"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Thursday, September 17, 2009

Hembusan Semilir Durja

Semilir angin menghempas
tiada mampu merapuh canda iman dihati
sehangat salju membungkam kalbu
lesu nan pasrah...
pergi tak bermusim
datang tak bertujuan
mengoyak daun-daun dosa silam
mengupas nadi-nadi serakah
Ulitan...Tangisan..
sepertiga malam setia menantimu
Malikil Maut semakin hampir
membawa berita yang diberitakan kepada-Nya
batang tubuh longlai, 
tangisan kering kontang...
hanya "Dia" maha mengetahui
kesakitan yang mengigit durja saraf-saraf Arteri..
kerangka ini adalah aku..!
berjuang demi maut yang pasti tarikh tibanya
hitungan hari itu semakin hampir....
aku jadi takut dengan dosa-dosa lampau
waktu membatasi aku menyelak tabir silamku
menoleh dan membaiki segala
hanya mampu memandang kosong
wajah sejarah yang pergi...
selepas ini giliran aku, 
pasti!
pinta belas doa kalian...
dipermudah yang terakhir ini
deritaku sekian banyaknya
membawa cinta yang pergi hingga menutup mata
meski sang Ratu tidak pernah peduli
aku terlantar menunggu seruan-Nya
sebelum di jemput....
seikhlas hati ku mohon kebahagiaan untukmu
hingga akhir waktumu dan keturunanmu tiada yang sepertiku...
hembusan semilir durja ini, ingin menduga hatiku...
Ya...Aku bakal menyambut seruan-Mu
iman kerdil secebi ini aku bawa
menjadi bekal terakhirku
Disana..!
Tintawarna: 211008/Malam suram/ Damai/ 3.31 pagi.  
"Innalillahiwainnailaihirajiunn....
Doakan dia dirahmati selalu disana..perginya menikam kalbuku..perginya menyiram salju dihati semua, memberi tanda dan pengajaran untuk semua, semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Sejarah hidupnya yang panjang melebihi usianya, semoga menjadi iktibar untuk semua, Al-Fatihah!"
"Untuk abang sepupuku yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pada 03 Oktober 2008, mengidap HIV positif yang tragis. Aku tidak sempat memberikan puisi ini buatnya.. Jadi kepada pembaca yang membacanya harapanku semoga dapat menghadiahkan beliau barang sepotong doa atau Al-Fatihah buatnya disana. Aku bersyukur kerana sempat merayakan Aidilfitri terakhir bersamanya, walaupun beliau waktu itu tidak lagi mampu bergerak, melihat dan bercakap dengan jelas...Tetapi beliau masih mengenali aku... Terima kasih atas ingatan itu, dan aku akan terus mendoakannya.."
sajak ni aku cipta sendiri dari hati, untuk dia.. tetibe teringat kat dia, hurm nak-nak raya nilah mai teringat sebab kecik-kecik dulu selalu dia duk main ngan aku, duk layan kemanjaan aku nih, huhuu... apa-pon semoga dia bahagia disana..
* Sedih sama sebab kena tinggal kat rumet tadi, dia dah nak balik Johor, so tinggal aku sensorang dalam bilik nih..huhuu 19 hb ni baru aku berangkat pulang, kul 9 pagi. hihihiii.. 
balik kampung..yeahh.yeahhh..!

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu