"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Saturday, January 30, 2010

Khalifah utusan-Nya.

Innalillahiwainnailaihirajiun...
buat seorang bonda kesayangan khalifah-Nya.

Sabar..sabar..sabar...sabar banyak-banyak, itu saja yang mampu aku ucapkan setelah aku sendiri mengalirkan air mata syahdu, pilu berbaur sedih teramat. mengenangkan orang yang paling akrab dan paling kita cintai dalam hidup ini pergi, aku terlalu sukar dan pedih untuk menghadapinya, namun aku kagum dengan semangat dan jiwa yang kental seorang sahabat istimewa ku ini, beliau biarlah aku gelarkan khalifah sahaja. Aku tergamam macam tak percaya bila dia menyatakan bonda tercintanya pergi mengadap Ilahi tadi, dan aku baru sahaja mendapat berita tu sebentar tadi... Pada mulanya aku ingat dia merajuk or marahkan aku,kerana tak membalas mesej, seperti selalu dia sering membalas mesej ku, hurm..namun ade sesuatu membuat hati aku ingin menelefon dan bertanya, niatku ingin meminta maaf namun lain pula berita yang aku terima, malah lebih meng-Harukan... bila dia kata "Nak bagitau ni..Mak meninggal".Aku terpana ingat dia main-main, namun suaranya sebak, then kemudian dia suh mesej. Aku bertnya kembali dalam mesej ingin kepastian, Subhanallah.. Allahu Akbar! berita ini benar-benar merentap tangkai hati aku, jelasnya aku tidak sekuat dia untuk menahan air mata dari mengalir, walaupun bukan bonda sendiri, namun aku tidak boleh menahan sebak, sepertinya aku yang berada ditempatnya, sungguh Allah memberikan ujian kepada mereka-mereka kuat dan tabah, sungguh aku kagum kepadanya yang sabar dan tabah menghadapi ujian, bagiku kehilangan orang yang kita cinta iaitu bonda dan ayah adalah sesuatu yang terlalu berat dan sukar, Syukur Alhamdulillah aku masih punya mereka berdua yang sentiasa menjadi nadi dalam diri ku, walaupun aku membenci kehadiran mereka adakalanya, namun kebencian itu bukan satu kebencian tapi kasih sayang yang terlampau dalam tiada tandingannya.  

Untuk sahabatku tersayang,
Bersabarlah diatas Ujian yang Allah berikan kepadamu, jadikanlah ujian ini satu semangat buat dirimu untuk terus berjaya dan mensyukuri nikmat Tuhan mu. Aku sentiasa mendoakan roh bonda mu baik-baik disana, semoga juga berada dikalangan orang-orang yang beriman kepada-Nya. Semoga juga kau tenang dan sabar disana, juga semoga kau selamat tiba di kampungmu. Allah menganugerahkan seorang khalifah dibumi ini untuk terus menyuntik semangat Muhammad S.A.W Kekasih Allah, walau berbagai rintangan dan ujian yang Allah berikan, namun dia tidak pernah sekali mengeluh dan berdurja namun dia terus..terus dan terus mensyukuri Nikmat yang Allah berikan kepadanya.. Khalifahku, ambillah sunnah nya buat perjuangan mu, ambillah tauladannya buat perjalanan hidupmu, aku percaya kau mampu. InsyaAllah! Allah sentiasa bersama kita walau dalam ape juga keadaan kita, jadi ingatilah Dia selalu agar kita tidak leka.



Al-Fatihah... 
Buat bonda kesayanganmu, sahabatku. 

Bonda,
Rautmu penuh makna
doamu satu mimpi yang panjang
kasihmu satu titian yang tiada batas
cintamu satu pentomen yang tidak pernah habis
leteranmu adalah kasih sayang
pukulanmu adalah cinta
bonda,
setiap pagi kucelik mata melihat wajahmu
bagai muak nan mual
kerana semua tidak penting bagiku
namun kau sabar menghidang juadah untukku
menahan sakit dihati dengan sikap aku dan adik-adik
yang keterlaluan ini
kau tidak pernah mengeluh
mendidik dan menjaga kebajikan satu kewajipan untukmu
kini...
kau tiada
aku kehilangan
kehilangan yang hanya merentap seluruh jiwa
terasa sunyi sepi dunia
setiap pagi kini tiada lagi wajah muak mual itu menghidang juadah
tiada lagi leteran yang mendurja itu
tiada lagi sinar bening mata yang mengusap wajah
saat sedihku, kalahku, hampaku, kecewaku..
tiada lagi kata-kata semangat yang ingin ku dengar...
Sungguh kau terlalu bermakna
untuk seorang insan bernama
ANAK!
Bonda..
Semoga aku masih sempat memohon ampun darimu.

Pemergiannya satu semangat yang terbakar untuk anak-anak tercinta, aku yakin dan percaya dia tidak mahu melihat kesedihan dimata anak-anaknya dengan pemergian ini, namun dia mahu melihat semangat dan perjuangan anak-anaknya terus berjalan seteguhnya perjuangan Sang Khalifah Agung..Muhammad S.A.W. Maka kalian perlu kuat, sabar dan tabah menghadapinya. La Tahzan!! 

Friday, January 29, 2010

Selamat bertunang!!

Tahniah!
buat kak kina dan tunangnyer.. heee sepadan, secocok, seiras, secomel dan seangkatan dengannyer la.. hehee.. (Sorry kak) hee


Aku kat uma kak kina lani, huhuuu segan, suam-suam kuku.. hahaaa..
semalam aku bertolak ke K.L huuuu..dia amek aku, katanya penat, jem.. cian..dia.
hurm.. singgah dirumah dia, kenal la dengan adik dan kakaknya jugak bakal isteri adiknye, cun..comel. semoga bahagia sepanjang hidup.

"Belajar menghargai dan bersyukur. Banyak dan terlalu banyak yang perlu kita lalui dan tempuhi. hidup ini perlu diteruskan walau ape jua yang jadi sekalipun. Doa, restu, usaha, tawakkal dan kejayaan...
Membina kehidupan dan memaknai kehidupan itu tidak semudah yang kita sangkakan dan impikan, dengarkan daku wahai dia, milikilah apa yang engkau miliki dan hargaila apa yang engkau ada, syukurilah apa yang diberi-Nya, usahlah membalas keburukan yang orang lain lakukan kepada kita, percayalah satu hari nanti ada hikmahnya dan engkau akan sentiasa diberi jalan kemudahan dalam ape jua yang kau lakukan dari-Nya...Sabar..Sabar...dan redho, itu yang terbaik dari rasa berdendam dan benci. kemaafan itu satu dendam yang paling indah.Percayalah!"

Semoga apa yang kita bina ini akan terus berkekalan sampai bila-bila...InsyaAllah!

Friday, January 15, 2010

Mengait mimpi..

      
          Sebelum menutup mata kemarin, aku di kejut satu berita yang sepertinya tidak percaya, entah kenapa membuat aku berdebar hingga saat ini, wah! perkahwinan abang angkat aku. tu la yang membuat aku terkejut, secara tetiba dan tanpa pertuangan yang jelas, memikirkan itu aku tak habis pikir. Seperti apa aku tidak mengerti, kerana semua tidak dirancang dan tidak diduga, sayangnya... bagiku perkahwinan perlu dirancang terlebih dahulu, persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting bagiku, semuanya terlalu penting untuk sebuah ukhwah yang terlalu besar bagiku iaitu "PERKAHWINAN" huh! namun semua berpulang pada pendirian masing-masing, hakikatnya kita semua tak sama..

       Dia buatkan aku teringat kisah silam ku, mengharap dan mengharap namun akhirnya dia pergi tanpa pesan..Akhirnya juga aku tidak pernah berharap lagi, hidup ini bukan rencana kita, tapi tidak semestinya kita tidak perlu merancang, Berharaplah kepada Allah kerana Dia yang menentukan segalanya. 

Semalam..
kau datang memberitahu aku sesuatu yang tak pasti
kau datang menyulam rasa bahagia dihati ini
kau datang menghulur tangan kepadaku
kau datang sendiri mengetuk pintu kalbuku
kemarin..
kau datang lagi..
menyulam pahit ditalianku..
berpaling dariku
kau datang merentap seluruh tangkai hatiku..
hari ini..
aku sendiri
menukir kenangan dalam sendu
melakar patah-patah kata
dari aksara yang kupilih sendiri
aku pilin cinta sendiri dihati
mengait mimpi-mimpi sendiri
aku singkap sendiri wajah semalam yang pergi
dan hari ini yang tak mungkin akan kembali lagi..
segalanya tak akan berulang dan tak akan berubah.
terlantar atau berdiri ku pilih sendiri untuk diri sendiri....

"Tuhan tak pernah mensia-siakan hambanya...."

Thursday, January 14, 2010

Sampaikan..

Jika malam ini aku diberikan peluang bertemu mu..
Jika saat ini aku diberi peluang mengintai hatimu..
jika detik ini aku diberi peluang menerjah ruang angkasa mu...
sampaikan segala milikku kepada mu...

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu