Meruntun sendu hatiku, melakar saat-saat itu pergi bersama kenangan yang terlalu besar dalam hidupku, saat ini aku telah menjauhkan seluruh hatiku untuknya, sungguh sukar rasanya... semoga Allah mendengar rintihan hati ini, semoga segala dosa dan kesilapanku diampunkan oleh-Nya.
Layak atau tidak segalanya Dia yang lebih tahu, Aku kini bercuti selama 2 hari dirumah anak-anak kesayanganku, Along, Angah dan Nina, kalian menenteramkan seluruh jiwaku, kalian lebih mendamaikan hatiku, sungguh demi Allah hatiku gembira bersama mereka disini, kalau diberi peluang aku mahu menjaga mereka huhuu... namun aku tak daya, aku perlu kerja untuk diri sendiri dan keluargaku. Tuhanku aku tenang melihat mereka sujud menyembah-Mu, Walaupun masih kecil dan mentah mereka kenal-Mu ya Allah, mereka takut dan kasihkan-Mu ya Rabb. Hatiku benar-benar tersentuh, Andai satu hari nanti aku dikurniakan anak-anak sendiri aku mahu anak-anak seperti mereka yang sujud dan takutkan-Mu ya Allah, Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh dan sollehah yang sentiasa dalam lembayung arasy-Mu ya Illahi...Amin..
Pergi dan melangkah jauh dari sudut hatiku, aku meruntun seribu syahdu dalam hati membiar dia pergi dariku, mencari jawapan yang lebih layak untuk menentukan diri sendiri dan masa depannya sendiri, aku memberi dia masa dan waktu untuk memikirkan sendiri, aku redho segala keputusan yang dia buat, aku cuma berserah kepada-Mu ya Rabb.. Bukan aku tidak mahu berusaha, tapi jika cinta yang hadir itu bukan kerana diri sendiri aku tidak mahu memaksa hatinya, biar dia yang menentukan dirinya sendiri... sampai masa dan waktunya jika dia ditakdirkan untukku aku ikhlas dan redho menerima segala kelebihan dan kekurangan dirinya, sesungguhnya aku bukan datang dengan kesempurnaan, maka aku tidak mengharap yang terlalu sempurna cukuplah sekadar manusia yang beriman kepada-Mu.
Oklah aku nak mandi da.. heheee..
Aku menulis pon time depa-depa sumer dah ke sekolah, huhuuu sunyi hatiku, sedih pon ade jap lagi aku da nak berangkat balik ke penang. selamat tinggal anak-anak kesayanganku. Muah3x I Love U All!
"Semoga Allah membuka pintu hatiku memberikan aku hidayah untuk terus melakukan kebaikan di Dunia bagi kebahagiaan di Akhirat sana. Aminnn.."
No comments:
Post a Comment