"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Saturday, May 15, 2010

Ape kurangnye tudung dalam berfesyen dan bergaya??

Salam Fisabilillah teman-teman seperjuangan....

          Ermm, Kali ni aku sangat tersentap bila terdengar kawan-kawan baru aku berceloteh, bila ditanya untuk ke tempat-tempat istimewa seperti dinner, hari raya dan sebagainya, mereka ini akan kata, "Pakai tudung x? lau kena pakai tudung xmau la, xcantik" Allah Akbar!! aku berada dikalangan orang-orang yang beragama berlainan aku kah? sehingga menidakkan hukum dan suruhan-Nya, mereka mengaku diri mereka Islam tapi tidak mahu menunaikan hak-hak sebagai seorang Islam, bagaimanakah itu?? Sebagai seorang perempuan Islam aku takut menyebut seperti itu, malu bila berkata demikian, apakah hukum yang Allah tetapkan itu mencacatkan penampilan mereka, merimaskan tubuh mereka? Sedangkan Tudung itu satu kewajipan bagi seorang perempuan Islam. Ermmm... mereka lebih suka mendedahkan tubuh badan mereka dari menutup, pastu komplen la nape itam erk, nape itu ini, dah di suruh tutup xmau pastu malu la bila ade itu ini kat tubuh, Bukan menghina mereka tapi mereka begitu lantang menyuarakan dan mengatakan hukum Allah tu buruk, xcantik, rimas dan sebagainya, jika hukum sesama manusia aku tidak hairan jika lantang sebegitu, tapi jika hukum Allah... Allah Akbar! mungkin mentaliti dan pemahaman serta jati diri Islam itu tidak terpupuk kemas diQalbu mereka menyebabkan mereka sesuka hati membentak dan menidakkan itu ini, Dulu aku ingat lagi, sewaktu adik aku tidak ke mesir, dia selalu suruh adik-adikku yang lain solat, pastu budak-budak selalu kata "MALAS" ha... adikku yang kat mesir tu kata pe, Kalau malas-malas xmau ikut perintah Allah, Kalu doh sero besa sangat gak, buatlah bumi sendiri, buat air sendiri, buat udara sendiri, matahari sendiri... ha kalau boleh buat baru puak-puak mu bulih kata MALAS dan menidakkan hukum Allah, tapi selagi puak-puak mu duk menumpang kat bumi Allah ni, tumpang udara Allah ni, matahari dan Tubuh tu pun mu pinjam dr Allah xpayoh agah @ Sumbung la tuk sembah Allah Sebagai pencipta kita. Semua yang disuruh tu ada hikmahnya, cer lihat sendiri Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan  Haji. Semua tu ade kebaikan-kebaikan tersendiri, ha macam puasa, setelah kita makan selama sebelas bulan perut kita xsempat nak shout down mesin dia, macam kilang gak, bila selalu operasi mesin pon rosak gak bila xdicuci tak diservice, ha cam la perot jugak bila da asyik makan je, dia pon nak berehat jugak, nak shout down dan service perot kita, kita tak tahu, bila orang suh puasa kata penat, letih, lapar dan malas tu yang utamanya, semua yang nagetif je kita ingat tapi kita tak pikir disebalik puasa dan kebaikan puasa tu sendiri, kenapa Allah suruh kita semua berpuasa, ade kita pikir?? ha kadang-kadang orang dah tau pon malas nak buat dan tak nak buat, tu semua berpulang pada keteguhan iman seseorang dan pada sejauh mana pemahaman dia terhadap sesuatu menda atau hukum itu. 
         Hah da jauh sembang,  soalnye pasai tudung je, kenapa kita mesti membuka Aurat jika bertudung tu lebih sopan dan cantik, kadang-kadang aku panas mendengar orang mengatakan jika pakai tudung tuk ke kenduri dan kematian sj, wah..wah... tu bagi orang-orang yang tidak terkedepan dan masih berada bawah tempurung jajahan sendiri, Islam itu Universal, sifatnya umum dan meluas, kalau tidak Islam tidak wujud hingga sekarang dan penganutnya tidak akan ade hingga kini 2010 dah, sejak zaman nabi ratusan dan ribuan tahun yang dulu lagi orang Islam menggunakan kitab yang sama menunaikan perintah yang sama dan Tuhan yang sama. Isu tudung bukan soalnya tapi isu diri sendiri nak ke tak nak? tu jer.. tengok Wardina dan Waheeda, mereka bertudung tapi mampu jadi ikon dlm selebriti, mampu kemana saja bertudung dan menutup aurat, semua tak jadi isu kalau kita mahu keluar dari kepompong penjajah yang menjajah minda kita seperti zaman dulu, dulu orang jahil sebab Inggeris bawak pengaruh dengan mengatakan tudung panas lemas, xcantik, dibuatnya baju seksi-seksi tuk mengaburi mata-mata wanita Islam, tapi sekarang wanita Islam lebih terkedepan dalam soal ape jua pon, berfesyen, berpolitik, ekonomi malah pendidikan jua, jadi untuk apa kita...kita...semua Perempuan2 Islam menidakkan hukum Allah yang telah sedia cantik. 
          Lihat situasi ni, Kalau kita semua ke kedai nak beli kuih atau kek, kek tu kan cantik, kueh pon cantik , Ada yang jual kat kedai kek yang bubuh dalam cermin dan tertutup kemas tak boleh disentuh-sentuh atau dicalit-calit, tapi yang lagi satu tempat jual kat tepi jalan, tak tutup, terbiar bukak camtu je, lalat hurung, orang lalu calit-calit, yang mana kita nak beli?? ha macam tu jua kita, sebagai perempuan, jadilah perempuan yang didalam bekas kaca, yang tak mudah disentuh, tertutup rapi, jatuh terpelihara, jangan biarkan orang menolak kita hingga bekas kaca itu jatuh berderai menjadi sampah hingga satu sen tidak berharga lagi. (Jangan lepak-lepakkan maruah anda tepi jalan..) 
       Kadang-kadang orang kata ala pakai tudung pun bukan warak sangat pon, kadang-kadang orang pakai tudung pun wat jahat, huhuuu...bagi aku orang yang cakap cam ni mentaliti nya jauh terkebelakang, biarlah orang seperti itu, tapi lihat erk, pakai tudung wat jahat dan tak pakai tudung wat jahat, ha? kedua-dua dapat dosa tapi sekurang-kurangnye dosa tang aurat dia dah kurang, hurm...jangan Judge semua orang tu sama camtu, cuma ingat je kita semua dilahirkan tidak sempurna dan ade kelemahan, mungkin ape yang dia buat tu dia dibawah paras sedar. Jadi seringlah kita saling ingat mengingati, jika dingatkan dia tetap gitu maka lepaslah sudah kita dari bersyubahat. untuk berubah semua terletak kepada diri sendiri, dalam Al-Quran ade menyebut "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya..."  Nah! semua berpulang kepada diri kita sendiri, selain bimbingan dan dorongan kita sebagai manusia tidak mampu mengubah lebih dari itu, bak kata pakar motivasi HM Tuah, Nak ke Tak nak? semua berpulang pada diri sendiri. 

Sekadar gambar hiasan.



 Penghijrahan ku..




"Islah Nafsak, wadu Ghoirok" 
bermaksud kita perbaiki diri sendiri dan seru orang lain juga kepada kebaikan..Sama-samalah kumpul amal dan pahala, tempah tiket ke Syurga, kerana matlamat kita disana kelak. Allah Akbar!!

Semoga yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu datang dr kelemahan diri aku sendiri..Wallahu'alam Wailallikok... 



     

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu