"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Sunday, May 9, 2010

Aku bukan Siti Khadijah R.A

     Semalam aku seperti jauh dari hatinya dan tidak lagi mengenalinya, ermm.. Sukarnya untuk mengenali hati masing-masing, sebagai perempuan aku punyai naluri perempuan yang kebiasaanya "mengada-ngade", dan mahu disayangi oleh orang yang dekat dihatinya sentiasa. Kadang-kadang melampaui batas hingga membuat orang lain rimas dan lemas, ermm.. Maafkan aku andai aku hadir dengan penuh kelemahan dalam hidupmu, malah kehadiranku tidak seperti yang engkau inginkan, aku bukan Siti Khadijah perempuan yang engkau dambakan, aku jua bukan Siti Aisyah atau Siti Mariam.. Aku perempuan yang kerdil yang datang dengan ketidaksempurnaan, yang memerlukan seorang khalifah untuk membimbing dan menunjuk ajar aku, aku yang terlahir dengan kesederhanaan, cuba menjadi sempurna, namun kadang-kadang sebagai manusia aku terleka, melihat jauh ke dalam diri yang kerdil ini aku sedar kekurangan itu.Tegur dan tunjuk ajarlah aku dengan berhikmah, agar aku bisa mengikutinya.. maafkan aku kerna hadir bukan datang dengan kesempurnaan seperti yang engkau mahukan.


Sometimes, Aku sendiri tak pasti apa yang perlu ku lakukan bila melihat rakan-rakan melakukan dosa didepan mata sendiri, untuk menegur aku dikatakan "Eleh macamlah warak sangat." aku sedar aku jua bukan datang dengan kesempurnaan dan bukan seorang perempuan yang terlalu baik, jika dibiarkan aku takut.. Aku takut dihadapan Allah aku dikatakan bersyubahat. Nauzubillah.. Dunia sekarang orang terlebih pandai dan terlebih tahu, tetapi mereka mahu jua membuat kemungkaran.. berdosakah aku menegur? zalimkah aku menegur atau aku terlebih zalim jika aku membiarkan mereka terus leka?? Allah Akbar!! Bagaimana Ya Allah..? Kuatkanlah hati ku ini, jauhilah aku dari menyakiti hati orang lain dan jauhilah aku dari melihat perkara yang Engkau tidak redhoi. Aku dikatakan tidak menghormati hak-hak awam dan individu jika menegur, tetapi adakah mereka menghormati hak-hak aku sebagai seorang Perempuan Islam?? hidup dizaman ini lebih mencabar dan lebih zalim mengkategorikan... Subhanallah!!

Zalimkah aku membiar terus mereka leka dengan dunia sendiri dan esok kelak mereka terus di baham api NERAKA Jahanam yang panasnya berjuta2x kali ganda dr api di dunia ini..atau menegur mereka dari terus leka atau aku terus turut berada dikalangan mereka...??  dengan syubahat di hadapan Allah?? Nauzubillah...
mungkin agaknya teguran aku terlalu kasar dan tidak berhikmah, maafkan aku andai menyinggung mereka, tetapi tolong bagitau aku cara terbaik menegurnya.. supaya mereka tidak tersinggung, adakah dengan menegur seperti ini..."Jangan sesekali menghalalkan yang haram.." adakah itu terlalu kasar padahal suara ku terlalu rendah dan aku bukan menegur dihadapan semua orang, aku menjaga aib mereka, tetapi mereka menjagakah ????


2 comments:

  1. molek la tu..ade rasa sensitif dgn dosa,tgk org wat dosa tersentak diri untuk menegur,tahniah!.. moga berterusan.
    kaedah menegur perlu hikmah(walaupun aku tak berhikmah ketika menegur kau dulu,maaf ye.).jgn meletakkan org yg ditegur itu hina,dan ditegur mulia,kita manusia,tak lekang dari melakukan dosa.kate nabi"islah nafsak,wadu ghoirok" maksudnya kita perbaiki diri dan dlm masa yg sama seru org lain kepada kebaikan..sedikit komentar dr aku.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih adikku, huhuuu.. bagi aku teguran adik beradik xsama teguran orang lua, adik beradik sedikit kasar lebih baik kerana kita kenal ahli keluarga kita, tetapi orang lua kita xtahu hati mereka camna dan bagaimana sikap mereka dengan teguran. Meletakkan orang yg ditegur itu hina dan yang menegur mulia jauh sekali. Kita semua sama datang dengan keserhanaan, semua antara kita ade melakukan kesilapan, maka selagi ade masa yang terluang baikilah diri dan saling memperingatilah kita antara satu sama lain kerana Syurga pilihan kita dan matlamat kita, Ayuh kumpul amal dan pahala.. Kita beli tiket ke Syurga! Allah Akbar!!

    ReplyDelete

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu