"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Wednesday, February 24, 2010

Cemut Hamosyayo.

Huhuuu...

si cumel cemut hamosyayo, huhuu..sebenarnye aku balik dari kerja, tak tau nak buat ape, sebab aku tengah tunggu adik aku si Tuyuk mai dia ajak aku p mam ngn dia n kikiq dia. Adoi ai ngantuk pun ade pnt pon ade, dah la malam sat g nak bergayut lak, esok keje aku betoi2 penat sejak keje nih, walaupun keje xbanyak tapi berjalan tu la yang letih, hurm...keje ape je xpenat erk? huhuu bestnye lau ade Prince Charming mai meminang pastu leh duk dlm istana goyang kaki, adoi ai.. berangan lak aku. 

Lately aku suke ngat termenung, sampai orang perasan yang aku kuat menung, tak tau la nape, yang pastinya hati aku sakit... huhuu. Tuhan lebih mengetahui. Aku kuatkan hati, ku hirup semangat Aminah, aku suntik ketabahan Sumayyah, aku telan Gelisah Zulaikha, aku mamah kesabaran Siti Khadijah, semoga aku sekuat dan seTEGA mereka semua. Aku tahu Allah sentiasa bersamaku dan tak kan mensia-siakan hamba-Nya. 

Pejam celik-pejam celik aku akan menginjak dewasa next week nanti. huhuuu... ape pon aku harap takkan ade lagi derita kerana aku sangat memerlukan kebahagiaan dalam hidup ini. Sungguh aku sendiri sedih mengingatkan semua kenangan yang telah berlalu, harap-harap wildan sebenar akan muncul dan membawa aku secepatnya ke dalam rumahnya dengan berkat dan restu seluruh keluarga terutama mak ayah n adik-adik aku. huhuuu... InsyaAllah!

Illalikok! 

Tuesday, February 16, 2010

Dunia baruku..

 
Wif bos n new fren. hihii

 
 kat opis ma.. huhuuu busan.

 
 baru balik ni...kepenatan je muke..
Semoga semua yang bermula ini akan berakhir dengan baik-baik belaka.. 
jujurlah dalam menjalani hidup kerana Allah sentiasa melihat kita. 

Ilallikok!!

Saturday, February 6, 2010

Dunia baru.

         Lantaran hari berubah, maka aku dan dunia ku jua turut berubah, mencari keredhaan yang Esa di dunia dan keberkatan hidup disini serta buat kesejahteraan disana kelak, Alhamdulillah aku telah pun berkerja, walaupun kerjanya biasa dan tidaklah memerlukan kelulusan tertinggi, namun aku bersyukur dari aku terus menjadi penganggur dan penanam anggur berjaya tapi tidak membuah sekelumit hasil pun, Syukur sekali lagi, aku juga dapat melihat orang-orang dibawahku yang selama ini berkhimat dengan gigih namun mereka sering diabaikan, kesian... aku baru membuka mata bahawa ada golongan yang tersepit hidupnya dan terpaksa berkerja dengan sekuatnya, huh!! hidup ini tidak semudah yang disangkakan, tidak boleh dipandang ringan.

     Sesuatu yang kita cari dan mahu tak semestinya kita dapat, kadang-kadang apa yang kita mahu itu tidak sesuai untuk kita, jadi Allah tidak mahu memberikan kepada kita, hurm...begitu jua yang terjadi kepadaku, aku dah semakin belajar hidup bersyukur dan redho dengan segalanya, lagipun kita takkan melalui hidup ini selamanya, ada yang menanti kita disana kelak.

      Kadang-kadang kita kita merasakan kita senang dan kita lantaran terlupa kesenangan itu cuma sementara saja, hurm... sungguh kita adalah manusia yang sifatnya "LUPA"... namun aku mengharapkan pendamping-pendampingku sentiasa menegur kelemahan dan kesilapan yang ku lakukan. Bukan mudah mahu menjadi seorang manusia yang dipanggil "MANUSIA" or "INSAN"

      Alhamdulillah, ditempat baru ni aku banyak belajar mensyukuri dan menghormati orang lain, kadang-kadang walaupon mereka ini orang bawahan kita tapi adakala mereka lebih tua dari kita dan banyak pengalaman dari kita, jadi kita sebagai orang baru yang tidak berpengalaman harus menghormati mereka, kadang-kadang mereka ini lebih sensitif dan lebih cepat mesra, wahhhh! Semoga semua ini berterusan dan semoga menyayangi aku seperti orang lain. huhuuu..




"Bonda dan Ayahnda, doakan anakmu ini selalu, doa kalian adalah keberkatan buatku, adik-adik ku tercinta, kalian nadi yang berdenyut dijasadku, aku akan terus berusaha untuk kalian, biarkan ayahnda kita berehat mengumpul amal untuk ke sana kelak. Ini giliran aku, Tanggungjawab aku untuk kamu semua, semoga apa yang aku buat ini diberkati dan diredhoi Allah untuk memberi rezki pada kalian semua. Tugas kalian belajar dan berjaya dalam hidup, aku mahu kalian semua lebih hebat dariku, andai esok kelak aku pergi meninggalkan anak-anakku, maka kalian jagalah mereka seperti aku menyayangi kalian. Ayahnda dan Bonda tercinta, kalian adalah semangatku..doakan anakmu ini sejahtera selalu dan diredhoi selalu. InsyaAllah rezki yang anakmu cari ini diberkati dan halal dunia Akhirat. Amin.."


Ilalikok..!

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu