dan pecahan dari syarikat-syarikat seperti propel, Plus dan sebagainya. huhuuu..tambah la pengetahuan kami ni sikit sebenarnya, hahahaaa... hurm hebat jugak menagment kat PBSB ni eh, tak penah-penah sampai ni la pertama kali kami menjejak ke PBSB, huhuuu... pada  awal aku bercakap dengan en Ikram nih, kami sangka dia ni seorang yang straight dan serius.. huhuu..cuak gak aku, prepair tak la sangat tapi gunakan apa yang ada sajalah, tawakkal je la..hehee... tapi sampai-sampai je huhuuu..Alhamdulillah, orang nya tak la seperti yang kami sangka. hurm.. tapi mana ade PR yang poyo kan? semua PR mesti bermulut manis di hadapan costumer kan? huhuu.. TRICK!


dan kat situ gak kami sempat la berposing-posing, sebagai bukti kami p sana, ha.. ni bahan tuk present esok ngn Pn. Kamaliah nanti.  heheheee...ni kira cam cara meloby lecture la kan.. tak la sangat.. kira effort kami saat terakhir la yea.. hehee


Saksikanlah!!


Ha...mesti orang lau ingat penang bridge je mesti ingt nak bayar tol je.. tapi selain bayar tol ade lagi menda len yang depa wat.. nak tau? jom..

 
Ha..ni antara kempen yang mereka jalankan masa time musim raya.. ada lagi..


 
Ha..ni plak apa yang mereka buat dan CSR yang dijalankan untuk PBSB... 






ha ni kami berdua..sebelum balik, mesti orang tak sangkakan dlm ni ade opis yang comey nih.. hehe..


 
hehee...versi len lak.. ade lagi..


 
ha ni la dia En Ikram tuh, ha mekasih la banyak-banyak yea.. sebab banyak bantu kami yang sempoi tahap CIPAN nih.. huhuuu JASAMU DIKENANG!! heheee..


apepon kami nak ucapkan TERIMA KASIH kepada En Ikram terutamanya dan seluruh warga kerja dan kakitangan PBSB, sedikit sebanyak membantu dan menjayakan projek kami ini, doakan kami success tuk esok yea.. hehee..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni lak story 2hari lepas yang aku tak sempat nak up-date sebab terlampau bz lor.. Assigment banyak maklum la , da jadi tabiat last minute tuh.. hik...hik..(Jangan Tiru tau, xbek..) ha.. aku p jalan-jalan ilang stress hehe (Sempat g tu..hehe)  ha saja..la dari pagi sampai malam posing Shopping Compleks, tujuannya nak beli susu segar je pon, tapi berjalan cuci mata nya yang lama bangat, sampai kurus kaki aku neh.. hehee.. Nasib tak patah g..hehee..



Teringat plak zaman kecik-kecik tumel dulu, p beli pensil n alat-alat tulis sekolah.. semangat g time tuh.. hehe biasela budak-budak g..


tgkla tu rumet aku, bukan main lagi.. hihi..



hah..! aku la.. nak jugak.. :)



see....!


 
hhuih..! teringat lagi, kecik-kecik dulu ade diary yang sebijik camni.. heheee..


 
wa..wa...cumelnyer..


 
ha..ni la yg aku cr 3hari lepas g..mengidam..hehe


 
ni la jajan kesukaanku.. huhuu.. dan syusyu kegemaranku sedonia.. ngeh2x

kla aku ade meeting lak jap g.. esok nye presentation, kena prepair.. hehee.. papepon aku kn rojer nanti..

Wallahua'lam..! 


Thursday, October 15, 2009

Dua wajah...



Dua wajah yang berselindung dalam satu jasad..  Setiap manusia itu punya dua wajah yang kita tak sedari, cuba kita lihat ke dalam diri kita sendiri, carilah diri dan pengertian di dalamnya.. Carilah makna hidup untuk dimaknai sebaiknya...








Wajah mulus ini menunjukkan peribadi tersendiri..









Wajah inikah yang bermain dalam benak anda..




Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah..
Selamat beramal...

:-)


Wallahu'alam... 

Tuesday, October 13, 2009

LOKAN BERTEPUK..makin suram



 Dewan budaya.




Semalam aku p tengok teater Lokan bertepuk, teater ni sebenarnya sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2009, Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Ulang Tahun ke-40, USM. Teater ini dibuat di Dewan Budaya, USM pada 13 & 14 Oktober 2009. Teater ini telah dihadiri oleh T.Y.T Tun Dato' Seri Utama (DR) Hj. Abdullah Rahman B. Hj. Abbas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.





 


Teater ini berkisarkan kehidupan seorang pamain Lokan, iaitu Senik Bin Abdullah atau nama panggilannya Pak Nik Lokan yang merupakan seorang tokoh permainan tardisi di Kelantan. Mewarisi titih Lokan daripada gurunya Tok Pak Leh di Kampung Pulau Gajah, Pantai Sabak, Kelantan.


Pak Nik mempunyai tiga orang adik iaitu Misah, Said dan Mail. Memiliki anak tunggal yang bernama Jusoh, hasil perkongsian hidupnya dengan arwah isterinya Siah. Dengan hasil titik peluh Berlokan Pak Nik berjaya menyara adik-adiknya sehingga masing-masing berjaya dalam hidup, dengan Berlokan juga Pak Nik membesarkan anaknya Jusoh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke London, dalam bidang Undang-undang.





 


Sekembalinya dari luar negara jusoh mula mempersoalkan ayahnya yang meneruskan permainan Lokan kerana bagi Jusoh permainan permainan Lokan itu amat memalukan. Jusoh menjelaskan bahawa ibu serta adik-adik ayahnya juga tidak menyukai permainan Lokan. Jusoh mendesak ayahnya supaya berhenti  dari Berlokan. Kecewa dengan sikap Jusoh akhirnya Pak Nik bermain Lokan untuk kali terakhir. Selepas bermain Pak Nik menyatakan ingin  bersara kepada penonton dan sambil menangis Pak Nik berbohong bahawa selama ini adik-adik dan anaknyalah yang menjadi semangat serta pendorong bagi Pak Nik untuk terus berlokan.


Ucapan terakhir Pak Nik didengari oleh Mail adiknya dan menyampaikannya kepada Jusoh. Sebelum sempat Jusoh meminta ampun kepada Pak Nik, Jusoh mendengar doa Pak Nik pada satu malam selepas sembahyang bahawa selama ini Pak Nik amat menyayangi Jusoh dan inginkan Jusoh meneruskan titih Lokan yang diwarisinya. Selepas berdoa, Pak Nik berbaring dan menghembuskan nafasnya yang terakhir diatas sejadah.








Jusoh amat menyesali dirinya yang sentiasa menentang ayahnya berlokan lebih-lebih lagi ayahnya pergi sebelum sempat Jusoh memohon keampunan. Sesal Jusoh terbungkus dalam tangis, raung dan ronta lalu bertindak segera mahu menjadi Pak Lokan seperti ayahnya. Jusoh sekadar bertepuk kosong kerana Lokan sebenar telah pergi, Lokan semakin sunyi, tepukan tidak lagi berbunyi.


Lokan bertepuk merupakan karya yang mewakili apa jua bentuk teater atau permainan tradisional yang seharusnya mempunyai tempat untuk diangkat sebagai titih dan waris yang berterusan oleh sesiapa sahaja, dimana-mana. Sesuatu yang dimulakan menjadi akar dan tradisi itu adalah berhak dipelihara supaya setiap berkaleh generasi, sesebuah bangsa itu mampu mengenali titih budaya, titih warisan dan lestari tradisi nenek moyangnya dari usul dan asal dari hujung dan pangkal.



ni kt dewan budaya.. huhuu tunggu teater start, lambatnyerrr



"Huhuuu...kadang-kadang merasa kecil dan terpencil, aku sendiri tidak tahu menahu dan tidak pernah mendengar bahawa Lokan itu satu permainan tradisional seperti Mak Yong, Wayang Kulit, main Puteri dan sebagainya, walaupun aku sendiri anak jati kelahiran Kelantan, tempat dimana Lokan berakar, bertapa generasi baru ini tidak mengenali tradisi sendiri dan budaya sendiri.. Baru semalam aku di dedahkan dengan apakah itu Lokan dan Berlokan. Bukan mudah menjadi seorang Pak Lokan yang dicemuh keluarga sendiri... Seni itu satu budaya dan tradisi turun temurun yang tidak dapat dijual beli. Hanya terlahir dari titih..."

Hargailah seni tanah air sendiri!!

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu