Buta mahupun dibutakan..
Cinta mahupun dicintai..
sayang mahupu disayangi...
semua berpulang kepada kita untuk
menerima atau tidak..
Allah memberi kita Akal dan hati untuk kita berfikir dan menilai.. Penangan cinta itu lebih hebat jika tidak di tuai dengan iman dan sabar juga taqwa. Cinta itu tidak buta, cuma kita yang membutakan cinta itu, Allah yang mengurniakan cinta itu, diberikan kita cinta untuk kita merasa bahagia dan merasa nikmat idup di dunia, menyuruh kita merasai manisnya cinta dan iman kepada-Nya...
merodak seluruh badai yang menghempas bila sufi hilang waras menilai cinta, menyahut seruan cinta sang gadis pengusung nisan-nisan cinta.. yang datang dari utusan-Nya utk menguji hati dan ketabahan sufi.. jika sufi hilang waras.. maka hilanglah kesufiannya.....
Semalaman aku tersandar sejenak memikirkan apa yang disampaikan seseorang kepadaku, dia merupakan Sahabat terdekat dihku, pendorong semangatku, seperti obor kepadakudan beliau merupakan seorang lelaki, biarlah ku gelarkan beliau sebagai M, beliau seorang yang kuat semangat dan mendalam juga pengetahuan agamanya, telah mempunyai isteri dan anak-anak yang comel-comel, namun satu hari hati lelakinya menangis hiba kerana tewas membelah badai cinta baru seorang gadis, terlalu banyak yang ku kutip darinya, yang tidak pernah aku sadar dalam hidup ini, rupa-rupanya cinta mampu mematahkan ego dan merapuhkan hati lelaki. Allah Akbar! Tuhan yang maha kuasa menjadikan perasaan CINTA itu satu yang luar biasa kepada hamba-hamba-Nya. Besarnya kejadian Allah itu menyebabkan khalifah pon bisa tersungkur..rebah menyembah bumi-Mu.. Hingga membuat aku tertanya-tanya mengapa, mestikah wujud perasaan cinta kedua setelah berada dalam alam rumahtangga, hurm..Allah Maha kuasa, Dia yang menjadikan perasaan itu, dan Dia juga bisa memberi kepada sesiapapun, kalau tidak, tidak akan wujud poligami dan percintaan Songsang gadis dengan gadis, dan lelaki dengan lelaki, huh! dashyat permainan Cinta, kadang-kadang orang kata cinta tu buta, tapi bagiku cinta itu tidak buta, cuma manusia yang membutakan cinta tu, perasan atau tidak, bila seseorang dilamun cinta yang melampaui cintanya kepada Tuhannya maka cinta tu jadi lalai dan buta kerana cinta yang disemai bukan kerana Allah semata-mata tapi mengikut nafsu semata hingga segala nasihat yang diberikan kepada rakan-rakan dan orang-orang terdekat tak bisa dipatahkan dengan cinta tadi, Nah! segalanya jadi emosi dan tidak Rasional, Cintakah itu namanya?? selalunya cinta seperti ini hadir tidak ukhuwah yang dijalin adalah secara tidak halal, cuba perhatikan, adakah percintaan Nabi Muhammad dan Saidatina Siti Kahdijah tidak Rasional dan emosi mengatasi hati? hingga membuat Nabi Muhammad tak lena tidur dan tidak lalu makan, hingga sanggup meninggalkan perjuangan dijalan Allah kerana Siti Khadijah?? pernahkah? Ambillah contoh-contoh terbaik untuk kita semai dalam diri dan cinta kita sebagai panduan dan jalan hidup kita. Ha...Pernahkah kita melihat pasangan suami isteri yang tidak lena makan dan tidur kerana bercinta dalam rumahtangga..? Jelas hubungan mereka halal dan rasional, jadi mereka boleh berfikir secara rasional. tapi lihatlah cinta muda-mudi kini? adakah mengikut landasanNya dan Syarak yang ditetapkan?? Wallahua'lam... Hurmm..berbalik kepada cerita tadi, aku jadi bimbang, melihat kesasauannya, aku sedar cinta yang hadir kepadannya itu adalah yang datang sekadar menguji keteguhan hatinya, dari ceritanya yang mengatakan cinta gadis yang baru dikenali itu adalah jujur dan ikhlas, namun aku tidak merasakan begitu, kerana dari cerita-cerita yang dibawakan kepadaku itu aku merasakan ada sesuatu yang membuat akhirnya gadis itu akhirnya mahu menjarakkan diri M, secara tiba-tiba setelah M jarang menghubunginya dan jarang bertemunya, andai benar-benar gadis itu jujur maka dia tidakkan membuat keputusan begitu, jika benar jodoh Allah ingin menetapkan mereka bersama gadis tadi tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan begitu.Hurm..namun kerana cinta saat itu dibutakan dengan kelemahan ditutupi dengan kebaikan semata-mata.. Akhirnya M, membuat keputusan untuk sujud meminta petunjuk Allah, Alhamdulillah telah aku katakan tadi M seorang yang teguh juga imannya, kuat dan dalam jua pengetahuan agamanya, beliau jua mempunyai niat yang baik jujur, Akhirnya dia beristikarah dan sujud memohon dipersimpangan itu, Akhirnya beliau berkelana pulang kerumah dengan hati yang hiba dan disusuri Air mata, Allah Akbar! dugaan Ujian Allah ingin menguji sang hatinya, Aku cuma mampu berdoa semoga Allah menguatkan semangatnya dan semoga Allah menunjukkan jalan kepadanya. Akhirnya keesokan hari beliau menghubungi aku dengan riak aura suara yang sungguh gembira dan tenang, tampak lebih positif dan rasional tidak seperti kelmarin dan semalam.. Alhamdulillah sekali lagi, beliau menceritakan kepadaku dengan positif dan lebih kedepan, Rupanya gadis yang disangka permata cuma kaca hiasan..Wallahua'alam. Aku turut tersenyum dan bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk yang baik kepadanya, beliau akhirnya pulang kepangkuan keluarga bersama kerinduan anak-anak dan isteri tercinta, Alhamdulillah begitulah besarnya ujian kepadanya, walaupun kadang kita terpandang mudah, tapi bila terkena pada batang hidung sendiri baru kita sedar seperti apa Ujian Allah itu, cuma orang-orang yang sabar dan redho bisa menepis godaan dan bersabar dengan ujiannya.. Benarlah Allah itu Maha Adil dan Maha Mengasihani.. bila kita sentiasa memohon petunjukNya.
Hurm...Cinta itu bisa datang bila-bila masa tanpa dipinta dan dirayu, namun ia jua bisa pergi bila-bila masa dan tanpa dipinta jua, Allah yang menjadikan..maka Dia bisa memberi dan mengambilnya.. jadi segala apa yang berlaku kepada kita ingatlah, kembali kepada fitrah dan kejadian, segala apa yang berlaku itu adalah dari Allah, jangan sekali-kali kita sesali dan meratapinya, Nah! tapi bersyukurlah kerana kita diberi ujian, sekurang-kurangnya kita sedar apa kekurangan kita, orang kata : "Tak tersepak tak terasa sakitnya, bila dah tersepak baru kita sedar besar mana batu itu dan sakitnya seperti apa, baru kita berhati-hati.." Alhamdulillah lah kepada mereka yang didatangkan ujian dari-Nya, lihatlah ujian Allah itu dengan lebih positif dan kedepan, segala yang berlaku itu PASTI ada HIKMANYA...! kalau tidak, tidak Dia ia menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Dia Maha mengetahui sesuatu itu. Mohonlah sentiasa petunjuk darinya.
Harapanku, semoga M akan terus mensyukuri nikmat hidup yang telah dikurniakan kepada-Nya dan terus dirahmati kehidupannya bersama anak-anak yang soleh dan solehah dan bersama isteri yang setia dan sollehah. Amin..ya Rabb..
Allah Akbar! terlalu banyak yang ingin kucatatkan disini, namun aku tidak punya banyak masa akhir-akhir ini, kerana mengejar rezki dunia, hingga kadang membuat aku terleka dan idak punya masa membuat amal dan pengajaran sebagai pengalaman hidup untuk tatapan hari-hari depanku, semoga Allah membuka rezki yang lebih baik kepadaku, yang membolehkan aku punya banyak masa untuk mencatat dan menunaikan ibadah-Mu, Ya Allah limpahkan lah rezeki kepadaku dan keluargaku, supaya kami tidak meminta-minta akan hak dan harta orang lain, permudahkanlah urusan kami agar kami berkesempatan menunaikan ibadah-MU dan bukakanlah hati-hati kami, suluhkanlah Nur ke dalam hati kami, agar kami tidak Alhpa kepada-Mu, jadikanlah kami antara orang-orang yang mensyukuri hidup kurniaan-Mu, peliharalah aku dari kemaksiatan hidup dan kelekaan dunia, peliharalah adik-adikku dari kemaksiatan dan kelekaan dunia dan peliharalah kedua orang tuaku dari kelalaian dunia, Peliharalah mereka dan bahagiakanlah mereka Dunia Akhirat. Peliharalah seluruh Ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku dari kelekaan dan maksiatan dunia, jauhilah kami semua dari seksaan Api neraka-Mu.. Amin..Ya Rabb
Adik-adikku dan sahabat-sahabatku serta diri ku sendiri,
Bercintalah dengan mengikut Syarak dan landasan-Nya, selagi Allah membenarkan dan janganlah melebihkan cinta kalian melebihi cinta kepada-Nya, peliharalah maruah agama dan diri kalian, kerana kalian adalah permata kepada ibu bapa dan sahabat-sahabat kalian...
* "Peringatan ini adalah untuk kesedaran kepada diri sendiri khususnya. Semoga Allah memelihara diriku selalu. Amin.."