"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Friday, January 15, 2010

Mengait mimpi..

      
          Sebelum menutup mata kemarin, aku di kejut satu berita yang sepertinya tidak percaya, entah kenapa membuat aku berdebar hingga saat ini, wah! perkahwinan abang angkat aku. tu la yang membuat aku terkejut, secara tetiba dan tanpa pertuangan yang jelas, memikirkan itu aku tak habis pikir. Seperti apa aku tidak mengerti, kerana semua tidak dirancang dan tidak diduga, sayangnya... bagiku perkahwinan perlu dirancang terlebih dahulu, persediaan dari segi mental dan fizikal amat penting bagiku, semuanya terlalu penting untuk sebuah ukhwah yang terlalu besar bagiku iaitu "PERKAHWINAN" huh! namun semua berpulang pada pendirian masing-masing, hakikatnya kita semua tak sama..

       Dia buatkan aku teringat kisah silam ku, mengharap dan mengharap namun akhirnya dia pergi tanpa pesan..Akhirnya juga aku tidak pernah berharap lagi, hidup ini bukan rencana kita, tapi tidak semestinya kita tidak perlu merancang, Berharaplah kepada Allah kerana Dia yang menentukan segalanya. 

Semalam..
kau datang memberitahu aku sesuatu yang tak pasti
kau datang menyulam rasa bahagia dihati ini
kau datang menghulur tangan kepadaku
kau datang sendiri mengetuk pintu kalbuku
kemarin..
kau datang lagi..
menyulam pahit ditalianku..
berpaling dariku
kau datang merentap seluruh tangkai hatiku..
hari ini..
aku sendiri
menukir kenangan dalam sendu
melakar patah-patah kata
dari aksara yang kupilih sendiri
aku pilin cinta sendiri dihati
mengait mimpi-mimpi sendiri
aku singkap sendiri wajah semalam yang pergi
dan hari ini yang tak mungkin akan kembali lagi..
segalanya tak akan berulang dan tak akan berubah.
terlantar atau berdiri ku pilih sendiri untuk diri sendiri....

"Tuhan tak pernah mensia-siakan hambanya...."

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu