"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Tuesday, September 22, 2009

Raya ketiga days! Basyah!!

Salam Syawal sahabat dan teman handai, maaf dipinta andai ada berlaku silap salah sepanjang perkenalan dan pertemuan. Basyah!! 


Hari ini merupakan raya ketiga aku beraya dikampung, huhuuu.. gembira la raya ni tak da lagi sengketa-sengketa seperti tahun-tahun lepas, ape pon aku sekang berada di rumah sepupu ku dipasir tumbuh kerana rumah depa ni ada wireless, Al-maklum la rumah den tak do wireless or tenet..kegembiraan ini aku nak kongsi dengan semua teman-teman tersayang terutama adik tercinta diperantauan sana. semoga beliau gembira menyambut raya kali ini walaupun tanpa kami sekeluarga tapi doa kami sentiasa menyusuri perjuangan beliau. selamat berjuang ADIKKU tercinta!

Aku tak leh lama sebab ayah dah nak pun balik ke rumah..hehehee.. apaon sempat lagi aku melakar sejenak kenangan disini. semoga dapat diabadi sebagai kenangan terindah.

Nila beberapa keping pic yang aku amik sepanjang raya yang pertama, kedua dan ketiga..hehee

Anyway ade banyak lagi sebenarnya yang nk dikongsi dalam blog tercinta ni. tapi masa sungguh MENCEMBURUI aku...huhuuu.. tadi adalah yang terpaling bes..sepanjang raya nih.. ada jugak yg tak bes.. yang tak bes kita STORY len ok?

ok.. ni dia pic2 bersama2 orang-orang tercinta...


ayah ngah, atuk, uqi, tuyuk dan ayoh.
 
kesibukan ruang dapur raya umahku..hihii
 
ayahku yg br pas basuh pingganla kunun..hehee..
 
adik, me n acap my pak cik.
 
my mum n grany.

my nina. da pandai jalan nih..huhuuu

tuyuk n me. mlm raye kedua. dpn umah ma.   (tok sedaraku)

ni sape eh..? hihii  (Tekala senirik.)



MY BIG FAMILY..HAPPY ENDING!!

Friday, September 18, 2009

Siapakah dia..??

Salam hangat sahabat-sahabat tercinta..

Aku masih tak leh tido, esok nak balik dah, excited sangat neh..heheee
rasa macam nak je putar waktu secepatnya. Kalaulah aku prof yang dalam cite "Back to the future" tu aku putar masa cepat sikit, hehehee biar aku leh cepat-cepat nek bus sampai kampung.. hehee


Anyway...aku sebenarnya bukan nak citer sal nih, tapi nak habaq la rasa rindu ini kepada dia.. huhuu siapakah dia?? na..na..na..ha DIA yang telah banyak mematangkan aku, yang banyak memberi aku semangat, bagi aku bisa jadi seorang perempuan kuat, tabah dan cekal, hurm... Pada aku dia insan paling bermakna dalam hidup ni, walaupun dia tak selalu muncul dalam tiap hari dan waktu ku, dia tak selalu ada disamping aku tapi semangat yang ditiup kepadaku setiap masa itu buat aku sentiasa ingat yang hidup ini terlalu bermakna dan berharga. Hari-hari yang ditinggalkan kepadaku penuh kejujuran dan keikhlasan, penuh dengan cabaran namun aku mampu tersenyum menghadapinya kerana aku tahu ini ujian dari-Nya, dia sentiasa mengajar aku jadi gadis yang sabar, redho dan bersyukur.. hurm..hingga aku mampu berdiri sepositif ini dan sematang ini.. siapa sangka kan? huhuuu..


Apepon aku ucapakan TERIMA KASIH tak terhingga jugak buat dia yang banyak menjadi tulang-tulang dalam diri ini, sehingga aku mampu berdiri sendiri.. Aku mengharapkan semoga dia akan terus menjadi tulangku hingga bila-bila terus membakar semangatku dan berdiri disisiku. Semoga ia akan menjadi salah satu insan terpenting dalam hidupku satu masa kelak.  InsyaAllah!!


Dia dah pon selamat sampai ke kampungnya tadi, Syukur Alhamdulillah! semua selamat walaupun lambat sikit. heheee... maklum la traffic jammed, kan orang nk balik raya semua..hihii agak-agaknya esok lagi teruk kot. huhu HOPEFULLY tak la.. sebab dia akan menjemput aku di stesen bus, aku mahu berikan sesuatu padanya sebagai ole-ole raya hehee.. semoga mendapat keberkatan.


huhuuuu...Dia yang istimewa, dari hati yang jujur dan ikhlas, dari nukilan jiwa yang tak terucap dengan kata-kata  dan sepotong aksara pon, semoga aku bisa menjadi SETIAUSAHA sulitmu yang menenangkan disisimu, membantu perjalanan perjuanganmu dan bisa melengkapi rusukmu yang patah itu satu hari nanti, sama-samalah kita berdoa pada-Nya, semoga dipermudahkan segalanya.. :-)

"Salam Sayang untuk semua dan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, IKHLAS DARIKU : Miss Tintawarna."  ;-)

Thursday, September 17, 2009

Kampungku...Desaku...Syurgaku...huhuuu

Salam Ukhuwah teman-teman seperjuangan...

wah..wah...Lambaian desa semakin terasa, hati tak senang duduk dah..tengok kawan-kawan semua dah balik kampung tinggal aku je yang masih tersadai lagi disini, huh! tak sabar rasanya nak menjenguk desa ter-CHETA hehe.. dah terbau-bau suasana desa, terasa beningnya dan dingin air desa..wah..wah... Rinduuuu BANGAT!

Hari ni cuti, Jumaat kan, hurm..semua kat USM ni dah sunyi menyepi, yang tinggal pun budak-budak yang nek bus ngn HAAK (Himpunan Anak-Anak Kelantan) warghhh..depa pun nak balik malam ni dah, tapi aku besok pagi..huhuu lambatnya rasa, lau orang tgk, ape lah bezanya malam ni dengan besok pagi kn? tapi bagi aku detik-detik bersama keluarga itu merupakan satu yang terlalu indah dan terlalu berharga, malah lebih berharga dari detik-detik bersama BOYFREN, hurm...gitulah aku, huhuu... detik-detik bersama keluarga ini ada satu detik yang tak mungkin kita lupa seumur hidup, yela kan, sejak mula melihat dunia, kita akan kenal erti keluarga dulu, MAK-AYAH-ABANG-KAKAK-ADIK-BERADIK tu yang mula-mula kita kenal, bukan kawan-kawan, boyfren dan gulfren kan? memanglah depa jugak bermakna, tapi keluarga itu yang lebih utama, tu la sebabnya kenapa kalau kita nak mencari pasangan hidup mesti yang menghormati keluarga kita, yang sayang mak ayah kita macam kita sayang depa, bukan kita je duk sayang mak ayah kita dan mak ayah dia, tapi dia tak hormat pon kat keluarga kita, hurm... sapa pun kita ketahuilah kita adalah ANAK, anak yang dianugerahkan kepada mereka dan kita juga mesti tahu bahawa mereka tak pernah pinta balasan cuma us a human kita pasti tahu nilai-nilai perikemanusiaan dan kasih sayang, tahu erti mengenang jasa. Mereka tidak perlu wang ringgit kita yang berkepuk tu, cuma cukuplah jika kita berjaya kelak kita tak lupa jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kita, cukuplah kita pulang menjenguk mereka dikampung halaman dan hormati mereka sebaiknya, itu pun memadai untuk mereka, kasihi la mereka selagi mereka masih ada dan sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihi kita waktu kita kecil dahulu..  hehee..tu la sebabnya kenapa kita pulang BERAYA bersama KELUARGA..  ;-)


Apapon, hari ini aku rasa RINDUUUU tahap GABAN kat umah tercheta, walaupun rumah aku bukan lah rumah mewah, banglo 10 tingkat pon, walhal cuma rumah kampung yang USANG tapi hatiku tetap padanya, rumah itu berdirinya segala kenangan yang sentiasa menggigit dan berenang dalam hatiku, di rumah itu jugalah berdirinya dua orang tua KECINTAAN hatiku, yang aku benci+sayang+marah+merajuk+emosi=Kasih Sayang & CINTA, diteratak itulah aku membilang waktu, aku merajuk, aku menangis aku membenci mereka tapi mereka tetap menyanyangi aku, itulah KASIH yang tidak terhingga yang tiada INFINITInya dalam dunia ini buat aku dan adik-adik... TERIMA KASIH yang tak terucap dan terhingga buat kedua mereka yang merangkap CINTA hatiku...MAK & AYAH. hehee... Diteratak usang itu jugalah tempat aku bertepuk tampar, bertumbuk westling dengan adik-adik tersayang, disitu jugalah air mata tumpah dan disitu juga hati terpujuk, disitu juga aku terharu-biru tak keruan dan disitu juga aku belajar segala ARTI kematangan dan KEHIDUPAN!


TERATAKku....aku pulang kepadamu... lambaian desa terpanggil-panggil da nih, buat aku tak lena nak tutup mata, lani aku dah siap berkemas, bilik, baju..wah..wah..tak lupa kiriman si BONGSU ku itu..huhuu, walaupun dah mengijak 14 tahun perangai still macam budak-budak, biasalah bongsu lambat matang hehe.. ape pun aku terhibur dengan gelagatnya yang kadang-kadang manja dan GANAZ tu, maklulah lelaki.. huhuu "K.Nor jangan lupa coklat Adik!" gitulah bunyinya... selalu pun kalau balik kampung aku tak pernah lupa kat adik-adik kat rumah walau tak ada ape sekali pun aku rela memperabih duit tuk depa, mempertaruh apa yang aku ada demi adik-adik tercinta. Biarlah dikala kita mampu dan selagi mampu aku rela, sebagai kakak tu la tanggung jawab aku, berkorban tu lumrah seorang kakak. hehee... walau kadang-kadang nampak aku membenci mereka dan selalu marah-marah dan tidak mahu mengalah tapi hati kecil ku selalu berkata " Adik-adik aku tidak pernah terdetik untuk membenci apatah lagi membuang kamu semua, kerana kamu semua penyambung semangat aku" huhuuu...cuma mereka saja yang tak pernah dengar aku kata seperti ini huhu.. maklumlah aku kan kakak yang EGO sikit tapi baik..hehehe... kalau aku cakapa gitu tentu sudah aku jadi kakak yang tak MACHOGUL gitu..hahahahaa... apepon kalian itu suka duka aku!
\

Raya tahun ini, kali pertama kami beraya tanpa adik keduaku, MAWARDI atau MAD heheee.. dia tak bersama kami tahun ni, hopefully adik aku tu tak ler bersedih DURJA disana.. perjuangan beliau dibumi ANBIA' itu mendapat restu dari seluruh keluarga lebih-lebih lagi aku kakaknya, dari mak n ayah apatah lagi.. harapan kami biarlah dia pulang nanti menjadi seorang yang membanggakan pada kami semua, bukan seorang yang kaya harta kami harap tapi kaya ilmu dan boleh menjadi KALIFAH ditempat sendiri pula. Ini tahun pertama juga bagi dia tak beraya bersama kami, tentu sedikit sunyi raya nanti papepon aku akan cuma meriahkan keadaan..hehee aku kan pelawak antarabangsa dan penyejuk hati keluarga..hehee.. "Tahun ni Mad mu tok leh la nok babak nga aku laginyo, huhuuu..." kalau tak dulu-dulu time-time malam raya tu du melawak sarkas sambil duk mengacau rendang mak dan lontong mak, hehee.. sambil-sambil duk tiup api dapur kayu nak masak rendang tu leh je main kejor-kejor dan duk tergelak ketawa sama-sama, kadang-kadang marah-marah jugak aku nih, yela duk panggil-panggil tak dengar, dia pulak jenis suka mengusik huhuuu,...kadang-kadang damai dihati pula mengingat kembali. Tahun lepas merupakan tahun terakhir kami beraya sama-sama. Mungkin lepas 4tahun lagi barulah kami dapat beraya bersama lagi.huhuuu.. Apepon aku sentiasa mendoakan dia gembira disana dan dapat menyambut SYAWAL dengan meriah dibumi yang berkah itu.


*Ha ni adalah ole-ole tuk adik dan famili aku, tak la banyak tapi cukuplah buat sedap hati depa. Semoga depa gembira nanti. 



                                                              

       Ni yang dah di packing, heheee                                                               


Hembusan Semilir Durja

Semilir angin menghempas
tiada mampu merapuh canda iman dihati
sehangat salju membungkam kalbu
lesu nan pasrah...
pergi tak bermusim
datang tak bertujuan
mengoyak daun-daun dosa silam
mengupas nadi-nadi serakah
Ulitan...Tangisan..
sepertiga malam setia menantimu
Malikil Maut semakin hampir
membawa berita yang diberitakan kepada-Nya
batang tubuh longlai, 
tangisan kering kontang...
hanya "Dia" maha mengetahui
kesakitan yang mengigit durja saraf-saraf Arteri..
kerangka ini adalah aku..!
berjuang demi maut yang pasti tarikh tibanya
hitungan hari itu semakin hampir....
aku jadi takut dengan dosa-dosa lampau
waktu membatasi aku menyelak tabir silamku
menoleh dan membaiki segala
hanya mampu memandang kosong
wajah sejarah yang pergi...
selepas ini giliran aku, 
pasti!
pinta belas doa kalian...
dipermudah yang terakhir ini
deritaku sekian banyaknya
membawa cinta yang pergi hingga menutup mata
meski sang Ratu tidak pernah peduli
aku terlantar menunggu seruan-Nya
sebelum di jemput....
seikhlas hati ku mohon kebahagiaan untukmu
hingga akhir waktumu dan keturunanmu tiada yang sepertiku...
hembusan semilir durja ini, ingin menduga hatiku...
Ya...Aku bakal menyambut seruan-Mu
iman kerdil secebi ini aku bawa
menjadi bekal terakhirku
Disana..!
Tintawarna: 211008/Malam suram/ Damai/ 3.31 pagi.  
"Innalillahiwainnailaihirajiunn....
Doakan dia dirahmati selalu disana..perginya menikam kalbuku..perginya menyiram salju dihati semua, memberi tanda dan pengajaran untuk semua, semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Sejarah hidupnya yang panjang melebihi usianya, semoga menjadi iktibar untuk semua, Al-Fatihah!"
"Untuk abang sepupuku yang telah pergi menyahut seruan Ilahi pada 03 Oktober 2008, mengidap HIV positif yang tragis. Aku tidak sempat memberikan puisi ini buatnya.. Jadi kepada pembaca yang membacanya harapanku semoga dapat menghadiahkan beliau barang sepotong doa atau Al-Fatihah buatnya disana. Aku bersyukur kerana sempat merayakan Aidilfitri terakhir bersamanya, walaupun beliau waktu itu tidak lagi mampu bergerak, melihat dan bercakap dengan jelas...Tetapi beliau masih mengenali aku... Terima kasih atas ingatan itu, dan aku akan terus mendoakannya.."
sajak ni aku cipta sendiri dari hati, untuk dia.. tetibe teringat kat dia, hurm nak-nak raya nilah mai teringat sebab kecik-kecik dulu selalu dia duk main ngan aku, duk layan kemanjaan aku nih, huhuu... apa-pon semoga dia bahagia disana..
* Sedih sama sebab kena tinggal kat rumet tadi, dia dah nak balik Johor, so tinggal aku sensorang dalam bilik nih..huhuu 19 hb ni baru aku berangkat pulang, kul 9 pagi. hihihiii.. 
balik kampung..yeahh.yeahhh..!

Wednesday, September 16, 2009

Alahai LAST MINUTE...

Salam Ramadhan teman-teman tercayang. 

N3 kali ni cek nak mintak maafla banyak-banyak kat teman-teman, sebabnya tak dapek nak mengisi masa bersama semalam, sebabnya terlampau BZ, Al-maklumlah wat keje last minutekan, huhuu.. sebuah kisah teladan jugakla ni, maklumlah kecik-kecik dulu ayah suka duk beli buku kisah-kisah teladan, jadi besaq-besaq ni duk ingat la nak buat kisah teladan jer..manjang hehe.. tapi pe salah kan? bagi kesedaran kat diri sendiri dan orang len tu kan menda bek, so menda bek teruskan jela.. lau tak bek HENTIKAN!! hehee...


Kadang-kadang aku pon pening nak mula dari mana, ni kan jenis naratif, nanti lau tunggang langgang tak bestla kan..kan..? hik..hik..camna pon aku nak la mula dari kami nih, AKU, ASMA' dan AJIM. Kami bertiga ni dah diberi tugas sebulan lebih yang lepas tuk buat preparation presentation nih, tapi kami semua nih first-first dissscusion je semangat jempe wat discussion la konon-kononya,  pas je first ritu kami terus masing-masing diam jadi BATU. huk..huk.. masing-masing wat hal sendiri, konon-konon sibuk bangat la, lagi-lagi aku ni yang terlebih senior ni cam bz je kn? kn? hihiii... 

Ni lah muka baru pas present... muke penat...
Nak dijadikan story la... kami ni buat rileks je, pastu tiba last week, lecture kami Pn.Kamaliah, cakap la next week group kami present, ingat dapat la pas raya ni ke, huhuuu sekali sebelum raya da.. jenuh kami duk buat kalut..huhuu.. ISNIN, ok g sume ok je.. diam menbisu je sorang-sorang, last sekali selaku senior, aku la duk wat kalut p kol masing-masing mana, tunjukla batang hidung besok kataku, huhuuu.. besoknya tepat kul 9.00 malam mai la konco-konco aku ni, bertapak muka dengan masing-masing blur tak tau nak buat lagu mana sebab menda alah tu dalam bahasa Inggeris, jadi lagu mana pon kena translate jugak, malam kelmarin tak agak-agakla kami buat sampai kat kul 3.00 pagi gak la. pastu sambung pagi tadi. huhuuu...  biasa la kalau buat kerja-kerja yang berkait ngan study ni semua mengantuk dan MALAS, penyakit keturunan tuh, last-last td pagi baru kami bincang,  PENCERNAAN aidea tahap POWER RANGERS la, semua mencurah-barah, aku tak kisah la, yang penting slide show ni kena siapkan jugak sebelum kul 3ptg nih. wah..wah..jenuh, aku,Asma n Ajim kerjakan, Ajim yang menukang buat slide show tuh, Aku dengan Asma lak tukang cari isi dan problem yang nak di sampaikan. Pencetusan aidea dari semua pihak amat diperlukan saat-saat genting camnih. huhuuuu...


Ni Kisah kami, adoi duk buat kerja sambil berlawak jenaka, ngn adik-adik tersayang nih, kadang-kadang lucu lak, lagi-lagi si Ajim nih dia ni lawak antarabangsa tak leh blah, Asma tukang panjangkan cerita + tukang gelak, aku pon sama da..huhuu.. jadi tak la bosan ngat walaupon berejam-rejam duk kat kafe Damai tuh, Lupalah nak bagi tau tajuk group kami tuh, Tajuknya tak la sukar mana pon tapi sebab sikap kami yang last minute tu buat kami rasa cam payah jer, huhuu.. tajuknya "Adolph Coors Company" tu paper Komunikasi Korporat, kami ni kena cari maslah yang jadi kat dalam syarikat Coors nih dan masalah adik-beradik Coors nih, katanya depa nih famili bisnes tapi depa ni mengamalkan dasar tutup pintu, ikut tradisi lama yang sukar dipecahkan, depa ni tak percaya dengan fungsi komunikasi, tak percaya komunikasi boleh mengembalikan imej syarikat dan mungkin depa ni jenis orang study bisnes je kot tak tau fungsi komunikasi korporat nih, jadi tadi jenuh la duk memerah Aidea, akhirnya kami pon sempat la menyiapkan semua tu sebelum kul 3, pastu Ajim p kelas dia, jadi aku ngan Asma la yang back-up, buat menda ni bagi siap, kami print dan photostat nak baca apa, bahagian mana sapa dulu nak baca semua decide la, pastu terkejar-kejar gak la kami ke kelas tu sebab kelas cuma sejam, dalam masa tu je kami kena present bagi semua paham, so kalut la kami masuk kelas td, pastu p cari-cari pendrive tertinggal, nasib aku bawk lap top si budak Ajim nih, jadi guna laptop dia copy, lame gak sebab lap top tak leh detech data tuk ke projector. so lama gak kami duk godek-godek, adelah dekat 10 minit bazir masa cam tu je kat situ. adoi memang lau keje last minute nih ade je bala nye.. huhuuu.. JANGAN TIRU KAMI! (Tu arahan pihak penaja). ngeh..ngeh..tapi lepas tu kami akhirnya berjaya jugak, buat presentation tuh, bagi audien paham..huhuu jenuh, Al-maklumlah dah terkejar-kejar tadi aidea nak cakap pon jatuh dah tercicir kat tengah jalan da..huhuuu nak cari balik tu kena la pusing-pusing balik. Tula masalah LAST MINUTE nih.

Akhirnya Alhamdulillah berjaya jugak story last minute kami nih..

Balik je bilik dah kul 5.30ptg. hurm.. aku kemas la ape yang patut sikit-sikit Al-maklumla tak sempat nak kemas, bilik pon dah macam tongkang pecah bila kepala hotak duk bercelaru nih. dah kemas-kemas nunggu waktu berbuka tu sempat aku tertido sat sebab penat dari semalam duk berjaga kan..huhuuuu... 

Al-kisahnya waktu malam lak..

Aku nih jenis suke la duk mengidam nak makan menda-menda dah lama tak makan, hurm malam ni aku tetibe jadi teringat sangat nak minum air kopi dengan roti tuna, wah..wah... tak leh blah la kan, aku dah lama tak minum kopi nih, sejak GASTRIK teruk tahun-tahun kebelakangan nih aku jadi takot nak minum kopi konon-konon berpantang la, walaupon aku memang paling tak suke berpantang. tapi sebab gastrik yang sangat sakit hingga boleh terpengsan dan TER-muntah darah maka aku terpaksa la buat gitu. "Kopi,Teh, Nescafe, kacang panjang, kacang-kacang, dll" byk la lau nak ikut nasihat doktor yang dia cakap tu, tapi aku ikut yang separuh je separuh lagi aku bedal jer.. hehehe.. yela mana tahan beb.. aku dah la penggemar sayur dan buah-buahan, suke air teh n kopi, anak orang desa la kan, tapi tetibe kena sekat adoi.. kempunan den.. aku just pantang menda yang kalau aku makan terus rasa sakit kan..hehe kita BERBISA la kan? so cam Kopi, Teh, Nescafe dan kacang-kacang tu aku pantang la, tapi kadang-kadang tak tahan aku bedal gak sikit, hehe..sekadar lepas gian. tapi malam nih tah cam na aku kempunan sangat nak minum kopi, dah kul 12 malam tuh, aku pon start moto Ain, dia tak dak p mana tah, tapi dah dia tinggal pesan suh pakai moto dia, so aku pon p la sensorang pon.. mula-mula tempat di tuju 7e, p beli tuna nak makan ngn roti, pastu kafe bakti, alahai tutup lak..last-last cari kat fajar je, ade pon..aku pon balik terus minum wah..wah..lega dapat melantak, cam  satu kepuasan...  bayangkan roti cicah kopi pon sedap amat aku rasa. huhuuu tetibe terpikir lak orang-orang len yang tak dapat makan tuh rasa insaf jap, SYUKUR lah kita semua ade, cume ingat-ingat la orang len yang susah tuh.. lau kita lebih maka berbagi-bagilah dengan yang tiada. 
                                                                hehe...Kopi ku..
Sambil menggodek blog aku minum kopi ngn makan roti tuna. bes jugak camtu, tetibe mai teringat kat kampung lau dulu-dulu, masa kat kampung minum kopi  nih duk tepi jendela, tengok-tengok ayam itik, suasana kampung yang indah dengan aroma kopi lak tak leh blah da... sambil terkenang kisah-kisah lama zaman si Luncai dolu-dolu.. huhuu sambil berangan pon best gak kan? lagi satu minum kopi time ujan lebat dengan mak aku yang suke la duk rebus ubi time ujan makan dengan kopi..wah..wah..kena lak ayah aku join sekali, hahahaha memang meriah bangat. hihii.. sekali teringat rase cam nak je terbang ke kampung, lau la aku dikurniakan sayap memang lama dah..hik..hik.. (Ingat pari-pari pe)  :-)
 
                                           
            Bayangkan dapat makan Tuna n Roti camnih.. heheheee....
Selamat Mencuba.. Heheee...

Monday, September 14, 2009

Jebat derhaka VS Gadis spirit

Salam kepada teman-teman seperjuangan semua,
Pertama sekali aku teringin berkongsi perasaan  dengan kaum-kaum sejenisku dan kaum Adam jugak, bukan apa ni merangkap kisah cinta silam aku yang tidak selesai-selesai sampai semalam. hopefully korang bolehla komen dan bagi pandangan sikit pasal ni yea. buat pedoman diri yang kekurangan ni. Hurm.. Bermula di pantai negeri kelahiran dan tempat kediamanku sendiri, dia melafazkan ungkapan cinta, huhuu time tu aku selalu la ke pantai tu, maklum la tengah FRUST menonggeng, maklumla hati mana yang tak RAWAN kalau  orang yang kita sayang tetiba balik kampung cakap nak bertunang dengan orang lain atas sebab keluarga, aku hormati pilihan keluarganya tu, tapi aku rasa kalau dia bagitahu keluarga dia yang dia dah ade orang lain mungkin keluarga dia tak kan mendesak camtu, yang aku paling kecewa dia tak cakap pape kat keluarganya..tapi kalau orang dah tak suka pon camtu gak kan?  hurm.. ALASAN!. tapi kalau tak frust pon aku memang selalu ke pantai gak, dah jadi satu hobi, satu tabiat kalau balik kampung je mesti tempat pertama ke situla aku tuju tiap-tiap petang, aku suka pantai, damai..tenang..hee..sambil melayan perasaan, kadang-kadang ter-RALIT pulak sampai ayah aku miscol-miscol baru ingat nak balik, maklum lah risau anak DARA dia kan. aku pon dah TER-Magrib baru terperasan yang aku lama dah layan feeling..hihiii . 


kedengaran surah Maryam bergema dari tepon aku, baru aku perasan ayah kol, cepat-cepat aku angkat menggelabah CIPAN. "Salam, kat mana tak balik-balik lagi ni, nak magrib dah!" kata ayah ku dihujung talian,adoi terkulat-kulat aku nak menjawab."err..Wslm, ada kat tepi pantai ni, sat la nak balik dah ni..on da way ni..hehe" kelentong jugakla aku, hihii sebenarnye baru nak start moto tapi cakap dah on da way, tak pelah kang risau pulak ayah tu, jadi aku pon bergegasla balik umah, hehe.balik-balik je dah tercegat depan pintu macam pengawal tunggu tuan puteri masuk istana jer..hehe..(Tapi kena muka tuan Puteri ni cam takut-takut jer, hehee..) 
ayahnda hampir murka sebab lewat balik, tapi nasib tak kena ceramah motivasi ala-ala Fazillah Kamsah secara GRATIS hehe.. tu la cite balik dari pantai, lepas tu aku mandi solat Magrib jemaah dengan Family pastu makan dan tengok TV, tetiba alunan surah Maryam dari teponku berbunyi lagi.hurm..rupanya dia, si Mamat ni, yang aku nak cerita, Dia ni aku panggil si Jebat je sebab dia pernah berlakon dan bawak watak JEBAT. Seperti biasa aku melayan yang sepatutnya lah, lepas cakap tetiba dia mesej, terkeZut berok den, dia kata dia menyimpan hati kat aku dah lama. pastu dia merayu-rayu mintak aku setuju couple ngan dia nih. huhuu aku yang kesunyian baru pas ditinggalkan berkira-kira gak nak terima, yang aku kenal dia ni baik, mungkin sebab aku tak kenal sangat dia kot, aku tanya dia betul-betul ke, tak kisah ke aku ni camni, yelah aku pon tak tahu nak kata ape, ex aku dulu kata aku ni mengada-ngada TER-lebih, manja TER-amat, lemah semangat, hurm..lantaklah..kalau orang dah tak suka macam-macam la alasannya, tapi dia kata dia tak kisah aku macamana, pun sebab dia pun baru kena tinggal jugak jadi nak membina hubungan baru dengan aku, kira tak kisah la yea..hurm.. aku pun declare la ngan dia nih. 
Ha..hari-hari biasa masa kat kampung dia ok sangat, dia baik jer, mesej dan kol hari-hari setiap masa dia mesej tanya itu ini, pantang lambat balas mesti merajuk, aku tak kisah mungkin tu cara dia, aku bahagia jugak la sebabnya aku betul-betul ingat dia setia, jujur dan ikhlas. Aku jenis yang memang mudah percaya dan kesian kat orang, hurm..tu la kelemahan aku yang sukar dikikis, aku ikut jela rentak dia sebab aku tak nampak, hurm.. semua indah time tu, yela dah mesej sepanjang masa, lau tanye kat mana cakap kat umah, tak reti keluar rumah, wah..wah...baik sungguh getus hatiku. Huhuhuuu.. orang kata tak kenal maka tak cinta kn? Hubungan kami berlangsung tak sampai sebulan lagi, kami dah kena balik ke USM rumah kedua aku. 
Al-Kisahnya, bermula di USM la, aku tiba lebih awal di uni ku, kira-kira tiga hari sebelum kuliah bermula. jadi aku enjoy-enjoyla macam biase, lagipun aku dah biasa kesorangan sejak teman-teman seperjuangan tamat belajar aku dah mula biasakan diri hidup berdikari, aku berusaha menjalani hari-hari ku dengan sendiri, mula-mula sukar jugak sebab dah biasa berteman tetiba tak de kawan-kawan sunyi amat, tapi lama-lama aku dah pandai menyesuaikan diri, dengan cara ni aku rasa aku tak la terlalu bergantung dan aku aman kalau aku tak akan ada boyfren lagi pon...tapi dia ada so aku terima seadanya dan seikhlasanya, sejujur mungkin. Aku ni jenis kalau aku dah stay dengan seseorang aku akan stay ngan dia jer sampai menda ni betul-betul sampai orang tu sendiri cakap putus ngan aku, barulah aku blah tak pon ade sebab musabab yang tak dapat nak dielakkan. Tapi aku ade satu alergik atau pantang kalau orang menipu aku, sampai bila-bila pun aku tak leh nak percaya kat dia. lagi-lagi orang tu adelah orang yang kita percaya atau orang yang kita sayang. uwaaaarghh..! HANGIN...HANGIN....(hehee..EMO tetibe lak.)


Nak dijadikan kisahnya, masa hari pertama dia sampai di Uni, dia nak jumpa aku, tapi time tu aku ade kelas, so lepas kelas aku jumpe dia aku yang terpaksa turun IK=Desasiswa Indah Kembara, kolej yang kat USM ni la kan. so aku turun bus aku tengok dia ngan kawan dia duk isap rokok, terkejutla aku, sebab dia kata tak isap rokok, tapi sabar gul..sabar..ni baru permulaan. Kata hati kecikku. Fine la aku bukan marahkan orang merokok, aku tak kisah tapi lau tak merokok lebih baik pada aku. Cuma jangan la berbohong tu buat aku hangin, tapi xpe..tu baru permulaan, dia kata dia baru belajar isap rokok sebab dia kena berlakon jadi watak seorang perokok, hurm..ok xpe.
Esoknya aku ajak dia breakfast sama-sama sebab dah dekatkan, jadi boyfren watpe lau nak teman awek breakfast pon tak mau kan? hurm..last-last dia p gak secara terpaksa, aku nak melantak pon tak senang sebab dia camtu. hurm..lantak la yang penting aku makan, tapi leh lak dia duk kata aku kena diet sbb dah terlebih lemak.adoi ai..sengal! ade ke boyfren camtu? hurm..tak pe la aku ok lagi.. lantak la nak kata ape pon, aku anggap tu gurauan je la sebab lau dia sayang kat aku dia tak kan mengkhianati aku.
Dipendekkan ceritalah, jenuh aku menaip nih.. hehe.. 
Hurm..seminggu pas dia mai USM, dia ade story yang dia ade problem dan tak mau jumpe aku, hah? teruknya aku ase.. sepatutnya dia sharingla ngn aku, aku rela nak jumpe dia, aku ni ape tunggul ke jadi gilrfen dia tapi tak leh nak share and tak leh nak bantu dia, pastu dia kata dia tak leh berdepan ngan aku, TITIK! 
wah..wah...! ok aku terima mungkin dia nak sendiri hari tu, esoknya aku ajak dia jumpa bincang, dia kata berkait dengan diri dia, sumthing yang tak elok la pasal dia, last-last aku kata takpe aku leh terima lau dia betul-betul insaf..hurm tapi jawapan dia tetap sama, pelik sangat aku ngan pangai dia nih. ok aku p jumpe dia kat kelas dia, aku tunggu dia sedang aku ni ade kelas jauh g nih..tapi takpelah sebab sayangkn? pastu bila dia kua dari kelas tu ngn macho nya dia kata "Balik la saya ada extra class la.." hah? tetibe je dia ni..tadi tak cakap pon, aku memang tau jadual dia sebab aku yang isi borang tuk dia hari tu, tu sebab dia tak leh la nak kelentong aku, hurm..aku pon diam la dah dia kata camtu, pastu aku balik ngn hampa, bodohnya rasa! uwarghh...!  tapi takpe la aku g kedai mahasiswa nak beli sumthing, pastu dia miscol aku, agaknya nak chek line kot aku dah blah blum, last-last aku kua dr kedai tu, aku nampak dia berjalan ngan sorang pompuan ni, amboih! sedapnya berpeluk-pelukan lagi.. MANGKUK tingkat punya boyfren! pastu aku mesej dia cakap "Sampai hati eh awak..!" dia balas pe tau "Eh nape? saya kat kelas ni.." ha mangkuk dia la extra class konon, hurm..tak pe-tak pe, aku pon jalan laju-laju then lalu depan depa. terkejut BEROK mat YEH dia, pastu dia wat-wat cam tak bersalah lak..leh je kata aku tak percaya kat dia tu sebab ekori dia, dalam hati aku kata ape tau.."Eh mangkuk, aku bukan nak ikut ko, lau Tuhan tu nak bagi petunjuk kat aku kejap je dia tunjuk" hurm.. aku ketaq sampai air mata aku mengalir, sebab terlalu marah dan sakit hati.. korang tau la perasaan aku masa tu macam-macam ade, warhgg! di tipu bodo-bodo jer.. bak kata orang penang (Pembohong di Terang Rembang) huhuuu... memang sial! dia terkejar-kejar aku, aku sengaja jalan laju-laju, jadi benci sat tengok muka dia, pastu aku g kelas aku, buat cam tak de pape.. padahal jiwa meronta-ronta sakit. Tapi PELAJARAN aku mesti no 1 camna sekalipun jadi aku tak leh patah semangat, Kuat dan tabahkan je hati.. kemudian aku mesej dia ckp mulai hari ini kita tak akan ada apa-apa hubungan lagi dah, boleh dia tak balas sebab duk tengah sedap-sedap ngan pompuan tuh. jadi aku bia la memang dah nampak sangat la tu.



Sejak hari tu aku ok jer, aku dah kuat melalui hari-hari ku seperti biase, aku kata dalam hati tak de boyfren"Hah bunuh la diri dulu saya nak tengok mayat awk..!"slack sikit pon, lagi satu dia mesti clash ngn pompuan tu secepat mungkin. hurm..dia buat yang berjanji depan kawan aku tu. So aku pon bagila peluang kat dia, tapi hati aku dah pudar..dah ZERO tak de ape dah..sayang tak de, ape tah lagi cinta.. hampesh!!  pon tak pe lau sekadar hadir tuk menyakitkan hati aku. Aku mula nak bahagia ngn hidup aku dia datang balik merayu MEROYAN kat aku, cam orang gila dia melutut kat kaki aku, menangis suruh aku bg dia peluang kedua, suh maafkan dia. Huh, ada hati lak buat gitu dulu dia tak pikir perasaan aku masa dia buat aku tu! Aku tak la bagi memula tu, aku blah camtu jer. Pastu dia mesej buat TERUK lak, kata sakit dada la, nak mati bunuh diri la..Adoi ai.. aku nak je cakap tapi cam kejam sangat je..kemudian kawan aku g tau la suh bagi je peluang tengok camna..sat lagi mati anak orang dia kata. Hurm..aku pon pikir punya pikir..aku pon cakap la aku bagi dia peluang tapi dengan syarat dia kena berjanji depan kawan aku tak ulangi kesilapan dia tu dan tak kan wat lagi, dan dia kena clash ngn pompuan tu secepat mungkin.



Nyesal jugak wat gitu bila pikir-pikir, tapi aku ase dia ngn dak pompuan tu tak clash lagi, Insting aku ni selalu ny tepat, jarang menipu aku. Last-last aku terjumpa dia lepak ngn dak pompuan tu, aku tak kisah dia nak berkawan tapi lau sampai berpeluk tu pa dia? tu tahap MANGKUK HAYUN la... hurm..adik aku pon ade kata terserempak dia ngan pompuan tuh. wah..wah..menda aku tak nampak kan.. tapi tak pe..aku diam..aku tak mesej..tak col, kali ni dia betul-betul terhegeh-hegeh dia cari aku merata. Aku malas ungkit lagi la pasal tu sebab aku nk tengok dia, bukan dia tak tau ape dia dah buat erk? huhuuu biarla dia bersama LABI-LABI nya itu..pastu aku blah je camtu aku diam je.. sampai aku pon dah jumpe orang len yang lebih baik dari dia. hurm... kiranya aku dah tutup buku la pasal mamat ni.
AND semalam dia mesej kawan aku cakap nak jumpa aku sebab dia duk kata aku curang la, tuduh aku bagai-bagai, macam-macam cerita dia duk buat kat orang, duk jaja pasai aku..tak pa selama ni aku diam bia je.. then semalam aku p cari no budak pompuan tu, budak tu junior aku, tujuan aku satu je "nak kepastian" lau dia men kasar aku DEBIK jugak kang, tapi lau dia bek-bek ngn aku, aku ok jer.. aku datang ngn ikhlas ngn jujur nak settle masalah ni, aku tak mau dah pikir pasal mamat nih da, aku just nak tau ape yang dia khabo kat dak pompuan ni pasai aku, sebab dekat aku macam-macam cerita dia buat pasai dak pompuan tu. hurm...aku jumpa la..Bermulala episod WOMAN to WOMAN talk.
Untuk pengetahuan semua budak tu baik je, tak de la tengking-tengking aku, dia lembut sangat. Dia cerita la sebenarnya depa dah couple 3 tahun dengan mamat tu, wow! lamanya.. dia kata dah banyak pompuan jumpe dia dan maki dia sebab rampas mamat tuh dari depa sumer.. huh..konon-konon bagus! erm..pastu dia cerita la yang mamat ni selalu duk cerita pasal keburukan aku kat dia aku tnye gak, memang hangin dengaq, menda tak logik pon ade. last-last aku kesian kat dak pompuan tu sebab dia kata dia penah kena penampaq free je selalu dengan mamat nih, owh! nasib aku tak penah kena..huhuu dia tak berani nak buat kat aku kot. hehe.. dengan orang lain dia boleh buat tapi ngn aku silap "Karen" la nak buat. huhuu..
Malam tu lepas aku slow talk ngn budak tu last sekali kami sepakat nak jumpe mamat tu sama-sama, aku suh dak tu kol mamat tu kata nak jumpa, ha..bila dia sampai terkejut dia nampak aku, cam nampak HANTU aku je dia. Hurm...aku pon mulakan la MUKADIMAH aku tu, aku tanye pe khabar sebagai pengawal (Betul ke ayat tu..huuuu) bicara. Aku banyak menyindir dia, bagi ayat pedas-pedas biar dia berasap sikit, nak tangankan aku? ingat aku tak de kaki? huhuuu.. last sekali aku tanya dia, "Awak sayangkan dia tak?" maksud aku syg budak pompuan tu tak, dia diam terkulat-kulat.. huh! aku cakaplah "Tak de guna awak sayang atau pura-pura tunggu saya dah, saya pon dah tak de hati dan perasaan dengan awk, saya dah meluat la dengan ayat-ayat awak tu. apepon aku mintak ngn dia supaya jangan ganggu hidup aku lagi, aku tak mau dah dia datang kacau aku lagi, hegeh-hegeh macam meroyan ngn aku lagi, sebab aku dah bahagia ngn hidup aku lani. 



Lastly aku blah camtu je, tinggalkan dia terkulat lalat.. padan muka! sakit hati aku..! nak maki-maki kang nanti dia cop kita tak profesional lak. So aku amek jalan tengah buat bodoh dan guna ayat-ayat berhemah membidas. jitu gitu..! biar dia tahu aku bukan la selemah yang dia sangka. KELEMBUTAN DALAM KETEGASAN!
Moralnya : Jangan terlalu lemah dalam soal hati, jika dah tahu orang tu tak leh membahagiakan kita maka blah la cepat-cepat sebelum kita dipijak-pijak dan di permudahkan. Kita yang pilih untuk menjadi bahagia atau tidak, semua berpulang pada diri sendiri. Sebab keputusan itu ada dalam diri kita, So tepuk dada tanya hati.
Untuk kaum-kaum ku, kaum HAWA ini, jangan terlalu daif dan sadis menunduk tak bertempat membiarkan diri dipersenda dan di perentengkan, diri di ganyang dan dikakiTANGANkan, korang boleh menghormati tapi berpada-padalah dan biarlah orang tu adalah orang yang betul, lagi satu aku nak pesan, "Orang lelaki ini akan kuat kalau kita lemah, dia senang nak guna-gunakan kita lau kita lemah, dan dia akan lemah kalau kita kuat" tapi depa ni lebih tertarik kepada perempuan yang kuat sebab hanya perempuan yang kuat sahaja boleh membawa bahtera rumahtangga dengan baikdan mendidik anak-anak kelak, orang yang Sabar, Tabah, Teguh pendirian, Tegak Imannya, dan tahu menghormati, maksudnya bukan menghormati secara membabi buta saja.
Tu ajela sekian N3 aku kali ni. huhuu..sebenarnya cerita tu agak bosankn? tapi ambillah yang baik buat jadi pedoman dan tauladan maka yang buruk buat jadi sempadan.

Wallahualam..

Sunday, September 13, 2009

Geng PAKU!

  
me n Atul
  
 me n yati
 me, Atul, Sharfa, K.Kina
me n sharfa
   
Sharfa,Atul, Ain n Me.
Huhuuuu...
Inilah antara memory yang sempat aku lampirkan dalam blogku. Memory bersama geng tercinta, nilah geng PAKU, melekat sampai bila-bila walaupun sudah berjauhan tapi "link" yang ada masih tidak mampu menjarakkan kami antara sempadan padang jarak padang terkukur. (Cesh! bermadah pusaka lak..hihiii..)
    Hingga kini walaupun masing-masing telah membawa haluan sendiri setelah habis study tapi kami masih berhubung, nilah namanya Geng PAKU,  hahaaa.. Sekali dengar macam gengstar je kan? macam la kami ni geng pecah rumah orang ke, geng buli ke, geng  rempit ke malah geng samun ragut atau geng lintah darat sekalipun...huhuu...No..no..no... Tu bukan kami, kami hanyalah geng yang melekat sampai bila-bila, yang menjaga ukhwah persahabatan sampai bila-bila, biar macam-macam dugaan dan ujian datang untuk "MENGETES" (hah! ada ke? hehee lantakla..ayat den..) kekukuhan paku-paku yang kami tanam dalam diri dan ada jugak pihak yang cuba nak menafikan tentang ukhwah kami ini.. tapi tak la semudah mana nak menggoyahkan kami ini hehee...
Ha..ape pon aku ade story mengenai geng kami pagi tadi, sebelum bermula kisah aku ni aku nak mengucapkan Congratelah kat Putra, sebab berjaya buat aku terKEZUT dari mimpi moon aku. Putra Si boyfren mak cik Atul atau geng yang terkurus sorang ni, kami ni dah rapat gila tahap BELANGKAS la kn, masalahnya sekarang ni kami dah berjauhan sejak dia dah habis study ni maka aku dengan DURJAnya mengisytiharkan aku lonely..Alone.. huhuuu.. dia dah balik pahang, tapi si mamat Putra ni ade kat kedah, maklumlah PJJ (Percintaan Jarak Jauh) sorang kat pantai timur sorang kat utara, jadi masing-masing berjauhan dan aku pon turut berjauhan tapi aku tak la berjauhan dengan mamat Putra ni atau senang aku bagi si LIDI la.. hehe (Jangan mare eh tul..) sebab dia keje kat Penang je pon, jadi pagi tadi tetibe mamat ni mesej aku, habaq la nak kua ngan aku disebabkan borink tahap GABAN dia tu, aku pon pelik sebab selama ni mamat ni tak pernah curang pun, tak pernah nak berpaling tadah pun kat minah ni, tetibe hari ni KENAPA?? uwarghhhhhhh... gawat...gawat neh! Aku pun habaqla kat dia "Ang ni KENAPA? buang tebiat ke? nak suh Atul pancung aku ke hape? ke nak suh kami putus SAHABAT?? jangan wat camtu beb, lau ye pon jauh sabarla, jangan wat pangai teruk ngat arh, ang nak ke lau dia kua ngn orang len kat sana? "(Hah..start la ceramah motivasi tak berbayar aku ni..)  warh..warh..HANGIN..hangin..aku, memula terpikir gak, lau depa ade masalah sekalipun tak kan sampai mamat tu nak jumpe aku, hurm..aku pun mesej la kat si minah ni, "Beb ang gaduh ke ngn laki ang?" huhuu..lambat pulak mak cik ni nak balas.. last-last mamat ni cakap, wah ayat tak leh blah? " Alaa..aku bosanlah, lau aku cakap kat Atul ang nk tak kua ngn aku? xpon kita xyah cakap kat Atul, Aku pon xyah cakap kat atul kita diam-diam je..nak? dia bukan tau pon." Amboih-amboih...tak leh blah kan ayat? huhuuu aku pon balas balik " ang ni gila ke hape? aku ngn atul tu dah kawan lama beb bukan 3 hari, 3saat..kami ni dah susah senang sama-sama, ko gila nak suh aku tikam belakang kawan bek aku sendiri?" Sengal!! huhuuu... aku hangin gak ngn mamat nih, tapi ileks arh..kot-kot depa ade problem ke ape, aku tunggu punya tunggu mesej si kulus ni. tetibe mamat ni sent lagi. "hahahaa...Wakenabeb! aku nak testing ang je tadi sbb ang kan kawan bek, tu sebab la aku nak test, tapi xsangkala, ingat ang ni teruk sgt tapi penye ang ni bek gak la. betullah Atul kata yang ang tak kan kua ngn BF kawan sendiri..huhuuu..samalah hangpa" uwaaarhggg..! aku terkena rupanya.. huhuuu sengal punya LIDI! lau dia ade depan aku nak je aku luku kepala dia yang kecit tuh. huhuuu.. apepon dia berjaya mengejutkan aku dari tido ngn lawak's antarabangsa dia yang tak berapa nak lawaks tu. huh!
Ape da.. ingatkan ape da td. lepas tu baru mak cik ni mesej aku, cakap depa xde masalah pe pon, hurm..memang nak kena si mangkok ni. aku storyla kat si Atul ni.. hadoi jenuh kena gelak. tapi yang tak leh blah tu dia kata, "huhuuu kitakan geng PAKU beb, takkanlah nak mengkhianati sahabat sendiri erk?"  hurm..tu aku sokong 100% sebab tu la kami still akrab sampai sekang.
So, moralnya janganlah angpa menikam belakang kawan sendiri, lau nak cari kawan pun biarlah yang boleh membangunkan kita, yang mengkritik secara membina yang membina secara bermotivasi, bukan menjatuh dalam kritikan yang meruntuh dalam senyum. hurm... tapi Alhamdulillah sepanjang 24 tahun ni, aku menemui ramai kawan-kawan tapi dalam ramai-ramai kawan tu hanya kami yang paku ini sahaja menjadi sahabat sejati.  Semoga persahabatan ni akan berkekalan sampai akhir hayat. huuu....hanya angpa yang kena ngn jiwa, yang boleh berkongsi suka duka bersama.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI SAHABATKU!!

Saturday, September 12, 2009

Setaut hati terasa...

Salam teman-teman seperjuanganku,



Hari ini merupakan hari pertama aku mengisi blogku, huhuuu.. terasa indah dunia ini dapat berkongsi suka duka bersama, walaupun perasaan itu bisa dikongsi bersama temana-teman tapi perkongsian jiwa melalui tulisan itu lebih mendatangkan KATARSIS tahap GABAN. huhuu apapon aku gembira amat.
Cuma aku terfikir-fikir apa yang mesti aku tulis, sedangkan hari ini tak ada apa yang best pon cuma tadi aku telah sempat berYM dengan adikku yang belajar di Al-Azhar, hurm..gembira sedih semua bercampur sebab nya adikku itu sedang demam, satu keluarga merindui dan bimbangkan dia, tapi dia boleh duk menyengal pulak denganku tadi..huhuu..rasanya getting better dah kot. apa pon kami disini tak pernah luak dan jemu berdoa untuk kamu dik. huhuu perkongsian adik beradik ni lebih terasa bila kita berjauhan dan telah sama-sama dewasa. Banyak jugak yang kami borakkan tadi, menukir kenangan silam dizaman kanak-kanak, sekolah rendah, menengah hingga dewasa.. wah..wah.. sampai aku bisa mengalir air mata gitu, sunggguh bila mengingati semula suka duka yang pernah kami lalui bersama, dia merupakan adikku yang paling rapat yelah dah dia je bawah aku, setahun pulak beza umor, pas aku lahir dia lahir, maka apapon kami rasa bersama, hurm masa aku bersekolah di kampung ku dia juga pernah kena, walaupon kami tak mintak tapi tu harapan ayah kami. susah..suka..duka kami sharing bersama, walau aku lebih merasai kerana aku perempuan dan dia lak lelaki, tapi perempuan lebih mempamer perasaan, walaupun adik aku xpernah mempamerkan tapi aku tahu dihatinya, huhuu..sebagai kakak yang sikit ego la, tapi sayangnya pada adik-adik tercinta tak pernah membiarkan ego itu bernafsu dan beraja di hati. Aku lebih mengerti mereka, namun kadang-kadang aku tidak mampu..huhuu cedih lak di petang-petang Ramadhan nih...
Ok lah merungkai kisah-kisah ni memang tak akan habis, apepon aku ade cerita best yang akan aku kongsi disini, hurm..kisah yang menyayat hati..Suka..Duka..Emo..sengeh-sengeh.. ok la nanti aku bubuh..papepon aku kena stop disini dulu kerana minda tidak dapat berfungsi dengan baik ni, ada gangguan teknikal heheee
Chowwzzz!

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu