Salam Ukhuwah teman-teman seperjuangan...
wah..wah...Lambaian desa semakin terasa, hati tak senang duduk dah..tengok kawan-kawan semua dah balik kampung tinggal aku je yang masih tersadai lagi disini, huh! tak sabar rasanya nak menjenguk desa ter-CHETA hehe.. dah terbau-bau suasana desa, terasa beningnya dan dingin air desa..wah..wah... Rinduuuu BANGAT!
Hari ni cuti, Jumaat kan, hurm..semua kat USM ni dah sunyi menyepi, yang tinggal pun budak-budak yang nek bus ngn HAAK (Himpunan Anak-Anak Kelantan) warghhh..depa pun nak balik malam ni dah, tapi aku besok pagi..huhuu lambatnya rasa, lau orang tgk, ape lah bezanya malam ni dengan besok pagi kn? tapi bagi aku detik-detik bersama keluarga itu merupakan satu yang terlalu indah dan terlalu berharga, malah lebih berharga dari detik-detik bersama BOYFREN, hurm...gitulah aku, huhuu... detik-detik bersama keluarga ini ada satu detik yang tak mungkin kita lupa seumur hidup, yela kan, sejak mula melihat dunia, kita akan kenal erti keluarga dulu, MAK-AYAH-ABANG-KAKAK-ADIK-BERADIK tu yang mula-mula kita kenal, bukan kawan-kawan, boyfren dan gulfren kan? memanglah depa jugak bermakna, tapi keluarga itu yang lebih utama, tu la sebabnya kenapa kalau kita nak mencari pasangan hidup mesti yang menghormati keluarga kita, yang sayang mak ayah kita macam kita sayang depa, bukan kita je duk sayang mak ayah kita dan mak ayah dia, tapi dia tak hormat pon kat keluarga kita, hurm... sapa pun kita ketahuilah kita adalah ANAK, anak yang dianugerahkan kepada mereka dan kita juga mesti tahu bahawa mereka tak pernah pinta balasan cuma us a human kita pasti tahu nilai-nilai perikemanusiaan dan kasih sayang, tahu erti mengenang jasa. Mereka tidak perlu wang ringgit kita yang berkepuk tu, cuma cukuplah jika kita berjaya kelak kita tak lupa jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kita, cukuplah kita pulang menjenguk mereka dikampung halaman dan hormati mereka sebaiknya, itu pun memadai untuk mereka, kasihi la mereka selagi mereka masih ada dan sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihi kita waktu kita kecil dahulu.. hehee..tu la sebabnya kenapa kita pulang BERAYA bersama KELUARGA.. ;-)
Apapon, hari ini aku rasa RINDUUUU tahap GABAN kat umah tercheta, walaupun rumah aku bukan lah rumah mewah, banglo 10 tingkat pon, walhal cuma rumah kampung yang USANG tapi hatiku tetap padanya, rumah itu berdirinya segala kenangan yang sentiasa menggigit dan berenang dalam hatiku, di rumah itu jugalah berdirinya dua orang tua KECINTAAN hatiku, yang aku benci+sayang+marah+merajuk+emosi=Kasih Sayang & CINTA, diteratak itulah aku membilang waktu, aku merajuk, aku menangis aku membenci mereka tapi mereka tetap menyanyangi aku, itulah KASIH yang tidak terhingga yang tiada INFINITInya dalam dunia ini buat aku dan adik-adik... TERIMA KASIH yang tak terucap dan terhingga buat kedua mereka yang merangkap CINTA hatiku...MAK & AYAH. hehee... Diteratak usang itu jugalah tempat aku bertepuk tampar, bertumbuk westling dengan adik-adik tersayang, disitu jugalah air mata tumpah dan disitu juga hati terpujuk, disitu juga aku terharu-biru tak keruan dan disitu juga aku belajar segala ARTI kematangan dan KEHIDUPAN!
TERATAKku....aku pulang kepadamu... lambaian desa terpanggil-panggil da nih, buat aku tak lena nak tutup mata, lani aku dah siap berkemas, bilik, baju..wah..wah..tak lupa kiriman si BONGSU ku itu..huhuu, walaupun dah mengijak 14 tahun perangai still macam budak-budak, biasalah bongsu lambat matang hehe.. ape pun aku terhibur dengan gelagatnya yang kadang-kadang manja dan GANAZ tu, maklulah lelaki.. huhuu "K.Nor jangan lupa coklat Adik!" gitulah bunyinya... selalu pun kalau balik kampung aku tak pernah lupa kat adik-adik kat rumah walau tak ada ape sekali pun aku rela memperabih duit tuk depa, mempertaruh apa yang aku ada demi adik-adik tercinta. Biarlah dikala kita mampu dan selagi mampu aku rela, sebagai kakak tu la tanggung jawab aku, berkorban tu lumrah seorang kakak. hehee... walau kadang-kadang nampak aku membenci mereka dan selalu marah-marah dan tidak mahu mengalah tapi hati kecil ku selalu berkata " Adik-adik aku tidak pernah terdetik untuk membenci apatah lagi membuang kamu semua, kerana kamu semua penyambung semangat aku" huhuuu...cuma mereka saja yang tak pernah dengar aku kata seperti ini huhu.. maklumlah aku kan kakak yang EGO sikit tapi baik..hehehe... kalau aku cakapa gitu tentu sudah aku jadi kakak yang tak MACHOGUL gitu..hahahahaa... apepon kalian itu suka duka aku!
\
Raya tahun ini, kali pertama kami beraya tanpa adik keduaku, MAWARDI atau MAD heheee.. dia tak bersama kami tahun ni, hopefully adik aku tu tak ler bersedih DURJA disana.. perjuangan beliau dibumi ANBIA' itu mendapat restu dari seluruh keluarga lebih-lebih lagi aku kakaknya, dari mak n ayah apatah lagi.. harapan kami biarlah dia pulang nanti menjadi seorang yang membanggakan pada kami semua, bukan seorang yang kaya harta kami harap tapi kaya ilmu dan boleh menjadi KALIFAH ditempat sendiri pula. Ini tahun pertama juga bagi dia tak beraya bersama kami, tentu sedikit sunyi raya nanti papepon aku akan cuma meriahkan keadaan..hehee aku kan pelawak antarabangsa dan penyejuk hati keluarga..hehee.. "Tahun ni Mad mu tok leh la nok babak nga aku laginyo, huhuuu..." kalau tak dulu-dulu time-time malam raya tu du melawak sarkas sambil duk mengacau rendang mak dan lontong mak, hehee.. sambil-sambil duk tiup api dapur kayu nak masak rendang tu leh je main kejor-kejor dan duk tergelak ketawa sama-sama, kadang-kadang marah-marah jugak aku nih, yela duk panggil-panggil tak dengar, dia pulak jenis suka mengusik huhuuu,...kadang-kadang damai dihati pula mengingat kembali. Tahun lepas merupakan tahun terakhir kami beraya sama-sama. Mungkin lepas 4tahun lagi barulah kami dapat beraya bersama lagi.huhuuu.. Apepon aku sentiasa mendoakan dia gembira disana dan dapat menyambut SYAWAL dengan meriah dibumi yang berkah itu.
*Ha ni adalah ole-ole tuk adik dan famili aku, tak la banyak tapi cukuplah buat sedap hati depa. Semoga depa gembira nanti.
Ni yang dah di packing, heheee
No comments:
Post a Comment