"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Monday, December 12, 2011

Positiflah wahai mak n ayah...

Ermm...
Hari yang suram, sesuram hatiku,
jauh disuatu sudut hatiku,
Mak, ayah... kenapa ye?
kadang-kadang sukar tuk merasai nikmat hidup ini tanpa restu mereka,
dan sukar tuk merasai bahagia tanpa semangat dari mereka,
seharusnya mereka mendengar suara hatiku,
mendengar keluhanku, yang kadang-kadang semakin sempit membuak..
susah tuk aku berkongsi mereka, adakala mereka seperti tidak mahu memahami dan mendengar
tidak mahu mengambil yang baik dari anak2..
terlalu besarkah dosa itu seandainya aku mahu menjaga hati setiap pihak yang bersamaku?
Bila mak letak telefon seperti itu aku terasa kecik hati, terasa sedih sgt seperti sebelum ini
aku tidak pernah mendengar kata mereka, seingat aku...
cuma kali ini aku seperti ini tapi bagai satu dosa besar yang aku lakukan..
aku tak faham..knp sukar sangat tuk mereka menerima orang luar sebagai keluarga sendiri..?
setiap percakapan mak n ayah tu satu doa buatku,
tp hatiku sangat terkilan bila mak ckp cam tu padaku...
kadang-kadang terasa tidak adil untukku..
setiap saat aku membela mereka,
tapi bila urusan ku mereka seperti tidak merestui.
setiap keputusanku pasti tidak kena pada mereka..
cubalah sesekali mereka berfikiran positif dan terbuka...
aku bukan gadis 10 or 12 tahun lagi .. berilah peluang tuk aku merasai dan membuat keputusan hidup ini.
tunggu beberapa detik lagi aku bakal dinikahi.. berilah aku peluang tuk merencana hidup ini
sebelum apa-apa berlaku..
aku mengambil iktibar dari mereka jua, tapi nampaknya mereka tidak sedar...
ya Allah,
Engkau lembutkan hati mak n ayah ku,
Engkau bukakan hatinya supaya mendoakan yang terbaik buatku,
sebak rasanya hati ini bila mengenangkan..
hati aku terlonta-lonta merindu mereka tapi bila aku buat panggilan
diherdik dengan pelbagai andaian buruk..
aku ini anak mereka, kenapa mahu mendoa yang tidak2 tuk aku??
kemudian telefon dimatikan begitu..apa salah ku??
hingga begitu sikap mereka terhadapku..
sedang aku tidak pernah meminta lebih dari apa yang ada melainkan doa untukku..
maafkan aku mak, ayah...
hidup ini terasa sukar sekali tuk ditempuh tanpa restu darimu..
maafkan aku...
cubalah memahami diriku dan cubalah berfikiran positif
kerana aku ini anakmu...
maafkan aku.

selembar kisahku...

Alhamdulillah,
cuma itu yang termampu aku ucap saat ini,
bermula dari episod pertama pertemuan hingga saat menunggu untuk diijabkabulkan aku tidak terhenti merasa bahagia dengan seluruh hidup yang dlu kosong tidak bermakna..tapi kini penuh bererti,
sungguhlah berkata dulu dihatiku, derita yang deritai itu cuma sementara dan Allah tidak pernah mahu menganiaya hamba-hambanya sendiri, kembali aku ke jalan fitrahnya..
Allah terlalu sayangkan aku, begitulah yang aku akui hingga kini, segala hikmah sedikit demi sedikit terlongkah akhirnya.. biarlah bahagia ini hingga ke syurga hendakNya.. Amin.

Peti yang pernah aku simpan segala kenangan itu aku tutup rapat-rapat dan buangkan jauh-jauh dari sudut pandangku yang binar, biar tidak aku singkap kembali kisah tabir silamku yang terlalu derita dan pahit itu.. kini aku mampu tersenyum dengan rasional membuat segala penuh positif...Alhamdulillah ya Rabb..

meski ujian itu datang berganda-ganda, tertimpa-timpa ke atas pelusuh tubuh ini, tapi Allah maha tahu untuk menguji hamba-hambaNya..

Setiap kejadian yang dijadikan Allah itu pasti bersebab dan berhikmah, cuma kita perlu merenungkan sejenak sampai kita akhirnya menemui fitrahNya... menemui asbab kepada setiap sesuatu itu..

* kisah demamku yang selembar, terasa menyusahkan semua orang, terutama ibu, kesian ibu.. pening dan penat melayan kerenah ku yang jarang diuji, Alhamdulillah berkat tangan ibu yang mengurutku akhirnya aku hampir 70% sembuh. dari tergolek tidak terbangun demam.. aku merasai sejauh mana ikhlasnya tangan ibu membelai kulit-kulitku, hingga seluruh kasih sayang itu tersemat rapi dihatiku, terima kasih ibu...

* Semoga aku cepat sembuh dan cepat baik...Amin.

Sunday, September 18, 2011

Syukran ya Rabb..

Alhamdulillah ya Allah..
Sebenarnya Engkau telah membuka seluruh mata-mata hatiku,
sesungguhnya Engkau Maha Adil dan maha Mengasihani kepadaku..
Aku bersyukur kepadaMu ya Ilahi..
apa yang Engkau telah anugerahkan kepadaku,
menjadi hikmah terbesar buatku,
Meski aku tidak pernah menjangka tapi Engkau telah merencananya terlebih dulu..
Sesungguhnya Engkau berhak keatasku ya Allah..

Bila mengenang kembali apa yang terjadi kepada aku kini,
Sungguh benarlah jodoh itu hak milik mutlak Penciptaku..
Jika dia telah ditulis kepadaku maka akan aku menjadi miliknya..
jika sebaliknya maka semua ini tidak akan terjadi..
Allah Akbar..Alhamdulillah..!
hatiku, diriku benar-benar bersyukur kepadaMu,
Semoga Engkau membimbing kami ke jalan yang Benar ya Rabb..
Amen.

Saturday, September 17, 2011

Monday, September 12, 2011





Pinggan tak retak,

Nasi tak dingin.....

Friday, September 9, 2011

Sesekali merasai dicintai..
menerima atau pun tidak, semua terpulang..
kita berhak memilih dan menentukan hidup kita,
mengapa memilih terburu-buru?
hingga masa mengejar usia,
mengapit diri tersepit dalam dilema..
Akhirnya buntu tidak menemukan jalan..
sesungguhnya hidup ini adalah iktibar yang lebih hebat
mendengar, belajar dan membaca..

Sesekali merasai dikecewakan..
sakitnya..aduh! tenatnya hatiku..parahnya jiwa.
terlantar terkedu hingga menusuk seluruh sukma..
tapi itukan jalan pilihan sendiri..
yang sanggup menghadapi semua risiko kebarangkalian..
yang menatar seluruh alam bahawa kebahagiaan itu selamanya..
sesungguhnya kebahagiaan itu tidak selamanya
dan penderitaan itu jua tidak selamanya..

Sesekali Allah datangkan ujian dan dugaan kepada setiap hamba-hambaNya,
yang bertuah..kerana mahu melihat samada hambaNya masih bersyukur ataupun tidak?
meski sesukar mana pun ujian itu ia tetap dariNya dan Dia lebih tahu apa yang diberikan kepada
setiap hamba-hambaNya yang tidak mengetahui apa-apa....
Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang untuk diuji olehNya..
setiap ujian itu memberi kekuatan buat kita, utk kita belajar
hidup ini tidak selamanya begitu...
Allah maha mengetahui sedang kita yang tidak tahu menahu..
mohonlah keberkatan dan ketenangan dalam kehidupan ini..

Sesungguhnya apa yang terjadi dalam hidupku..
adalah ujian keatasku, dan iktibar buat orang sekelilingku,
waima ini aku seringkali mencatat semua ibrah2 ini kedalam blogku,
semoga tidak lagi orang lain mengulangi kesilapan yang sama sepertiku..
dan ulangilah apa yang telah berjaya aku lakukan...

semoga catatanku menjadi sahamku disaat aku telah tiada lagi..
Amin.

Monday, August 29, 2011

selamat hari raya 2011


Thursday, August 25, 2011

Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin

Menurut istilah syara' mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 4 :

" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat"





Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.
Di sini saya merasakan adalah lebih baik kita menukarkan pemberian mahar yang sebelum ini diberi dalam bentuk wang ringgit kepada pemberian DINAR EMAS.
Mahar ini merupakan hak isteri dan akan menjadi simpanan pada masa depan kepada warga Isteri. Para isteri akan mendapat keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut pada masa depan.
Saya amat yakin para bakal Isteri akan bersetuju untuk menerima Mas Kahwin mereka dalam bentuk Dinar Emas.
Syabas kepada kawan-kawan saya yang telah menggunakan Dinar Emas ini sebagai Mas Kahwin mereka.
Anda telah melindungi kekayaan isteri anda untuk masa depan mereka.

Tuesday, August 23, 2011

RINDU...

Ermm...rindunya mahu menjadi penulis seperti waktu-waktu dulu..
alangkah bahagianya mencoret hingga terhibur sendiri..
sesungguhnya Penulisan adalah Dunia ku...

Tergetar dadaku hari ini,
tidak mengerti mengapa dan apa yang bakal berlaku,
sesekali hatiku meraung, air mataku mengalir lagi..
arghh..aku mahu menagis!
tapi untuk apa??
entahlah hari ini membuat duniaku pincang,
bersepah rasa gelisah ini..
membakar dada,
adakala aku terhimpit rasa sendiri,
kadang-kala aku rasa seperti kehinaan keatas ku,
siapa aku tidak pasti tapi ia pastinya adalah orang yang tidak menyukaiku,
terbelah jantung ini,
memikir menjadikan aku tidak fokus..
mengapa Ya ALLAH?
dugaan sehebat ini keatasku yg tersangat naif..
sesungguhnye aku terdengar geseran itu, yang sungguh membingitkan.
tersentap aku hingga lenaku tidak pernah lena lagi..

sesungguhnya
‎Wanita jelita itu..

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .

~> Jadilah wanita cantik itu..



Akhir ini aku sendiri bingung,
apa yang aku fikir sering diganggu,
bagai ada sesuatu yang merasukku,
fitnah bertebar ke atasku..
sesungguhnya kembalikanlah fitnah itu kepada pembuatnya..
biar dia merasai fitnahnya sendiri..
Allahu Akbar!!
bantulah aku ya Allah..
kuatkan semangatku, ketika ini..
kuatkan jiwaku, disaat semua berpaling dariku, 
kuatkan jasadku ketika tiada sesiapa disisiku,




Semoga diberikan kekuatan kepada ku yang Naif ini.
Allahu Akbar!!



Saturday, August 20, 2011

Masihkah...

Aku tidak pernah berhenti..
sesaat pun
mengekori laluan hari2ku yang berlalu...
meski terhujam nestapa, namun
aku masih berjalan..
walau langkahan ini longlai dan remuk,
namun ia tetap bergerak..
sampai waktu bila ia terhenti
jasad ini kaku dan roh ini berccerai darinya..
saat itu aku tak mungkin aku mengingatimu lagi,
yang ada kenangan-kenangan silam.
yang bercermin dalam gebus2 waktu
bersarang sampai bila-bila

Tersaat aku terlihat kau..
pasti atau tidak waktu itu akan terjadi
dan aku harus menerimanya dengan redho
sebagai sesuatu yang berharga dan perlu aku lepaskan
dengan ikhlas..
sampai bila aku tidak pasti, tapi...
hatiku masih tertanya-tanya mengapa
aku masih belum mampu melupakan
semuanya.....
segalanya.....
sesungguhnya apa yang diambil dariku,
sampai bila pun dia tak mampu membayar harganya..
meski uwang berjuta, harta setinggi gunung
namun ia bukan nilainya..
tapi bayarannya adalah seperti apa yang telah kau ambilnya..

mungkin kau bahagia,
tapi bagaimana setelah aku tidak pernah merasainya...
dan semuanya..
cuma aku berharap
agar aku mampu memaafkan sebelum
roh ini bercerai dari jasad..

Apakah aku lebih bahagia
selepas ini??

Thursday, August 18, 2011

Aku masih bisa hidup..


sedih setiap kali bila mengenangkan nye...
setiap kali mata bertentang..hati tidak berdetik terkata apa2..
tapi bila sendiri melayari hari..hati mula bersuara...
apakah sudah waktu aku melangkah pergi meninggalkan..sedang cita2 masih belum terbukti
ermm...soal hati yang terlalu berat hingga memberatkan..
biarpon diri tenang tidak terkutik menampakkan deritanya..tapi hati sentiasa berkira-kira..
yang terasa dibiar pergi..yang pahit ditelan bulat2.itulah yang terbaik untuk semua kebahagiaan orang lain..
bukan menolak bahagia dihati sendiri,
tapi jika ini jalan yang terbaik telah Allah
tentukan buatku, maka aku REDHO..
kadang-kadang Dia memberi derita
sebelum datangnya bahagia..
yang terbejat xmampu dirungkai..cuma air mata menifestasi kerdil diri..
mengurai rindu-rindu silam..
menghitung semalam yang pergi meninggalkan..
melapah semua yang pergi,
itulah pengabadian buat cinta yang pergi
terlalu kesakitan ini sampai bila-bila pun aku tidak pernah akan melupai...
yang tidak tergambar dengan kata-kata mahupun tulisan atau lakaran..yang cuma hati tetap berahsia mengatakan
"Aku bisa hidup"

Wednesday, July 27, 2011

berjujur jalanNya...

aku,
sang kembara yang kecundang?
lelah berjalan kemuaraNya,
akhirnya lorong-lorong suram ini penemanku,
buat jiwa yang kekosongan iman..
bantu kukuhkan kedudukanku,
buat hati yang hitam..
putihkanlah,
buat jalan yang berliku...
pohon ditunjukkn jalan yang berjujur..
agar pintasan ini adalah jalan yang paling kental dan jitu,
agar rohani ini tidak membentak gamat lagi,
agar lorong ini tidak gempita dengan suara raungan lagi..
agar sunyi seluruh aggota yang berbicara..
biar tenang segalanya.................

Monday, July 25, 2011

sergah malap...

Meski keksusahan demi kepayahan..
tidak pernah terhitung dek lagi terasa..
menjadi sebu tidak berdaki..
alah bisa menjadi biasa...
bagaimana mahu ku hitung yang terlalu ini..
hingga akhirnya tiada lagi nilainya..................
berbejat-bejat rasa yang terkurung,
mahu diluah pada siapa?
mahu diungkap dengan apa?
mahu dicoret bagaimana?
mahu dilakar seperti apa???
setelah jasad ini lunglai,
terpilin aku dalam kerakusan manusiawi yang zalim
maka terzalimi diri ini dalam kontangnya sang IMAN
wajarkah?
mengapa seberat ini untuk aku?
mengapa sehina ini abid ini terima?
mengapa ya Allah...??
apa sudah aku tiada harga di dunia-Mu ini?
apa sudah jiwa ku dikubur sebelum jasadku?

Akhir kembara aku jadi sang Pemurung
yang membawa cinta palsu sang arjuna
yang menghitung luka-luka dalam jasad
yang merobek hati sendiri
yang mencecang hidup sendiri...
kerana tidak ada sesiapa yang mahu menerima
dan tidak ada yang mesti dipersalahkan...

mungkinkah kerana aku GADIS itu...
terperosok dalam terobosnya waktu
dan ..
terhilangnya dek kelemahan dan kesalan silam..

meski aku redho... namun hatiku tidak pernah menghalalkan...
dendamku tak mungkin terbalas tapi
bila tiba disana aku pasti menuntutnya...

sergah ini semakin malap
ditiup gerhana yang megempita...
biar terbang seluruh alam
hatiku tetap begini hingga tiba saat nya aku pergi membawa.......

Thursday, July 21, 2011

USANG...

Semakin kalut hari berlari
semakin jauh diri kembara
semakin tega jasad berdiri
semakin kepayahan mengusik diri
Semakin kedewasan membawa erti kepadaku
semakin terasa hidup ini bermakna..
meski penuh duka
terlalu banyak lara
tersaking sakitnya derita
terlalu banyak dosa yang terbejat...
beginilah kehidupan yang sementara...
kekuatan masih bisa memeluk jasad ini..
hingga semua menjadi usang
dan semua jadi sebu tidak terkesan walau
diratah lumat sekalipun...
jasad ini masih tega berdiri
hingga dipanggil Pencipta-Nya...

Saat itu resah ini
sakit ini..
derita ini..
luka ini..
lara ini..
kepayahan ini..
kesakitan ini..
tidak bererti lagi...

saat itu ucaplah sekuatnya
"selamat tinggal dunia...!"

Tuesday, July 19, 2011

Bertimpa-timpa...

Kembara ini semakin hampir ke penghujungnya....
terlalu banyak kesakitan yang perlu dilalui..
terlalu banyak keserabutan yang perlu dihadapi..
terlalu banyak kesukaran yang mesti ditempuhi..
saking sukarnye aku mahu menghadapi semuanya...

Wednesday, June 29, 2011

Kembara hidup..

Selintas kenangan itu menghantui seluruh jasad ini..
perginya tanpa kerelaan..
pengkhianatan ini satu penganiayaan padaku..
yang silih pergi dan yang datang tiada yang serupa..
berjalan dengan longlainya iman di dada...
kunjungan kenangan itu aku sahut lagi..
Allah Akbar! payah membuang..membingit sukma..
waima ratapaku Engkau dengari..
kasihan diriku Ya Allah..
tidak bisa lagi aku tanggung semuanya...
sakit yang meluak-luak ini kerana disakiti..
dikhianati... tapi semua ini dari-Mu ya Rabb..
aku tiada upaya dan terdaya...
lakukanlah apa sahaja terhadapku, asala kebahagiaan hakiki menjadi miliku,
selamanya..
terasa jauh sungguh kembara ini berjalan..
meninggal segala suka duka nya hidup..
meski aku masih longlai, tapi aku semakin pulih..
meski zahir ku pulih...
tapi jiwaku belum cukup bahagia..
semoga Allah mengasihi jiwa ini..
bantulah aku kejalan-Mu.
bawakan aku seorang insan yang sedia menerima kekuranganku..
yang Engkau datangkan dengan iman dan amal..
supaya aku terdidik dengan akhlaknya yang mulia..
supaya aku tidak lagi tergelincir...
semoga rintih ini membuka hijabMu padaku..

ABID.

Monday, June 27, 2011

Bersyukurlah..

Alhamdulillah!!

Dikala kita sibuk memilih kasut untuk dibeli, ade orang yang tidak mempunyai kaki tapi masih tetap tersenyum, dikala kita sibuk merungut makanan yang kita makan tidak sedap, ade orang yang Allah kurniaakan tidak mempunyai lidah untuk menikmati makananya..
dikala kite sibuk merancang perkahwinan, ade orang yang Allah jadikan tidak mampu untuk berkahwin..
dikala kita sibuk memarahi anak-anak, masih ade orang yang Allah jadikan tidak mempunyai anak...
dikala kita merungut nasib yang malang, masih ade orang yang Allah kurniakan nasib yang lebih teruk dari kita, jadi untuk apa menangisi, meratapi dan mengharap kepada sesuatu yang belum untuk kita dan tak berhak untuk kita miliki pon..

Bersyukurlah...bersyukurlah atas nikmatNya..

Sejarah tetap menjadi sejarah yang tak mungkin berulang, sejarah yang tragis itu biarlah berlalu pergi, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri kepada kita, meski kekosongan itu songsang..membuntu akal, tapi kekosongan itu mendidik jiwa dekat kepadaMu.

Meruntun jiwa, melihat sekujur jasad ini..apakah siksa ini tiada penghujungnya...? bagaimana mahu aku jalani hari-hari depan dengan hari-hari yang sudah? bagaimana mahu aku bawa mimpi jadi nyata, seperti sebuah pelayaran dan pelabuhan.. sakit berbalam ini tidak pernah bernokhtah..pahit sungguh, tapi semua ini mendewasakan... mengajar erti payahnya hidup, betapa berertinya sebuah penghargaan dan betapa bermaknanya sebuah kesabaran dan bertapa agungnya nilai kemanusiaan...

Nilai apakah lagi yang perlu dihitung dengan rasa sakit ini??
Aku syukuri semua ini, andai ini anugerah Mu buatku... aku syukuri jika disebalik semua ini adalah kebahagiaan penghujungNya.. Terima Kasih Allah!!




“And (recall) when your Lord proclaimed: ‘If you thank, I shall certainly increase (My blessings on) you, and if you are ungrateful, then My torment is surely severe” (Surah Ibrahim 14, verse: 7)


Friday, June 17, 2011

Kecundangkah??

Hari ini, aku merasakan degupan jantung itu..
berdebar dan kencang..
aku dlm perjalanan mencari rezeki..tapi fikiran ini jauh berfikir.. hinggalah..
ermm.. apa yang aku rasakan selalunye tepat dan gitu.
mengapakah??
hatiku tolonglah aku menerima Qada' dan Qadar ini,
supaya aku tidak merasa kecundangnya hidup ini.
Redholah hati kepadaNya..
Aku Tawakkal tuAlallah..dengan semua keputusan ini.
pohon hatiku jua seperti aku..
pohon jasadku jua seperti aku..
berikan aku jalan..
berikan aku petunjuk-Mu..
bukakan hijabMu buatku..
Ya Allah hati ini terlalu naif,
bagaimana mahu aku membuang,
sedang hampir denganku??
meskikah hati ini tega??
Aku pasti boleh menghadapinya!
kuatlah hati, kuatkan imanmu..
semua ini Qada' dan Qadar-Nya...
meskikah aku menghalang semua yang telah tercatat??
mengubah takdir Ilahi?
doaku untuk hidup ini dan seluruh kebahagiaan ini..
bawakan aku seorang hamba yang ikhlas dan taqwa kepada-Mu..
biar aku tidak merasa kecundangnya hidup ini lagi.
aku yang dimiliki dan aku yang hak buat dia... selamanya..
Ya Allah perkenankan doa hambaMu yang teraniaya ini.
semoga Allah memberi rasa bahagia buatku..

Gempita seluruh isi hati, bingit mengenangkan... hingga aku tidak mampu mencatat apa-apa mengenainya disini... gundah berjela.. tapi untuk apa? merasa tersiksanya hati, tercalarnya makin membalar.. Allahu Akbar!!
bantu aku bangkit dari sini ya Allah.. bantu aku miliki ketenangan dari-Mu.

Apakah dunia ini tidak punya tempat buat gadis selemahku?
apakah aku .. aku................... Allah Akbar!! Subhanallah!!

Ampunkan seluruh dosa-dosa ini yang masih tidak terampun ya Rabb...
Jadikah aku seorang hamba yang tawakkal dan redho kepada-Mu.

Susulan hidup...

Meniti hari yang berlalu
hidup ini terlalu jauh..telah pergi
kosong kurasakan...
tidak lengkap ku rasakan,
tidak sempurna perjalananku..
bagaimana Ya Allah?
apakah ini ujian lagi untukku?
mengapa aku perlu merasa yang tidak-tidak..?
pasti yang telah pergi berlalu..
namun hati ini tak pernah membenarkan ia berlalu..
percepatkan semua perjalananku
biar aku tenang dan bahagia..
meski tidak aku kasih.. tapi
Allah pasti menambah kasihku..
meski tidak aku rindu..
tapi..
Allah pasti menambah rinduku..
aku pasti,
jika mencintai belum pasti boleh dimiliki..
tapi...
jika telah dimiliki pasti mencintai..
Allah pasti memberi cintaNya kepadaku..
dan..
Wildanku...
Semoga nanti kita akan ketemu dlm hikmah terbesar-Mu
Amin..

Wednesday, June 15, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah..Syukur kepadaNya..

ermm...mengimbau pertemuan anugerah Allah aku dan seorang mak cik tua, yang sedia..seia dan setia menjadi seorang pengemis kerana tuntutan hidup yang terlalu.. kasihan...

Subhanallah!
kekaguman aku terhadap mak cik ni, aku lihat kesusahan dan kesukaran dia, merempat di tepi jalan..kebetulan aku p makan nasi beratur dengan sahabat aku, ermm.. kami duduk di dalam makan dengan selesa, tapi dia diluar, bersama kucing kurap..duduk bertimpuh dihadapan jalan raya.. sebelah nasi disuap kemulut sendiri dan sebelah lagi kucing mengais dipinggan nya.. tapi aku jadi kagum, terharu dan insaf seketika melihat. Orang se susah mek cik ni masih ada belas ehsan buat sang kucing2 kurap ini..tapi kita yang senang lenang xpernah terpikir.. malah lebih kejam dari tu pun ada.. ermmm.. kadang-kadang orang susah xpernah merasa susah.. dan orang senang xpernah merasa senang.. pendek cerita sejauh mana kita melempar rasa "SYUKUR" kita tu terhadap-Nya.. ermmm... demi Allah aku terkenang bagaimana cerita Rasullah S.W.T ketika bersama Aisyah..kemudia didatangi tetamu..sedang baginda tidak mempunyai makanan untuk dihidang melainkan makanan untuk menjadi santapan buat baginda dan Aisyah, namun bila ada tetamu yang datang meminta maka baginda memberikan..Subhanallah..mulianya hati baginda.. besarnya sebuah pengorbanan seorang rasul terhadap umatnya.. inikan kita sebagai umat tidak sanggup berkorban..
ermmm..Subhanallah.. kalau waktu itu orang boleh berfikir seperti aku berfikir waktu itu, kalian pasti mengalir air mata.. saat itu aku tertahan-tahan kolam air mataku.. bagaimana terusiknya jiwa wanitaku..melihat mak cik itu sanggup berbagi-bagi rezeki dengan kucing yang mengiau meminta..sedang tidak ada siapa yg peduli tapi cuma dia yang peduli.. besarnya hikmah pegorbanan beliau.

Orang kata bila kita senang, kita memberi, bersedekah... bila kita susah tapi kita masih memberi, itu dipanggil pengorbanan... macam kita memberi sedekah dan memberi orang pinjam duit or harta kita.. pahala mana lebih besar? sedekah ke pinjam?? ermmm... semua pasti ada jawapan... memberi kepada yg sangat memerlukan lebih besar nilainya dari memberi kepada yang kurang memerlukan... mcm mak cik td la.. dia memberi ketika dia sendiri xcukup tapi ihsan dia kepada binatang tak sanggup melihat kucing tu meminta-minta.. Allah Akbar! pasti semua tidak dapat membayangkan bagaimana..

Hingga aku mencium tangan mak cik itu.. mudah-mudahan Allah permudahkan rezkinya dan jalan hidupnya..  Amin..

Semoga binatang-binatang ini mendoakan kesejahteraan kepada mak cik t dan kita.. amin.

Tuesday, June 14, 2011

Taqwa..

Sesekali ku selak jendela waktu..
melihat ke jasad ini..
melihat ke wajah ini..
petanda telah ada
semakin kedewasaan mengejar usia
semakin aku gentar
bagai ufuk timur mengejar barat
bagai kelam wajah semalam
aku masih belum bersedia
menatap lebih isi dunia ini..
tapi ....
usiaku semakin menggigit
mengertap diri jadi kaku,
sungguh aku masih jahil!
tunjukilah aku jalanNya..
hidup ini malap...mendung
tanpa taufik-Mu.
jangan sekali-kali Engkau 
bawa aku kembali ke jalanku yang pesong
dunia ku yang hancur...
bawa aku kembali ke jalanMu.
bimbing aku melalui serakah ini dengan iman dan TAQWA...


Monday, June 13, 2011

suatu saat

InsyaAllah..
suatu masa..
suatu ketika..
suatu detik..
suatu saat..
jika diizinkan Tuhan
kita...
pasti bertemu dalam nokhtah
yang terpaling indah..
dan
istimewa...
janji Allah itu
pasti.

Wednesday, June 1, 2011

seputar alam..

ermm...Alhamdulillah,
 hari ni dpt menulis kembali setelah berbula-bulan kutinggalkan hobi tercinta ni.
maklumlah hati xtenteram mahu menulis seperti apa lg..
kini aku dh kembalikan semula dan semua.. apa pun yg dikembalikan tak perlulah rasanya dikongsikan disini..
ermm..bagai mati dan hidup kembali..
itulah kesukaran yg cuma boleh kunyatakan disini,
meski sudah kembali tapi hati ni masih berat..
semua dapat ku maafkan kecuali satu!
ermm biarlah semua ku simpan sendiri menjadi duri dlm danging tubuh ini.
ermmm..yg tertusuk xmungkin boleh dicabut dan dibuang, kalau pon boleh pasti berparut dan parut itu tak mampu dihilangkan..walau sampai bila-bila.. jadi biar saja aku tidak menghalalkannya..
bukan berdendam, tapi ini utk setiap permainan hidup.. yg membeli pasti membayar yang begitu jua yang berhutang... ermmm hutang itu nanti tebuslah di Akhirat..
ku tunggu saat itu.

ermmm..
baalah seperti apapun yg dikembalikan pasti tak sama..

Allah boleh mengampunkan semua dosaku kepadaNYA tapi dosa2 hambaNya maka perlu meminta maaf dari hambaNya jua, jadi jika tak diredhoi maka terima jelah sebab pandai sakitkan hati orang maka pandai2lah menyembuhkan..

sesungguhnya maaf itu terlalu indah ...jika ikhlas.

Wednesday, May 11, 2011

cinta tu...?

Cinta itu seperti kasih nya Adam terhadap Hawa..
yang terlalu suci dan kasihnya tidak pernah ada tolok banding 
seperti sehelai kain putih yang xperlu dikuatiri..

Tuesday, May 10, 2011

today 10 mei 2011

Pivot: 1489.00

Most Likely Scenario: LONG positions above 1489 with targets @ 1514 & 1519.5.

Alternative scenario: The downside penetration of 1489 will call for a slide towards 1476 & 1463.

Comment: further pull back seems more likely ahead of a rebound.


Thursday, May 5, 2011

Berdendamkah?

Subhanallah.. 
Aku tidak pernah terdetik sekelumit pon..
cuma penyakit hati ini sukar sembuh...


Jika ingin bahagia maka berkahwinlah, InsyaAllah kau bakal temui kebahagiaan..


Ya Allah,  permudahkan urusan hambaMu ini dlm mencari bahagia..
temukan aku dengan insan yg selayak dan sebaiknya.. Aku tahu Engkau maha tahu segalanya..


Allah..
jika hamba ini naif tunjukkan jalan kebuntuan..agar aku bisa berjalan lurus dijalanMU, 
agar ade insan yg mahu membantu ku menunjuk jalan kepadaMU... 
jika hamba ini kerdil kuatkan semangatku.. agar aku tidak berjalan dgn tempang dihadapanMU nanti..
bantulah aku ya Rabb


amin...

Wednesday, May 4, 2011

terdetik....

Semalam terdetik aku untuk terus dekat dan mendekatiMu..
dengan langkah longlai
dengan suara garau aku menyebut namaMu..
Kerdilnya aku ya Rabb..
betapa kecilnya aku disisiMu...
Menulis maya kalimah-kalimahMu..
biar tenang serasa hati ini.
mengapa sunyi yg terus-terusan bersarang..
menjahanamkan jiwa sengsara ini..
berikan sejuta kekuatan buatku ya Rahman ya Rahim...
Permudahkan urusan hambaMu yang satu ini ya Allah...

Wednesday, March 30, 2011

Tuhan dekatlah bersamaku..

Ya Allah Engkau peluklah jasadku, peluklah semangatku yang luntur..
kuatkan jiwaku ya Rabb..menghadapi semua dengan tenang dan sabar,
Ya Allah,
Semadikan jiwa ini dengan rinduMu dan cintaMu...
Ya Allah Aku serahkan semua urusan ini kepadaMu,
Aku serahkan semua rasa ini kepadaMu,
aku tawakkal kepadaMu ya Allah,
semoga semua berjalan dengan baik,
aku tidak mahu merosakkan keadaan,
biarlah semuanya berlalu..redhokan semuanya Ya Allah,
Ikhlaskan aku dengan semuanya...
meski kesilapan demi kesilapan terjadi,
biarlah aku mengharapkan yang terbaik dan kesilapan boleh diperbaiki..
aku tidak pernah ingin menanam sekelumit dendam pun,
sebagai manusia, sebagai perempuan sekeping hati ini terlalu rapuh..
ya Allah tanamkan perasaan yang baik dihati ini..
ikhlaskan semuanya..redhokan semuanya.
jika ini ketentuanMu, maka aku redho..
bagaimana ya Allah untuk aku hadapi semuanya tanpa kekuatan dariMu..
bantulah aku...
Demi ISLAM yang aku peluk,
Aku halalkan semua rasa ini..redhokan semuanya...
Redhokan semuanya......
Ya Allah aku tahu sesungguhnya Engkau lebih maha mengetahui dari aku,
Allah Engkau lebih maha menentukan dan merancang...
Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang Engkau rancang terhadapku,
aku yakin Engkau tidak akan mengecewakan aku,
aku yakin Engkau tidak akan membuang aku seperti hamba-hambamu membuang aku,
Ya Allah,
DugaanMu terlalu berat buatku,
ringankanlah semuanya ya Allah...
Berikan aku Anugerah yang tidak Engkau anugerahkan pada hamba-hambaMu yang lain...
Aku mahu sekuat Khadijah wanita suci yang Engkau kasihi...
Siti Hajar yang Engkau lindungi dan pelihara...
Bawalah aku dalam pelukan Mu ya Rabb..
Bahagiakanlah aku...
Bahagiakanlah aku...
Bahagiakanlah aku...
Kebahagiaanku Cuma ada bersamaMu...

Saturday, March 19, 2011

Biarkan semuanya berlalu..

Tuhan..

Hari ini aku perlu redho.. Aku terpaksa menerima..
semuanya...
Meski hatiku meronta derita dan kecewa..
namun tiada siapa dapat mengerti semuanya hanya Engkau memahami..
meski sakitku bagai pecah dada ini menahan.. tapi apalah daya..
selagi hidup ini berjalan dengan takdir dan ketentuan aku terima...
Allah aku percaya Engkau sentiasa bersamaku..
melawan semua rasa yang membabi buta ini..
setelah harapan ku dibuang di rampas dan dirosakkan..
aku akhirnya mengalah jika benar aku tidak lagi diperlukan..
maka aku perlu pergi..
aku pasti berjalan dengan diri sendiri meski payah
aku terpaksa mengheret hati yang remuk, kaki yang tempang..jiwa yang hancur dan seluruh
saraf yang pecah dan darah yang terlimpah ini... aku perlu menghadapi kenyataan...
Allah bersamaku...
Aku tahu Allah sygkan aku..
pasti ade hikmah..
Ya Allah redakan semua gelora ini, semua kekecamukan dihati ini
redhokan aku melalui semuanya..
tabah dan kuatkan hati ini...
hingga sampai masa nya jadikan aku
manusia yang cemerlang dalam mengawal hati sendiri
kukuh dalam menanam iman dihati..
berdirikan jiwaku ya Rabb..
Pulihkan kembali semangatku yang rebah ini...
pulihkan aku..

-DURJA DAY-

Thursday, March 17, 2011

Tuhan lebih mengerti..

Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..

Ya Allah..Aku tahu Engkau lebih mengerti apa yg aku rasa,
setiap saat bila sendiri air mataku mengalir sendiri..
memikirkan apa yang terjadi semuanya..
saking derita ku terasa..membusung dibenak xtertahan-tahan..
meski keberkatan kedua ibubapa itu telah aku perolehi tapi semua terletak diatas dirinya sendiri..
Ya Allah bukakkanlah hijab dihatinya buat aku..

Meski harapan itu tertinggal sebesar zarah namun ia masih tetap bernyala..
memberi sinar meski pudar.. namun entah hingga bila aku tidak mengerti dan tahu hingga bila?
apakah semua ini hanya sekadar ujianMu buatku..
Tabahkanlah hatiku ya Tuhan..
Kuatkan seluruh semangatku biar aku bisa berdiri
hentikanlah air mataku dari mengalir..
tenangkan hatiku ya Rabb..
supaya aku bisa menghadapi semuanya dengan redho..

Wednesday, March 16, 2011

Sakitnya membuang rasa.

Sukarnya menelan semua kebenran..
sukarnya memilih hidup dan rasa..
meski rasa itu perasaan, hati dan nafsu itu aman dan selesa..namun bukan semuanya baik untuk kita
meski yang sakit, payah derita dan pengorbanan itu sukar mungkin itu baik untuk kita..

Monday, March 14, 2011

Demi hujan yang turun ke bumi.

Allah Akbar!

Bagaimana meluhurkan sesebuah rasa itu, seperti apa mahu dipamerkan nilai cinta itu..
mengapa Ya Allah dugaan ini diberi sehebat mungkin.. apakah hidup ini tiada sinarnya lagi?
apakah semuanya bakal berakhir? apakah janji-janji Mu terhadapku belum terlaksana?
bagaimana harus aku hadapinya..jika ini yg aku lalui sekian dasyatnya hari-hariku,
sekian deritanya aku menyiksa diri sendiri.. apakah aku ini zalim terhadap diri sendiri?
apakah ruang dihatiku ini mati terkatup rapat setelah apa yg aku korbankan bakal dikuburkan?
bukan cuma komitmen dan cinta tapi hidupku selurunya ada bersama dia.. yg pergi meninggalkan aku
menjadi seperti ini.. aku cuba meluhurkan semuanya.. cuba memberi yang terbaik tapi apakah semua yang kulakukan tiada harganya lagi? tiada nilainya? Subhanallah...
apa yg telah aku lakukan ini wahai Tuhanku??



Tuesday, February 8, 2011

Jujurlah..

ermm..sebuah pengertian maya yang tak perlu diungkap..
Maha Suci Allah lebih mengetahui.. sampai bilakah melukut ini akn berada ditepi gantang?
Allah, hanya Engkau yang lebih mengetahui.. betapa pahitnya aku terpaksa melalui semmua ini..
aku sedar hidup ini sukar untuk diceritakan.. sejarah yang terlalu panjang melebihi usianya..
pastinya air mata itu bukn suatu yang payah..
hidup ini diungkap dengan rasa yang cuma satu.. sabar..sabar...
Allah tu maha kaya.. aku tahu hanya Dia yang mempunyai kuasa atas segala yang terjadi dan berlaku, aku tahu ya Rabb..aku kerdil dan tak punya apa-apa.. setelah semua diambil dariku..aku cuma punya jasad yang kosong.. hanya Engkau sj yang mahu menerimaku..aku sedar aku tidak lagi berguna disisi hamba-hamba-Mu.. aku kerdil dan hina..
Tuhanku..kutiplah aku kembali ke jalanMu sungguh aku tidak memerlukan sesiapa lagi untuk simpati. cukuplah yang ada cuma mak dan ayah yang tercinta.. semuanya adalah penipu!
semua yang berlalu tak kan kembali lagi.. yang tinggal hari depan yang perlu aku tempoh dengan sabar dan ikhlas.. semoga Engkau mahu mengutipku kembali ke jalanMU ya Rabb..
aku percaya kunfaqun Mu itu tidak ada sesiapa yang berhak menentukan melainkan hanya Engkau ya Allah..
sabarkan hatiku melalui ujianMu ini sungguh aku tak upaya cume mengharap kekuatan dariMu.. aku bukan tidak punya hati dan perasaan yang tidak pernah terluka dan cemburu...aku jugak manusia biasa yang lemah dan memerlukanMu.. mengapa harus ku pamer rs ini untuk insan yang tak pernah menghargai apa yang kulakukan? yang tak pernah memandang walau dengan sebelah matapon... aku hilang haluan kerana mempercayai.. Ya Allah mengapa Engkau menghadiahkan aku sikap ini sedang Engkau tahu sikap ini memusnahkan hidupku.. Allah..ku merintih dan merayu cuma kepadaMu.. sungguh aku kerdil dan merasa dhaif sekali bila diperlakukan seperti ini.. aku tidak layak dan tidak berhak...

Allah.
aku cuma mahu merasai bahagia hidup didunia ini..bahagia pada yang halal untukku..
aku tidak mahu mengharap tapi Engkau anugerahkan aku perasaan suci ini untuk merasa seperti itu.lalu aku menjadi layu dan layu hingga akhirnya aku jadi dhaif dan semakin dhaif.. Alhamdulillah juga mungkin Engkau mahu aku merasa seperti ini supaya aku tidak melupakanMu.. tidak leka dengan semua nikmat MU.. aku sadar itu ya Rabb.. tapi hadiahkan lah aku bahagia itu.. Cuma bahagia yg aku perlukan.. bahagia kanlah aku ya Allah... aku cume mahu bahagia....bantulh aku...

Monday, January 31, 2011

Wacana kelam..

Kelibut hatiku membawa jauh ke dasar lautan.. menjunam kalbuku membuang rasa yang bersarang sesak ini.. menambat sukmaku jadi weleng.. apakah ini ujian mu ya Allah.. Engkau masih ingin mengujiku setelah berkali-kali ku diuji... getirnya aku membuang segalanya.. namun aku tidak mampu akhirnya aku biarkan resah lelah ini berjela diseluruh batas rasaku.. biar ujian ini berakhir dititik nokhtahnya sendiri.. Cuma mohonku ya Rabb perkuatkan aku melalui semuanya..biar aku masih tega berdiri dan tersenyum.. hingga aku menjumpai bahagia akhirnya... hingga saat ini ku masih berdoa kepadaMU semoga hidup ini berjalan seperti yang dirancang dan seperti yang ku harapkan.. dan letakkan kebaikan disetiap perjalanan ku ini..

Amin...

Thursday, January 27, 2011

Kerana mu Allah.

Selindungku hanya Engkau yang mengerti, rahsiaku hanya Engkau yang maha mengetahui.. Redhoku yang Engkau yang tahu, gusarku hanya Engkau yang memahami, lukaku hanya Engkau tempatku mengadu, Sakitku, jatuhku dan bangunku, hanya Engkau yang maha mengetahui.. Tuhanku, Engkau lebih tahu bagaimana aku, dan siapa hambaMu ini, maka bantulah aku ya Rabb.. ku terlampau banyak dosa, hingga tak mampu ku tebus... cuma keampunan Mu yang ku harapkan...
sendiri aku meniti pelusuk hidup ini, mencari apakah makna semua yang telah terjadi ke atasku..dan..seluruh hidupku.. apakah ini ujian buatku? Aku mohon petunjuk ya Allah.. suluh lah hatiku dengan hidayahMu.. moga terbuka seluruh qalbuku dengan cahaya dariMu..
Sesungguhnya apa yang kulakukan kepada sesiapa yang pernah aku sayangi dan sedang aku sayangi adalah ikhlas, apa yang kulakukan adalh keranaMu, sesungguhnya tiada harga yang dapat membayar bila kita melakukan sesuatu dengan ikhlas... ikhlas itu lahir dengan niat yang suci dan  lahir kerana Nya.. maka ikhlas itu tidak dapat dihitung dengan angka, wang, emas harta, kuasa dan segalanya..kerana Ikhlas itu hanya Allah yang mampu membayar...
Gempita seluruh alam bila raungan tidak bersuara ini melempar keseluruh sukmanya...

Entah apa yang ingin ku sampaikan disini, tapi ini adlah tulisan hatiku, yang bersarang membusung...

Wallahua'lam..Ilallikoq!

Friday, January 14, 2011

Anjakan Paradigma 2011 (EMAS)

Salam power, ukhuwah fillah!

sahabat-sahabat dan saudara mara yang dicintai sepenuh hati, adik-adik yang telah berada dihati seumur hidup.. huhuu 2011 melabuh tirai mujahidah.. melabuh tirai pembuka lembaran baru untuk hidup aku, sebagai Musafir dirantau orang yang berkelana mencari ilmu.. akhirnya mencari rezeki ditanah ini jua, kini aku teringin membuka rezki kepada sesiapa yang memerlukan pula, untuk memberi sebanyaknya aku tidak mampu tapi untuk memberi peluang keemasan ini yang ingin aku war-warkan..
EMAS.
itulah dia, pembuka lembaran baru tahun ini, bisnes yang baru bertapak ini aku nobat sendiri bersama seorang yang banyak memberi dorongan kepadaku, asalnya aku ingin membuka bisnes lain tapi memandangkan bisnes ini lebih menguntungkan dan lebih maju maka aku pilih yang ini..
EMAS,
sesiapa yang berminat mahu mengandakan emas dari 100g ke 300g, sila hubungi saya
cik Rehan : 019-5982842,dividen anda boleh ambil bila-bila masa dan dalam masa sejam emas anda menjadi asset. Saya ada formula untuk mengandakan emas, jika berminat sila hubungi saya atau email kepada saya : jutawantaqwa@yahoo.com.
boleh juga layari FB saya disebelah.

Wallahua'lam ilallikok!!

Monday, January 10, 2011

Terlanjur bicara.

Ukhuwah Fillah sahabat-sahabat...
sesekali kaki melangkah terasa ada sesuatu yang bergayuti dihujungnya..
bagai tersiat-siat menusuk kalbu...
bila bicara terlanjur hati radang mengaum..
sungguh lisan itu tidak punya hati dan perasaan..tetapi lidah itu bertuan..
bila berkata-kata.. fikir2kanlah dahulu..
kadang-kadang apa yg kita ucapkan meninggalkan kesan sampai bila-bila,
jika kebaikan yang disampaikan itu berkesan kita tidak kisah tapi jika kebuirukan dan kesakitan dihati mengundang apalah yang boleh kita lakukan selain meminta maaf, kadang-kadang maaf telah diberikan tapi ikhlasnya masih xsampai-sampai.. inikah yang kita mahukan sebagai seorang mualim dan mualimah??
tidak hairan jika ilmu itu lebih byk dan lebih masuk bila disampaikan melalui lisan dari tulisan...
" Luka ditangan nampak darah mengalir, boleh disapu ubat..tapi luka dihati.. bagaimana mahu disapukan ubatnya???"

Wallahu'alam,
Wailallikok..!

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu