"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Saturday, September 12, 2009

Setaut hati terasa...

Salam teman-teman seperjuanganku,



Hari ini merupakan hari pertama aku mengisi blogku, huhuuu.. terasa indah dunia ini dapat berkongsi suka duka bersama, walaupun perasaan itu bisa dikongsi bersama temana-teman tapi perkongsian jiwa melalui tulisan itu lebih mendatangkan KATARSIS tahap GABAN. huhuu apapon aku gembira amat.
Cuma aku terfikir-fikir apa yang mesti aku tulis, sedangkan hari ini tak ada apa yang best pon cuma tadi aku telah sempat berYM dengan adikku yang belajar di Al-Azhar, hurm..gembira sedih semua bercampur sebab nya adikku itu sedang demam, satu keluarga merindui dan bimbangkan dia, tapi dia boleh duk menyengal pulak denganku tadi..huhuu..rasanya getting better dah kot. apa pon kami disini tak pernah luak dan jemu berdoa untuk kamu dik. huhuu perkongsian adik beradik ni lebih terasa bila kita berjauhan dan telah sama-sama dewasa. Banyak jugak yang kami borakkan tadi, menukir kenangan silam dizaman kanak-kanak, sekolah rendah, menengah hingga dewasa.. wah..wah.. sampai aku bisa mengalir air mata gitu, sunggguh bila mengingati semula suka duka yang pernah kami lalui bersama, dia merupakan adikku yang paling rapat yelah dah dia je bawah aku, setahun pulak beza umor, pas aku lahir dia lahir, maka apapon kami rasa bersama, hurm masa aku bersekolah di kampung ku dia juga pernah kena, walaupon kami tak mintak tapi tu harapan ayah kami. susah..suka..duka kami sharing bersama, walau aku lebih merasai kerana aku perempuan dan dia lak lelaki, tapi perempuan lebih mempamer perasaan, walaupun adik aku xpernah mempamerkan tapi aku tahu dihatinya, huhuu..sebagai kakak yang sikit ego la, tapi sayangnya pada adik-adik tercinta tak pernah membiarkan ego itu bernafsu dan beraja di hati. Aku lebih mengerti mereka, namun kadang-kadang aku tidak mampu..huhuu cedih lak di petang-petang Ramadhan nih...
Ok lah merungkai kisah-kisah ni memang tak akan habis, apepon aku ade cerita best yang akan aku kongsi disini, hurm..kisah yang menyayat hati..Suka..Duka..Emo..sengeh-sengeh.. ok la nanti aku bubuh..papepon aku kena stop disini dulu kerana minda tidak dapat berfungsi dengan baik ni, ada gangguan teknikal heheee
Chowwzzz!

1 comment:

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu