"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Wednesday, November 11, 2009

Raungan sepi...

Salam terlunyai....


Untuk diri terhina dan ternaif..

Hingga saat ini aku sedar, aku bukan yang baik dan sempurna untukmu..


Tuhan kenapa saat ini aku terlalu lemah dengan ujian-Mu yang tak mampu aku pendam dalam hati ini bahawa aku terlalu kerdil dan hina di sisi-Mu dan semua orang.. aku tidak sempurna aku hina..!

sungguh kesilapan datang pada diri sendiri yang tanpa sedar dan kesilapan itu mencetus keraguaan padanya hari ini, aku sedar kesilapan itu dan aku telah pun kembali... salahkah aku untuk tidak mengingat kembali semua yang berlaku dan menanam kemas dalam kamar terakhir dihatiku dan tidak akan aku buka lagi hingga bila-bila sampai masa aku dihitung depan-Mu nanti. Akulah gadis yang penuh dosa dan hina.. Aku mohon ya Rabb supaya aku di ampunkan dan aku jua pohon agar aku punya masa mencuci dosa-dosa silamku ini, dosa yang bukan sedikit dan memberi kesan yang terlampau dalam untuk diri ini. Tuhan ampunkan aku, bantulah aku menjadi muslimah yang baik dan sollehah disisi-Mu, aku tidak akan sesekali menoleh kebelakang melihat dan merenung diri yang hina ini...



Kepada dia yang selalu dihati..



Aku mohon maaf dan ampun sekiranya aku ini tidak sempurna hadir dalam hatimu, dan sekiranya semua ini memberi keraguan dan ketidakpuasan kau padaku aku mohon lepaskan aku dan biarkan aku sendiri, aku tawakkal dan redho sekiranya kau bukan jodohku.. Hanya Allah mengetahui seluruh diri dan hati ini, hanya kepada-Nya juga aku lebih rela tersungkur dan hina, kerana aku manusia yang bukan datang dengan kesempurnaan... Aku lebih rela mengharap keampunan dari-Mu ,daripada mengharapkan manusia yang tak pernah puas dan sentiasa menjadikan aku dilema dan bersedih dan sentiasa mengecewakan aku.... sungguh keikhlasan itu datang dari jiwa dan hati bukan dari kisah silam yang pernah dilaluinya... Aku cuma mahu menjadi yang HALAL untukmu.. jika kau tidak bersedia maka jangan kau mempermainkan hati yang telah durja dan nestapa ini. Benarkan aku pergi dengan baik..lepaskan aku!


Ampunkan aku ya Allah!!

"Abid sepi ini meraung dalam sunyi membongkar  zarah-zarah dosa yang menyelam dalam diri membuang cinta dan kasih kepada manusia dan mengharap cinta dari-Mu.. terimalah aku ya Rabballalamin....!!"

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu