"Rabbij 'alnii muqiimaSSalaati wa min dzurriyyatii, Rabbana wataqabbal du'aa'."

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Friday, March 19, 2010

Reality or Fantasy..??

         Cinta itu satu Fantasy sebelum ia diijabkabulkan, namun selepas diijabkabul cinta itu jadi pasti dan reality, semua yang terjadi pada sesebuah yang bernama "Perkhawinan" adalah pasti dan reality, jadi bagi seorang aku yang bernama "perempuan" perkhawinan bukan satu yang boleh dan hanya boleh dipandang sebelah mata, namun perkhawinan satu destinasy menuju jalan akhir seseorang itu membawa dirinya dan menyerahkan dirinya, bak kata Habibulrahman El-Syirazi dalam novelnya yang berjudul "Ayat-ayat cinta" Aisyah merupakan isteri pertama Fahri berkata kepada suaminya dimalam pertamanya, "...Aku wakafkan diriku untukmu wahai suamiku..." ia merupakan satu perhitungan yang terlalu besar buat seorang wanita Islam untuk mengaabadikan hidupnya kepada suaminya. Cuba kita lihat di satu sudut lain, sekiranya Si isteri menyatakan seperti itu tetapi si suami bukan seorang yang tahu menghargai pengorbanan isteri dan bukan seorang Islam yang benar-benar berada dalam landasanya. Apakah kemungkinan yang akan terjadi kepada wanita yang mewakafkan atau menjadi isteri kepada si suami tersebut?? Wallahua'lam.. Dari sudut positifnya, jika kedua-dua belah pihak adalah seorang insan yang tahu menghargai orang yang berkorban untuknya dan menghormati wanita yang lahir sebagai isterinya, maka Wajar wanita itu mewakafkan dirinya buat suami sepanjang hidupnya, InsyaAllah syurga tempatnya kelak...


      Disini aku hamba yang naif menggarap sebingkai kata, agar menjadi pedoman buat diri sendiri dan buat semua insan yang aku sayangi dan cintai dalam hidup ini. Semoga ilmu yang cetek ini boleh dikongsi dan luahan yang terlakar ini mampu menatar dan berbekas walau sedikit dihati kalian..InsyaAllah, Yang baik dari Allah dan yang lemah itu dari diri aku sendiri.



Ilallikok!!



Fantasy...

atau



Reality..


Semoga Allah mendengar doa-doa kita.
Amin..

No comments:

Post a Comment

peace :-)

raye (1)

Mencari sesuatu bersamaku :

Inspirasiku!



Aku syukuri Nikmat-Mu