"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Friday, September 18, 2009

Siapakah dia..??

Salam hangat sahabat-sahabat tercinta..

Aku masih tak leh tido, esok nak balik dah, excited sangat neh..heheee
rasa macam nak je putar waktu secepatnya. Kalaulah aku prof yang dalam cite "Back to the future" tu aku putar masa cepat sikit, hehehee biar aku leh cepat-cepat nek bus sampai kampung.. hehee


Anyway...aku sebenarnya bukan nak citer sal nih, tapi nak habaq la rasa rindu ini kepada dia.. huhuu siapakah dia?? na..na..na..ha DIA yang telah banyak mematangkan aku, yang banyak memberi aku semangat, bagi aku bisa jadi seorang perempuan kuat, tabah dan cekal, hurm... Pada aku dia insan paling bermakna dalam hidup ni, walaupun dia tak selalu muncul dalam tiap hari dan waktu ku, dia tak selalu ada disamping aku tapi semangat yang ditiup kepadaku setiap masa itu buat aku sentiasa ingat yang hidup ini terlalu bermakna dan berharga. Hari-hari yang ditinggalkan kepadaku penuh kejujuran dan keikhlasan, penuh dengan cabaran namun aku mampu tersenyum menghadapinya kerana aku tahu ini ujian dari-Nya, dia sentiasa mengajar aku jadi gadis yang sabar, redho dan bersyukur.. hurm..hingga aku mampu berdiri sepositif ini dan sematang ini.. siapa sangka kan? huhuuu..


Apepon aku ucapakan TERIMA KASIH tak terhingga jugak buat dia yang banyak menjadi tulang-tulang dalam diri ini, sehingga aku mampu berdiri sendiri.. Aku mengharapkan semoga dia akan terus menjadi tulangku hingga bila-bila terus membakar semangatku dan berdiri disisiku. Semoga ia akan menjadi salah satu insan terpenting dalam hidupku satu masa kelak.  InsyaAllah!!


Dia dah pon selamat sampai ke kampungnya tadi, Syukur Alhamdulillah! semua selamat walaupun lambat sikit. heheee... maklum la traffic jammed, kan orang nk balik raya semua..hihii agak-agaknya esok lagi teruk kot. huhu HOPEFULLY tak la.. sebab dia akan menjemput aku di stesen bus, aku mahu berikan sesuatu padanya sebagai ole-ole raya hehee.. semoga mendapat keberkatan.


huhuuuu...Dia yang istimewa, dari hati yang jujur dan ikhlas, dari nukilan jiwa yang tak terucap dengan kata-kata  dan sepotong aksara pon, semoga aku bisa menjadi SETIAUSAHA sulitmu yang menenangkan disisimu, membantu perjalanan perjuanganmu dan bisa melengkapi rusukmu yang patah itu satu hari nanti, sama-samalah kita berdoa pada-Nya, semoga dipermudahkan segalanya.. :-)

"Salam Sayang untuk semua dan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, IKHLAS DARIKU : Miss Tintawarna."  ;-)

2 comments:

  1. 'dia' tu frly kn kn hohoho haha....tet2...

    ReplyDelete
  2. hahahaa..pelasan la frlyku.. DIA tu sapa2 la yang rasa dia tu DIA. hahahaaa

    ReplyDelete

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu