"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Saturday, April 24, 2010

Mendakap kasih sang Mawar...

Tuesday, April 20, 2010 at 4:51am


Mawar..


Jika Kau Ditakdirkan Untuk Sang Khalifah..


Aku Tegar Memohon Pada-Nya..


Pasakkan Redhomu Dalam Jiwanya..


Hamburkan Kekuatan Dalam Hatinya..


Agar Khalifahmu Tegar Menjadi Penawarnya..






Hati Sang Khalifah Tercipta Buat Mawar...


Jiwa Sang Khalifah Tegar Menahan Panahan..


Tetapi Hatinya Tidak Bisa Dihiris Duri Sang Mawar..


Begitu Hebat Ciptaan-Nya..


Sang Khalifah Untuk Mawar..






Sesungguhnya Sang Khalifah Tak Mampu Menjadi Pengembara..


Membawa Cinta Sang Mawar Bersamanya..


Menyemai Rasa Dalam Hidupnya..


Untuk Menjadi Lagenda Dalam Kelopak Mawar..


Mendakap Titisan Halus Kasih Sang Mawar..






Cinta Sang Mawar Pada Khalifahnya Terlalu Tinggi..


Hingga Sang Khalifah Tidak Mampu Menggapainya..


Biarkan Khalifahmu Memeluk Bayang Yang Tidak Mungkin Didakapnya..


Relakan Khalifahnya Mengembara Mencari Noktah Cinta..


Perjalanan Yang Tiada Penghujung..


Mungkin Tiada Bernoktah Dalam Pencariannya..






Sang Khalifah...


Serahkan Semangatmu Pada-Nya...


Agar Dapat Kau Tempuh Ujian-Nya..


Agar Kau Rela Menjadi Pencinta Yang Setia..


Menjadi Pendeta Dalam Semangat Sang Mawar..


Menjadi Sufi Yang Memuja Mawarnya..


Mendakap Semula Kasih Tercipta Untuk Sang Mawar...






Seribu Kali Sang Khalifah Mengharungi Ujian-Nya..


Dan Seribu Kali Itulah Sang Khalifah Kecundang Akhirnya..


Kecundang Dalam Pertarungan Hati Sang Mawar..


Kerana Mawar Yang Dicari Sudah Gugur Kuntumnya..


Hanya Tinggal Duri Yang Menghiris Kalbunya..






Sang Khalifah Bagai Ditanya..


Mengapa Mawar Yang Berduri Ada Padanya..


Kenapa Tiada Mawar Yang Mekar Kuntumnya..


Untuk Hiasan Hidup Sang Khalifah..


Menjadi Peneman Setia Sang Khalifah..


Untuk Seumur Hidupnya..


Hingga Akhir Hayatnya...






-J.D-

Mawar untuk sang Khalifah

Khalifahku...
Andai mawar ini layu jatuh ke bumi,
kelopaknya terpokah berterbangan ditiup semilir,
dedaunnya gugur menguning,
rantingnya remuk di pijak dan
duri-durinya sudah hilang bisanya...
masihkah engkau menyayanginya??
masihkah engkau mahu membawa cinta luhur mawar ini?
masihkah engkau mahu mengutip kembali mawar kedakapanmu
membawa mawar menuju jalan keredhoan-Nya??

Khalifahku...
Mawar bertuah kerana disampingmu,
menjadi peneman kepada seorang pejuang yang berjalan dilandasan-Nya
yang membawa obor cahaya sufi ke dalam hatiku, menyuluh terus kedasar sanubari..
semoga Sang khalifah terus disirami keberkatan...

Doa mawar sentiasa mengiringi khalifah....
walau dalam ape jua keadaan khalifah
dimanapun khalifahku berpijak..
Semoga Allah merahmati-Mu selalu
Khalifahku....

-Tintawarna.-

Friday, April 16, 2010

semoga baik-baik belaka...

Sungguh diam itu lebih baik dari berkata-kata jika kata-kata itu boleh menyakiti hati orang lain.

hurmm....hidup ini satu terjemahan dari wayang Akhirat, yang kita lakonkan dengan karakter dan skrip tersendiri dan akan di mainkan bila ketika masanya di hadapan hakim yang Agung Allah S.W.T. kelak...

Jadi pupuk la diri menjadi yang terbaik di Dunia mahupun di Akhirat.

Kembalilah diri mengadap Tuhan yang Esa, ketahuilah betapa kuasa-Nya.. Sedikitpun tidak kita jangka dan melangkaui segala batas pemikiran akal kita...

Laksamana Sunan, semoga ada lagi insan sepertimu hari ini, yang sabar, tawakkal dan istiqamah mengadap-Nya..


"Semoga hari ini akan baik-baik belaka..."

Friday, April 9, 2010

menungkah hari-hari..

Hari-hari berlalu seperti biasa,menungkah mimpi-mimpi menjadi ngeri
membawa dasyhat yang menyayat kalbu
membawa cerita-cerita kemarin menjadi dungu
apakah akan tetap terjawab??

jika bibir bisu bicara sepi
jika mata memandang kosong
rencah hidup ini terlalu banyak

Rugi dan sia-sialah antara mereka yang merasa kekosongan dlm hidupnya
kerana hidup itu terlalu indah dan banyak rempahnya..

"Jangan bersedih wahai hati, jangan berdurja..
kerana Allah sentiasa bersama kita. Tepuk dada tanyalah imanmu.
Pastikan kau tidak memberi seluruh hidup dan hati kamu kepada orang yang bukan hak-Mu 
dan pastikan bukan seluruh hidupmu untuk dia, Kerana hidup kita hanya untuk Allah pencipta Agung"
Semoga Semangat kekasih2-Mu sentiasa memelukku erat-erat..Amin...

La Tahzan!!

Monday, April 5, 2010

Merungkai sendiri...

    Subhanallah!!
       Meruntun sendu hatiku, melakar saat-saat itu pergi bersama kenangan yang terlalu besar dalam hidupku, saat ini aku telah menjauhkan seluruh hatiku untuknya, sungguh sukar rasanya... semoga Allah mendengar rintihan hati ini, semoga segala dosa dan kesilapanku diampunkan oleh-Nya. 

     Layak atau tidak segalanya Dia yang lebih tahu, Aku kini bercuti selama 2 hari dirumah anak-anak kesayanganku, Along, Angah dan Nina, kalian menenteramkan seluruh jiwaku, kalian lebih mendamaikan hatiku, sungguh demi Allah hatiku gembira bersama mereka disini, kalau diberi peluang aku mahu menjaga mereka huhuu... namun aku tak daya, aku perlu kerja untuk diri sendiri dan keluargaku. Tuhanku aku tenang melihat mereka sujud menyembah-Mu, Walaupun masih kecil dan mentah mereka kenal-Mu ya Allah, mereka takut dan kasihkan-Mu ya Rabb. Hatiku benar-benar tersentuh, Andai satu hari nanti aku dikurniakan anak-anak sendiri aku mahu anak-anak seperti mereka yang sujud dan takutkan-Mu ya Allah, Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh dan sollehah yang sentiasa dalam lembayung arasy-Mu ya Illahi...Amin..

      Pergi dan melangkah jauh dari sudut hatiku, aku meruntun seribu syahdu dalam hati membiar dia pergi dariku, mencari jawapan yang lebih layak untuk menentukan diri sendiri dan masa depannya sendiri, aku memberi dia masa dan waktu untuk memikirkan sendiri, aku redho segala keputusan yang dia buat, aku cuma berserah kepada-Mu ya Rabb.. Bukan aku tidak mahu berusaha, tapi jika cinta yang hadir itu bukan kerana diri sendiri aku tidak mahu memaksa hatinya, biar dia yang menentukan dirinya sendiri... sampai masa dan waktunya jika dia ditakdirkan untukku aku ikhlas dan redho menerima segala kelebihan dan kekurangan dirinya, sesungguhnya aku bukan datang dengan kesempurnaan, maka aku tidak mengharap yang terlalu sempurna cukuplah sekadar manusia yang beriman kepada-Mu. 

Oklah aku nak mandi da.. heheee..
Aku menulis pon time depa-depa sumer dah ke sekolah, huhuuu sunyi hatiku, sedih pon ade jap lagi aku da nak berangkat balik ke penang. selamat tinggal anak-anak kesayanganku. Muah3x I Love U All!

"Semoga Allah membuka pintu hatiku memberikan aku hidayah untuk terus melakukan kebaikan di Dunia bagi kebahagiaan di Akhirat sana. Aminnn.."

Sunday, April 4, 2010

Menjalani mimpi-mimpi sendiri..

Semalam ku menoleh sejenak..
melihat silam wajah sejarahku pergi,
suram membondong dikalbuku
membongkok mencapai kain masa depan
harapanku semoga akan lebih baik,

kerana hidup ku bukan  masa silamku
masa depanku adalah hidupku,

kakiku akan berganjak ke depan
bukan melangkah pesong kebelakang..

biarlah segala dura itu berlalu indah dengan mimpi-mimpi semalam


hari ini aku berjalan sendiri
mengait mimpi-mimpi sendiri
mengharap kembali bahagia
sepertinya zaman kanak-kanakku...

semoga Allah mendengar doa ku ini..
Aminn...

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu