"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Wednesday, November 10, 2010

kelebihan pada kekurangan...

huhuuu....
Entahlah aku pon tak pasti kenapa aku tulis tajuk tu, yang pastinya tajuk tu terkeluar dari benak saraf otakku.
menukir kenangan kali ini, tidak mahu lagi membangkitkan kenangan-kenangan lampau yang telah tiada, sama ada hilang masih ada di dunia atau yang telah tiada di dunia ini lagi, seperti angin yang menderu-deru diwajah kusam dulu mengajar aku erti.. Nostalgia itu tidak perlu diulang dan tak akan berulang lagi, kali ini kembali mencari cinta ku terhenti sejenak..setelah detik-detik itu aku menderita menghayun kekecewaan yang aku rasa ianya tidak layak dijadikan sebarang kenangan dan yang ada cuma pengajaran dari yang telah tiada...

Merambat disalju, hatiku dingin tidak bergerak...
apakah itu tanda ujian masih berbalam-balam menimpa aku, sungguh! aku kagum dengan seseorang yang meletakkan kejayaan dan kesenangan hidup diDunia ini tapi aku terlebih kagum jika dia meletakkan juga kejayaan Akhiratnya bersama amal dan ibadah... aku bangga dengan kejayaannya yang mampu memiliki segalanya dan juga seorang yang baik hati, tidak lokek dan berbangga diri.. ermmm mungkin itu yang dinamakan kelebihan pada kekurangan.. namun semoga pintu hidayah itu terbuka untuk kita semua..

Allahu Akbar...
Alhamdulillah...
Subhanallah...

Segala syukur dan puji-pujian kehadratNya aku persembahankan..
dengan limpah dan karuniaNya, berkat doa kedua-dua mereka yang aku cintai, maka aku kembali bekerja, walaupun cuma sebagai P.A, tapi hatiku lebih tenang disini, lebih menyeronokkan melayari hari-hari disini, walaupun penuh dengan kekalutan kadang-kadang tu, tapi aku gembira kerana kegembiraan dan kebahagiaan itu ada di dlm hatiku, bukan terletak pada apa yang berada disekeliling aku. Walaupun aku berkerja disini tapi hatiku ikhlas melakukan apa saja seperti aku melakukan kerja-kerja itu untuk diriku sendiri, dengan kesederhanaan bos yang membuat aku lebih kagum dan dengan sikap kalutnya kadang-kadang membuat aku tergelak lucu sendiri.. huhuuu.. apepon aku sentiasa mendoakan kejayaan beliau dunia dan akhirat..

Lainshakartum..Liazidannakum..!
"Sekiranya kamu mensyukuri nikmatku, maka aku akan tambahkan lagi nikmat ke atasmu."

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu