Salam Ramadhan teman-teman tercayang.
N3 kali ni cek nak mintak maafla banyak-banyak kat teman-teman, sebabnya tak dapek nak mengisi masa bersama semalam, sebabnya terlampau BZ, Al-maklumlah wat keje last minutekan, huhuu.. sebuah kisah teladan jugakla ni, maklumlah kecik-kecik dulu ayah suka duk beli buku kisah-kisah teladan, jadi besaq-besaq ni duk ingat la nak buat kisah teladan jer..manjang hehe.. tapi pe salah kan? bagi kesedaran kat diri sendiri dan orang len tu kan menda bek, so menda bek teruskan jela.. lau tak bek HENTIKAN!! hehee...
Kadang-kadang aku pon pening nak mula dari mana, ni kan jenis naratif, nanti lau tunggang langgang tak bestla kan..kan..? hik..hik..camna pon aku nak la mula dari kami nih, AKU, ASMA' dan AJIM. Kami bertiga ni dah diberi tugas sebulan lebih yang lepas tuk buat preparation presentation nih, tapi kami semua nih first-first dissscusion je semangat jempe wat discussion la konon-kononya, pas je first ritu kami terus masing-masing diam jadi BATU. huk..huk.. masing-masing wat hal sendiri, konon-konon sibuk bangat la, lagi-lagi aku ni yang terlebih senior ni cam bz je kn? kn? hihiii...
Ni lah muka baru pas present... muke penat...
Nak dijadikan story la... kami ni buat rileks je, pastu tiba last week, lecture kami Pn.Kamaliah, cakap la next week group kami present, ingat dapat la pas raya ni ke, huhuuu sekali sebelum raya da.. jenuh kami duk buat kalut..huhuu.. ISNIN, ok g sume ok je.. diam menbisu je sorang-sorang, last sekali selaku senior, aku la duk wat kalut p kol masing-masing mana, tunjukla batang hidung besok kataku, huhuuu.. besoknya tepat kul 9.00 malam mai la konco-konco aku ni, bertapak muka dengan masing-masing blur tak tau nak buat lagu mana sebab menda alah tu dalam bahasa Inggeris, jadi lagu mana pon kena translate jugak, malam kelmarin tak agak-agakla kami buat sampai kat kul 3.00 pagi gak la. pastu sambung pagi tadi. huhuuu... biasa la kalau buat kerja-kerja yang berkait ngan study ni semua mengantuk dan MALAS, penyakit keturunan tuh, last-last td pagi baru kami bincang, PENCERNAAN aidea tahap POWER RANGERS la, semua mencurah-barah, aku tak kisah la, yang penting slide show ni kena siapkan jugak sebelum kul 3ptg nih. wah..wah..jenuh, aku,Asma n Ajim kerjakan, Ajim yang menukang buat slide show tuh, Aku dengan Asma lak tukang cari isi dan problem yang nak di sampaikan. Pencetusan aidea dari semua pihak amat diperlukan saat-saat genting camnih. huhuuuu...
Ni Kisah kami, adoi duk buat kerja sambil berlawak jenaka, ngn adik-adik tersayang nih, kadang-kadang lucu lak, lagi-lagi si Ajim nih dia ni lawak antarabangsa tak leh blah, Asma tukang panjangkan cerita + tukang gelak, aku pon sama da..huhuu.. jadi tak la bosan ngat walaupon berejam-rejam duk kat kafe Damai tuh, Lupalah nak bagi tau tajuk group kami tuh, Tajuknya tak la sukar mana pon tapi sebab sikap kami yang last minute tu buat kami rasa cam payah jer, huhuu.. tajuknya "Adolph Coors Company" tu paper Komunikasi Korporat, kami ni kena cari maslah yang jadi kat dalam syarikat Coors nih dan masalah adik-beradik Coors nih, katanya depa nih famili bisnes tapi depa ni mengamalkan dasar tutup pintu, ikut tradisi lama yang sukar dipecahkan, depa ni tak percaya dengan fungsi komunikasi, tak percaya komunikasi boleh mengembalikan imej syarikat dan mungkin depa ni jenis orang study bisnes je kot tak tau fungsi komunikasi korporat nih, jadi tadi jenuh la duk memerah Aidea, akhirnya kami pon sempat la menyiapkan semua tu sebelum kul 3, pastu Ajim p kelas dia, jadi aku ngan Asma la yang back-up, buat menda ni bagi siap, kami print dan photostat nak baca apa, bahagian mana sapa dulu nak baca semua decide la, pastu terkejar-kejar gak la kami ke kelas tu sebab kelas cuma sejam, dalam masa tu je kami kena present bagi semua paham, so kalut la kami masuk kelas td, pastu p cari-cari pendrive tertinggal, nasib aku bawk lap top si budak Ajim nih, jadi guna laptop dia copy, lame gak sebab lap top tak leh detech data tuk ke projector. so lama gak kami duk godek-godek, adelah dekat 10 minit bazir masa cam tu je kat situ. adoi memang lau keje last minute nih ade je bala nye.. huhuuu.. JANGAN TIRU KAMI! (Tu arahan pihak penaja). ngeh..ngeh..tapi lepas tu kami akhirnya berjaya jugak, buat presentation tuh, bagi audien paham..huhuu jenuh, Al-maklumlah dah terkejar-kejar tadi aidea nak cakap pon jatuh dah tercicir kat tengah jalan da..huhuuu nak cari balik tu kena la pusing-pusing balik. Tula masalah LAST MINUTE nih.
Akhirnya Alhamdulillah berjaya jugak story last minute kami nih..
Balik je bilik dah kul 5.30ptg. hurm.. aku kemas la ape yang patut sikit-sikit Al-maklumla tak sempat nak kemas, bilik pon dah macam tongkang pecah bila kepala hotak duk bercelaru nih. dah kemas-kemas nunggu waktu berbuka tu sempat aku tertido sat sebab penat dari semalam duk berjaga kan..huhuuuu...
Al-kisahnya waktu malam lak..
Aku nih jenis suke la duk mengidam nak makan menda-menda dah lama tak makan, hurm malam ni aku tetibe jadi teringat sangat nak minum air kopi dengan roti tuna, wah..wah... tak leh blah la kan, aku dah lama tak minum kopi nih, sejak GASTRIK teruk tahun-tahun kebelakangan nih aku jadi takot nak minum kopi konon-konon berpantang la, walaupon aku memang paling tak suke berpantang. tapi sebab gastrik yang sangat sakit hingga boleh terpengsan dan TER-muntah darah maka aku terpaksa la buat gitu. "Kopi,Teh, Nescafe, kacang panjang, kacang-kacang, dll" byk la lau nak ikut nasihat doktor yang dia cakap tu, tapi aku ikut yang separuh je separuh lagi aku bedal jer.. hehehe.. yela mana tahan beb.. aku dah la penggemar sayur dan buah-buahan, suke air teh n kopi, anak orang desa la kan, tapi tetibe kena sekat adoi.. kempunan den.. aku just pantang menda yang kalau aku makan terus rasa sakit kan..hehe kita BERBISA la kan? so cam Kopi, Teh, Nescafe dan kacang-kacang tu aku pantang la, tapi kadang-kadang tak tahan aku bedal gak sikit, hehe..sekadar lepas gian. tapi malam nih tah cam na aku kempunan sangat nak minum kopi, dah kul 12 malam tuh, aku pon start moto Ain, dia tak dak p mana tah, tapi dah dia tinggal pesan suh pakai moto dia, so aku pon p la sensorang pon.. mula-mula tempat di tuju 7e, p beli tuna nak makan ngn roti, pastu kafe bakti, alahai tutup lak..last-last cari kat fajar je, ade pon..aku pon balik terus minum wah..wah..lega dapat melantak, cam satu kepuasan... bayangkan roti cicah kopi pon sedap amat aku rasa. huhuuu tetibe terpikir lak orang-orang len yang tak dapat makan tuh rasa insaf jap, SYUKUR lah kita semua ade, cume ingat-ingat la orang len yang susah tuh.. lau kita lebih maka berbagi-bagilah dengan yang tiada.
hehe...Kopi ku..
Sambil menggodek blog aku minum kopi ngn makan roti tuna. bes jugak camtu, tetibe mai teringat kat kampung lau dulu-dulu, masa kat kampung minum kopi nih duk tepi jendela, tengok-tengok ayam itik, suasana kampung yang indah dengan aroma kopi lak tak leh blah da... sambil terkenang kisah-kisah lama zaman si Luncai dolu-dolu.. huhuu sambil berangan pon best gak kan? lagi satu minum kopi time ujan lebat dengan mak aku yang suke la duk rebus ubi time ujan makan dengan kopi..wah..wah..kena lak ayah aku join sekali, hahahaha memang meriah bangat. hihii.. sekali teringat rase cam nak je terbang ke kampung, lau la aku dikurniakan sayap memang lama dah..hik..hik.. (Ingat pari-pari pe) :-)
Bayangkan dapat makan Tuna n Roti camnih.. heheheee....
Selamat Mencuba.. Heheee...
No comments:
Post a Comment