"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Monday, December 12, 2011

Positiflah wahai mak n ayah...

Ermm...
Hari yang suram, sesuram hatiku,
jauh disuatu sudut hatiku,
Mak, ayah... kenapa ye?
kadang-kadang sukar tuk merasai nikmat hidup ini tanpa restu mereka,
dan sukar tuk merasai bahagia tanpa semangat dari mereka,
seharusnya mereka mendengar suara hatiku,
mendengar keluhanku, yang kadang-kadang semakin sempit membuak..
susah tuk aku berkongsi mereka, adakala mereka seperti tidak mahu memahami dan mendengar
tidak mahu mengambil yang baik dari anak2..
terlalu besarkah dosa itu seandainya aku mahu menjaga hati setiap pihak yang bersamaku?
Bila mak letak telefon seperti itu aku terasa kecik hati, terasa sedih sgt seperti sebelum ini
aku tidak pernah mendengar kata mereka, seingat aku...
cuma kali ini aku seperti ini tapi bagai satu dosa besar yang aku lakukan..
aku tak faham..knp sukar sangat tuk mereka menerima orang luar sebagai keluarga sendiri..?
setiap percakapan mak n ayah tu satu doa buatku,
tp hatiku sangat terkilan bila mak ckp cam tu padaku...
kadang-kadang terasa tidak adil untukku..
setiap saat aku membela mereka,
tapi bila urusan ku mereka seperti tidak merestui.
setiap keputusanku pasti tidak kena pada mereka..
cubalah sesekali mereka berfikiran positif dan terbuka...
aku bukan gadis 10 or 12 tahun lagi .. berilah peluang tuk aku merasai dan membuat keputusan hidup ini.
tunggu beberapa detik lagi aku bakal dinikahi.. berilah aku peluang tuk merencana hidup ini
sebelum apa-apa berlaku..
aku mengambil iktibar dari mereka jua, tapi nampaknya mereka tidak sedar...
ya Allah,
Engkau lembutkan hati mak n ayah ku,
Engkau bukakan hatinya supaya mendoakan yang terbaik buatku,
sebak rasanya hati ini bila mengenangkan..
hati aku terlonta-lonta merindu mereka tapi bila aku buat panggilan
diherdik dengan pelbagai andaian buruk..
aku ini anak mereka, kenapa mahu mendoa yang tidak2 tuk aku??
kemudian telefon dimatikan begitu..apa salah ku??
hingga begitu sikap mereka terhadapku..
sedang aku tidak pernah meminta lebih dari apa yang ada melainkan doa untukku..
maafkan aku mak, ayah...
hidup ini terasa sukar sekali tuk ditempuh tanpa restu darimu..
maafkan aku...
cubalah memahami diriku dan cubalah berfikiran positif
kerana aku ini anakmu...
maafkan aku.

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu