"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Saturday, January 30, 2010

Khalifah utusan-Nya.

Innalillahiwainnailaihirajiun...
buat seorang bonda kesayangan khalifah-Nya.

Sabar..sabar..sabar...sabar banyak-banyak, itu saja yang mampu aku ucapkan setelah aku sendiri mengalirkan air mata syahdu, pilu berbaur sedih teramat. mengenangkan orang yang paling akrab dan paling kita cintai dalam hidup ini pergi, aku terlalu sukar dan pedih untuk menghadapinya, namun aku kagum dengan semangat dan jiwa yang kental seorang sahabat istimewa ku ini, beliau biarlah aku gelarkan khalifah sahaja. Aku tergamam macam tak percaya bila dia menyatakan bonda tercintanya pergi mengadap Ilahi tadi, dan aku baru sahaja mendapat berita tu sebentar tadi... Pada mulanya aku ingat dia merajuk or marahkan aku,kerana tak membalas mesej, seperti selalu dia sering membalas mesej ku, hurm..namun ade sesuatu membuat hati aku ingin menelefon dan bertanya, niatku ingin meminta maaf namun lain pula berita yang aku terima, malah lebih meng-Harukan... bila dia kata "Nak bagitau ni..Mak meninggal".Aku terpana ingat dia main-main, namun suaranya sebak, then kemudian dia suh mesej. Aku bertnya kembali dalam mesej ingin kepastian, Subhanallah.. Allahu Akbar! berita ini benar-benar merentap tangkai hati aku, jelasnya aku tidak sekuat dia untuk menahan air mata dari mengalir, walaupun bukan bonda sendiri, namun aku tidak boleh menahan sebak, sepertinya aku yang berada ditempatnya, sungguh Allah memberikan ujian kepada mereka-mereka kuat dan tabah, sungguh aku kagum kepadanya yang sabar dan tabah menghadapi ujian, bagiku kehilangan orang yang kita cinta iaitu bonda dan ayah adalah sesuatu yang terlalu berat dan sukar, Syukur Alhamdulillah aku masih punya mereka berdua yang sentiasa menjadi nadi dalam diri ku, walaupun aku membenci kehadiran mereka adakalanya, namun kebencian itu bukan satu kebencian tapi kasih sayang yang terlampau dalam tiada tandingannya.  

Untuk sahabatku tersayang,
Bersabarlah diatas Ujian yang Allah berikan kepadamu, jadikanlah ujian ini satu semangat buat dirimu untuk terus berjaya dan mensyukuri nikmat Tuhan mu. Aku sentiasa mendoakan roh bonda mu baik-baik disana, semoga juga berada dikalangan orang-orang yang beriman kepada-Nya. Semoga juga kau tenang dan sabar disana, juga semoga kau selamat tiba di kampungmu. Allah menganugerahkan seorang khalifah dibumi ini untuk terus menyuntik semangat Muhammad S.A.W Kekasih Allah, walau berbagai rintangan dan ujian yang Allah berikan, namun dia tidak pernah sekali mengeluh dan berdurja namun dia terus..terus dan terus mensyukuri Nikmat yang Allah berikan kepadanya.. Khalifahku, ambillah sunnah nya buat perjuangan mu, ambillah tauladannya buat perjalanan hidupmu, aku percaya kau mampu. InsyaAllah! Allah sentiasa bersama kita walau dalam ape juga keadaan kita, jadi ingatilah Dia selalu agar kita tidak leka.



Al-Fatihah... 
Buat bonda kesayanganmu, sahabatku. 

Bonda,
Rautmu penuh makna
doamu satu mimpi yang panjang
kasihmu satu titian yang tiada batas
cintamu satu pentomen yang tidak pernah habis
leteranmu adalah kasih sayang
pukulanmu adalah cinta
bonda,
setiap pagi kucelik mata melihat wajahmu
bagai muak nan mual
kerana semua tidak penting bagiku
namun kau sabar menghidang juadah untukku
menahan sakit dihati dengan sikap aku dan adik-adik
yang keterlaluan ini
kau tidak pernah mengeluh
mendidik dan menjaga kebajikan satu kewajipan untukmu
kini...
kau tiada
aku kehilangan
kehilangan yang hanya merentap seluruh jiwa
terasa sunyi sepi dunia
setiap pagi kini tiada lagi wajah muak mual itu menghidang juadah
tiada lagi leteran yang mendurja itu
tiada lagi sinar bening mata yang mengusap wajah
saat sedihku, kalahku, hampaku, kecewaku..
tiada lagi kata-kata semangat yang ingin ku dengar...
Sungguh kau terlalu bermakna
untuk seorang insan bernama
ANAK!
Bonda..
Semoga aku masih sempat memohon ampun darimu.

Pemergiannya satu semangat yang terbakar untuk anak-anak tercinta, aku yakin dan percaya dia tidak mahu melihat kesedihan dimata anak-anaknya dengan pemergian ini, namun dia mahu melihat semangat dan perjuangan anak-anaknya terus berjalan seteguhnya perjuangan Sang Khalifah Agung..Muhammad S.A.W. Maka kalian perlu kuat, sabar dan tabah menghadapinya. La Tahzan!! 

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu