"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Monday, September 27, 2010

Coretan hati sendiri

Alhamdulillah..

            Selepas sekian lame aku sendiri mencari bayang-bayang wajah kekisi cinta, namun hari ini aku temui, Syawal pertama menganjak aku berada di dunia yang nyata, berdiri dengan cekal menghadapi kenyataan hidup, aku terima seadanya dia seandai dia mampu membuat kedua orang tuaku bahagia, adik-adikku bahagia, dan akhir sekali barulah aku bahagia, aku tidak pernah kisah tentang semua tu yang penting padaku kedua orang tua ku bahagia, yang ku cari bukan sekadar cinta dunia tapi jodoh di Syurgaku nanti.. semoga diperkenankan Allah.. 
Semoga dia juga paham apa yang aku mahu dalam hidup ini, jika hidup sekadar untuk menghina diri dan tidak belajar dari pengalaman silam bermakna hidup itu bukan lagi dinamakan hidup.. jadi belajarlah mengetahui apa yang kita tidak ketahui dan kurang. Sungguh aku tidak nafikan bahawa ilmu Allah itu banyak dan besar.. tidak cukup untuk di hirup dan dipelajari hingga mati pun kita nanti.. namun pelajarilah selagi kita mampu.. 
Semoga apa yang aku lakukan dan buat ini mendapat Redha Mu ya Allah, semoga cinta yang aku layarkan ini diberkati oleh Mu. Aku redho seandainya dia yang Engkau pilih untukku, aku bahagia dengan apa yang dia lakukan dan berikan.. Benarkah ini semua hikmah yang mahu Engkau tunjuk padaku setelah kecewa dan luka yang bernanah ini Engkau palitkan padaku.. sungguh aku bersyukur kepadaMU kerana menganugerahi aku kepada dia. Semoga apa yang dibina ini membawa keberkatan dalam hidup ku...

       Kerjaya,
Syukur Alhamdulillah aku benar-benar mencari sesuatu yang sesuai dengan diriku, aku yakin mungkin ini rezki pertama aku, aku terima seadanya, cuma untuk kali ini Syarikat aku terpaksa berubah ke MAA aku sendiri tidak pasti sebenarnya, tapi andai ini yang diberikan kepadaku, aku akan teruskan perjuangan ini, apalah salahnya mencuba sesuatu yang baru, dan apalah gusarnya jika MAA Takaful ini lebih telus dan lebih memperjuangankan Islam. Aku harap produk ini akan memberi saham di Akhirat nanti kepadaku, semoga kerjayaku akan diredhoi Allah. Amin.

     Sahabat,
Buat sahabatku, yang sakit dihospital, semoga sembuh secepat mungkin, jaga makan minum mu, dan kesihatan mu, semoga engkau dapat meneruskan perjuangan dan menjalani ibadahmu seharian.. 
Buat sahabat-sahabatku yang lainnya... kalian semangat dan tali hidupku.. semoga kalian terus membawa aku kepada kebaikan. amin..

Adik-adik ku,
semoga keceriaan menjelma dalam hidup dan semoga kejayaan milik kita semua.. belajar rajin-rajin dan kuatkan semangat.

Untuk Dia,
Usah terlalu Obses mencintai manusia seperti aku, kerana hidup ini cuma sementara, tapi cintailah Allah sedalamnya, aku cuma hamba Nya, sampai ketika aku akan dijemputNya, Berpada-padalah dan bersederhanalah dalam semua perkara, kasihilah aku kerana aku ini makhlukNya, jangan melampaui batasan cintamu kepada PenciptaMu, Aku cuma abidNya.. Aku akan sentiasa disini..disisi.. menjadi rusukmu.. hingga bila-bila selagi diizinkan Allah.

"Positiflah dalam semua perkara, jangan tutupkan mindamu dengan sesuatu perkara yang engkau sendiri tidak pasti kebaikan dan keburukannya"

Ilallikok!

Friday, September 10, 2010

Dua Syawal.

Salam Syawal

Syawal kedua hari ini,
lama benar aku tidak mencoret diblog kesayangan ini.. rindu terasa setelah sebulan lebih rasanya kesempatanku hanya kucurah sepenuh komitmen kepada kerjaya sahaja, selain itu untuk ibadah-ibadah kepada cinta Agungku, pejam celik-pejam celik, akhirnya syawal kedua sudah menjelma. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya, setiap yang tiba pasti pergi dan setiap yang hidup pasti mati, itulah kitaran hakikat yang mesti kita akui sebagai makhluk, sungguh hidup ini perlu dihargai.. huhuuu..

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu