"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Sunday, May 23, 2010

Gembengnya hatiku...

Ya Tuhanku, 
Hadirkanlah kepadaku seorang khalifah yang melabuhkan cintanya kepada-Mu, 
yang mencintai aku tidak melebihi cintanya kepada-Mu,
yang mencintai Akhirat-Mu melebihi cintanya kepada Dunia...
datangkan seorang khalifah yang membawa cinta sang sufi mendampingi aku,
mencintai aku kerana-Mu dan membawa aku dalam dakapan cinta Agung-Mu..
yang memandu arah hidupku menuju landasan-Mu....


Keikhlasanmu khalifahku, adalah kejujuran buatku, sejauh sufi merantau mencari cahayanya.. maka sejauh itulah mawar mencari Sang khalifahnya...Beradu dalam kegelapan hati, mencari taqwa yang diredhoi, menungkah keredhoan Allah dalam perjalanan mencari Syurga-Nya... Andai matlamatmu adalah Syurga wahai khalifahku, maka aku redho dan sedia disampingmu menjadi suri dalam hidupmu, Sungguh! aku mencari seorang khalifah yang merentangkan jalannya dan matlamat hidupnya Kerana-Mu ya Rabb...kerana aku mengejar dan mencari Syurga-Mu..hidupku hanya mencari Keredhoan-Mu ya Allah.






(Gempita sang pari-pari kuburan.)
Menatar pelangi yang kusam
menjahit mimpi-mimpi semalam 
memandang sepi wajah sejarah yang pergi 
disitu aku gegak gempita memikir seantero Angkasaraya
suara dari kuburan seroja..yang memekak telinga insani 
namun akhirnya.... terabai tanpa nokhtah yang jelas...!
siapakah yang harus dipersoal?
siapakah yang mesti bertanggungjawab?
kepada siapa yang mesti digarap??

12/03/2010-Jumaat (SMT-ESCATEC) 
-Tintawarna-

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu