"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Thursday, January 5, 2012

Derap telapakku..

Menerjah sejenak kisah-kisah yang berlabuh dalam hari kehidupan
menyingkap sejenak tabir yang menabiri busung2 deritaku dulu
Derap telapakku, berbilang senja-senja ini..
menjual bibit-bibit rindu yang terhenti..
kini semua kembali seperti sediakala..
Alangkah ujian itu menduga berjuta kisah hatiku..
menduga kejernihan hatiku..
menduga agar aku merintih..
merindui kemanjaan bersama Penciptaku..
Alangkah Allah itu merindui rintihku saat ini.. tika aku bersedih
berduka dan sengsara.. sungguhlah setiap ketika ujian yang datang melanda hati itu
membuat aku tidak pernah terhenti melupai Rabb ku.. Aku redho andai ujian itu datang lagi..
membuat aku selalu dirinduiMu ya Rahim..
kini aku sedar, sesekali diuji bermakna Allah terlalu merindui rintihku kepadaNya..
sedang aku sedar tika bahagia itu datang bergolek2 tanpa aku sedari..
aku makin jauh denganNya.. Aku selalu alpa..
Ya Allah ingatkanlah aku sesungguhnya aku ini hambaMu yang sering lalai..
jadikan aku hamba yang tidak pernah lupa kepadaMu..
meski jiwaku berdansa tapi hatiku sering diulit rindu kepadaMu..

Rezki, Bahagia, Jodoh, Restu, Kasih Sayang n Cinta... Adalah anugerahNya.. yang tercipta utk setiap hambaNya sepertiku.. semoga aku tidak lupa sesungguhnya semua yang kumiliki kini bukan hak ku.. tapi hak Mu. aku cuma diberi pinjaman tuk kebahagiaan dan kesenangan hidup didunia ini sahaja..

Monday, December 12, 2011

Positiflah wahai mak n ayah...

Ermm...
Hari yang suram, sesuram hatiku,
jauh disuatu sudut hatiku,
Mak, ayah... kenapa ye?
kadang-kadang sukar tuk merasai nikmat hidup ini tanpa restu mereka,
dan sukar tuk merasai bahagia tanpa semangat dari mereka,
seharusnya mereka mendengar suara hatiku,
mendengar keluhanku, yang kadang-kadang semakin sempit membuak..
susah tuk aku berkongsi mereka, adakala mereka seperti tidak mahu memahami dan mendengar
tidak mahu mengambil yang baik dari anak2..
terlalu besarkah dosa itu seandainya aku mahu menjaga hati setiap pihak yang bersamaku?
Bila mak letak telefon seperti itu aku terasa kecik hati, terasa sedih sgt seperti sebelum ini
aku tidak pernah mendengar kata mereka, seingat aku...
cuma kali ini aku seperti ini tapi bagai satu dosa besar yang aku lakukan..
aku tak faham..knp sukar sangat tuk mereka menerima orang luar sebagai keluarga sendiri..?
setiap percakapan mak n ayah tu satu doa buatku,
tp hatiku sangat terkilan bila mak ckp cam tu padaku...
kadang-kadang terasa tidak adil untukku..
setiap saat aku membela mereka,
tapi bila urusan ku mereka seperti tidak merestui.
setiap keputusanku pasti tidak kena pada mereka..
cubalah sesekali mereka berfikiran positif dan terbuka...
aku bukan gadis 10 or 12 tahun lagi .. berilah peluang tuk aku merasai dan membuat keputusan hidup ini.
tunggu beberapa detik lagi aku bakal dinikahi.. berilah aku peluang tuk merencana hidup ini
sebelum apa-apa berlaku..
aku mengambil iktibar dari mereka jua, tapi nampaknya mereka tidak sedar...
ya Allah,
Engkau lembutkan hati mak n ayah ku,
Engkau bukakan hatinya supaya mendoakan yang terbaik buatku,
sebak rasanya hati ini bila mengenangkan..
hati aku terlonta-lonta merindu mereka tapi bila aku buat panggilan
diherdik dengan pelbagai andaian buruk..
aku ini anak mereka, kenapa mahu mendoa yang tidak2 tuk aku??
kemudian telefon dimatikan begitu..apa salah ku??
hingga begitu sikap mereka terhadapku..
sedang aku tidak pernah meminta lebih dari apa yang ada melainkan doa untukku..
maafkan aku mak, ayah...
hidup ini terasa sukar sekali tuk ditempuh tanpa restu darimu..
maafkan aku...
cubalah memahami diriku dan cubalah berfikiran positif
kerana aku ini anakmu...
maafkan aku.

selembar kisahku...

Alhamdulillah,
cuma itu yang termampu aku ucap saat ini,
bermula dari episod pertama pertemuan hingga saat menunggu untuk diijabkabulkan aku tidak terhenti merasa bahagia dengan seluruh hidup yang dlu kosong tidak bermakna..tapi kini penuh bererti,
sungguhlah berkata dulu dihatiku, derita yang deritai itu cuma sementara dan Allah tidak pernah mahu menganiaya hamba-hambanya sendiri, kembali aku ke jalan fitrahnya..
Allah terlalu sayangkan aku, begitulah yang aku akui hingga kini, segala hikmah sedikit demi sedikit terlongkah akhirnya.. biarlah bahagia ini hingga ke syurga hendakNya.. Amin.

Peti yang pernah aku simpan segala kenangan itu aku tutup rapat-rapat dan buangkan jauh-jauh dari sudut pandangku yang binar, biar tidak aku singkap kembali kisah tabir silamku yang terlalu derita dan pahit itu.. kini aku mampu tersenyum dengan rasional membuat segala penuh positif...Alhamdulillah ya Rabb..

meski ujian itu datang berganda-ganda, tertimpa-timpa ke atas pelusuh tubuh ini, tapi Allah maha tahu untuk menguji hamba-hambaNya..

Setiap kejadian yang dijadikan Allah itu pasti bersebab dan berhikmah, cuma kita perlu merenungkan sejenak sampai kita akhirnya menemui fitrahNya... menemui asbab kepada setiap sesuatu itu..

* kisah demamku yang selembar, terasa menyusahkan semua orang, terutama ibu, kesian ibu.. pening dan penat melayan kerenah ku yang jarang diuji, Alhamdulillah berkat tangan ibu yang mengurutku akhirnya aku hampir 70% sembuh. dari tergolek tidak terbangun demam.. aku merasai sejauh mana ikhlasnya tangan ibu membelai kulit-kulitku, hingga seluruh kasih sayang itu tersemat rapi dihatiku, terima kasih ibu...

* Semoga aku cepat sembuh dan cepat baik...Amin.

Sunday, September 18, 2011

Syukran ya Rabb..

Alhamdulillah ya Allah..
Sebenarnya Engkau telah membuka seluruh mata-mata hatiku,
sesungguhnya Engkau Maha Adil dan maha Mengasihani kepadaku..
Aku bersyukur kepadaMu ya Ilahi..
apa yang Engkau telah anugerahkan kepadaku,
menjadi hikmah terbesar buatku,
Meski aku tidak pernah menjangka tapi Engkau telah merencananya terlebih dulu..
Sesungguhnya Engkau berhak keatasku ya Allah..

Bila mengenang kembali apa yang terjadi kepada aku kini,
Sungguh benarlah jodoh itu hak milik mutlak Penciptaku..
Jika dia telah ditulis kepadaku maka akan aku menjadi miliknya..
jika sebaliknya maka semua ini tidak akan terjadi..
Allah Akbar..Alhamdulillah..!
hatiku, diriku benar-benar bersyukur kepadaMu,
Semoga Engkau membimbing kami ke jalan yang Benar ya Rabb..
Amen.

Saturday, September 17, 2011

Monday, September 12, 2011





Pinggan tak retak,

Nasi tak dingin.....

Friday, September 9, 2011

Sesekali merasai dicintai..
menerima atau pun tidak, semua terpulang..
kita berhak memilih dan menentukan hidup kita,
mengapa memilih terburu-buru?
hingga masa mengejar usia,
mengapit diri tersepit dalam dilema..
Akhirnya buntu tidak menemukan jalan..
sesungguhnya hidup ini adalah iktibar yang lebih hebat
mendengar, belajar dan membaca..

Sesekali merasai dikecewakan..
sakitnya..aduh! tenatnya hatiku..parahnya jiwa.
terlantar terkedu hingga menusuk seluruh sukma..
tapi itukan jalan pilihan sendiri..
yang sanggup menghadapi semua risiko kebarangkalian..
yang menatar seluruh alam bahawa kebahagiaan itu selamanya..
sesungguhnya kebahagiaan itu tidak selamanya
dan penderitaan itu jua tidak selamanya..

Sesekali Allah datangkan ujian dan dugaan kepada setiap hamba-hambaNya,
yang bertuah..kerana mahu melihat samada hambaNya masih bersyukur ataupun tidak?
meski sesukar mana pun ujian itu ia tetap dariNya dan Dia lebih tahu apa yang diberikan kepada
setiap hamba-hambaNya yang tidak mengetahui apa-apa....
Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang untuk diuji olehNya..
setiap ujian itu memberi kekuatan buat kita, utk kita belajar
hidup ini tidak selamanya begitu...
Allah maha mengetahui sedang kita yang tidak tahu menahu..
mohonlah keberkatan dan ketenangan dalam kehidupan ini..

Sesungguhnya apa yang terjadi dalam hidupku..
adalah ujian keatasku, dan iktibar buat orang sekelilingku,
waima ini aku seringkali mencatat semua ibrah2 ini kedalam blogku,
semoga tidak lagi orang lain mengulangi kesilapan yang sama sepertiku..
dan ulangilah apa yang telah berjaya aku lakukan...

semoga catatanku menjadi sahamku disaat aku telah tiada lagi..
Amin.

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu